Sunday, July 19, 2009

Bayan Maulana Saad di Ijtimak Malaysia 2009

sambungannya carik kat youtube..

Doa Maulana Saad. (cilok dari sini)

Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah
Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw
Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini
Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil
Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting
Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .
Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu
Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Engkau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu (3x)
Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa
Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu (3X)
Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu
Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu
Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.
Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami

Ameeen Ya Rabbal Alameeen

Karkuzari Jemaah Palestin

Blogger Reza said... (dalam komennya di blog ini dan telah di post di blog ini)

Karkuzari dari jemaah Palestin yg keluar 1 bulan di Malaysia. mereka datang tempat saya di Ipoh, Taman Meru.

antara karkuzari mereka, mereka2 ni tinggal dlm kawasan Hebron, iaitu betul2 dalam tembok. Ada sorang tu, belakang rumah dia,memang pintu dapur ngadap tembok.

Mengikut mereka, di sana, walaupun mereka duduk dlm kepongan Yahudi laknatullah, namun, bagi umat islam yang benar2 amal agama, dan beriman dengan penuh yakin, dan ada buat usaha iman, Masturat2 yang usaha atas iman dan amal serta tututp aurat yg sempurna, bila nak di buat inspection, makanya, tentera Yahudi lelaki ni, jgn kata nak periksa masturat2 tu, pandang pun taknak. Sebaliknya, mereka suruh tentera perempuan mereka yang buat pemeriksaan.

Allah pelihara masturat2 yg tutup aurat yg sempura dan beriman amal ikut cara nabi s.a.w,even thou mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun.

manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal pula di sana, Rabbai (pendeta2 yahudi) ni sendiri akan halang tentera yahudi dari cuba berbuat sesuatu kepada karkun. Kiranya, memang tak di sentuh lansung le.

Ni karkuzari bukan dengar dari org malaysia yg pergi keluar sana, tapi saya dengar sendiri dari orang yg duduk sendiri dlm tembok israel,masa saya nusrah bawa jemaah ni bayan masturat kat morhala kami.

jadi, kesemua penyelesaian kesusahan, hanya ada dlm iman dan amal sahaja. Samapikanlah berita gembira ini pada masturat2 kawasan puan. bergembiralah kerana kita di pilih Allah untuk sama2 buat kerja, dan bagi masturat, sebagai tulang belakang suami yg buat kerja. jazakallah

July 12, 2009 8:05 PM


Updated on 03 August 2009
Fajar Harguna menulis;
Ketika salah satu jamaah Palestina yang datang khuruj ke Indonesia ditanya "Mengapa antum tidak ikut bergabung saja dengan para Mujahidin utk menghancurkan kepala orang2 Yahudi, bukankah itu usaha yang mulia??"

Maka ia menjawab, "Memang mulia menghancurkan kepala orang2 Yahudi tsb tetapi lebih mulia lagi manakala Saya bisa menjadi asbab (perantara)menundukkan kepala orang2 Yahudi untuk sujud taat kepada Allah swt."

Masjid di Holland
"Tiada solat bagi orang yang mendengar azan melainkan di masjid" - maksud Hadith.

Berhenti Solat di R&R Germany
"Tiada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat" - maksud Hadith.

Wednesday, July 15, 2009

Ijtimak Malaysia - Karkuzari 4

Amsterdam


Alhamdulillah, syukur pada Allah, ijtimak kita telah berlangsung dengan baik. Semoga segala penat lelah kita diterima Allah.

Secara keseluruhan, karkuzari dari jitimak lebih kurang macam ni
(kalau salah, tolong betulkan aku);

Kehadiran berdaftar 80,000 orang tempatan & 7,200 orang dari negara luar.
(aku rasa orang yang datang tak berdaftar 30% - 50% lagi)

Jemaah keluar selepas ijtimak;
  • Ulama keluar 1 tahun - 4 jmh
  • 4 bulan negara jauh - 6 jmh
  • 4 bulan negara jiran - 1 jmh
  • 4 bulan jln kaki - 1 jmh
  • 4 bulan IPB - 27 jmh
  • 4 bulan dlm negeri - 7 jmh
  • 2 bulan n jauh - 1 jmh
  • 2 bulan jln kaki - 4 jmh
  • 2 bulan dlm negeri - 6 jmh
  • 40 hari negara jiran - 15 jmh
  • 40 hari dlm negeri - 157 jmh
  • Jumlah keluar selepas ijtimak - 229 jmh
  • Jemaah keluar sebelum ijtimak - 953 jmh
  • Jemaah luar negara - 93 jmh (40 negara)

Elders2 kita begitu gembira dengan ijtimak kita ni. Gembiranya mereka, mudah2an sebagai tanda gembiranya Allah kepada kita.
  • Maulana Saad ada menghubungi syura Malaysia dan menyampaikan salamnya pada kita. Dia menyatakan kegembiraannya dan tak pernah rasa gembira macam ni sebelumnya. Semasa bayan Maghrib, beliau rasa dadanya telah dibuka dengan luas dan dapat ilham yang begitu baik dari Allah.
  • Maulana Zubir melalui prof. Abr Rahman juga mengucapkan salam pada kita.
  • Hj Abd Wahab apabila ditanya apa perasaan beliau selepas ijtimak? Beliau tanya berapa jemaah yang keluar sebelum & selepas ijtimak? Selepas diberitahu jumlah jemaah yang keluar, beliau kata "buhud acha.."
Penerimaan VIP (raja, PM, TPM, MB dsb) begitu baik sekali & harap ijtimak seperti ni dapat dibuat lagi.

Pejabat agama, polis, bomba dan petugas2 lain mengucapkan tahniah untuk ijtimak. Ijtimak dapat dibuat dengan aman dan teratur.

3 orang telah disyaki H1N1 tetapi didapati negatif dan dibenarkan keluar dari hospital.

Jemaah2 luar negara juga dapat dilayan dengan baik. Makan minum meraka dapat diatur sesempurna mungkin.


Usaha selepas ijtimak

Usaha ijtimak terbahagi kepada 3 iaitu sebelum, semasa dan selepas ijtimak.

Usaha selepas ijtimak sangat penting kerana hujan rahmat telah turun semasa ijtimak. Seperti tanah yang baru ditimpa hujan, sangat subur dan perlu diusahakan segera sebelum tanah menjadi keras.

Di mana2 pun kita pergi, orang akan memperkatakan tentang ijtimak. Sekurang2nya di dalam hati setiap orang Islam akan wujud rasa kepentingan usaha dakwah ini. Kalau kita ambik peluang untuk usaha ke atas mereka, maka satu revolusi akan berlaku di dalam umat ini.

Jadi sekarang bukanlah masanya untuk kita berehat!

Usaha yang perlu dibuat selepas ijtimak;
  • Orang yang beri azam untuk keluar selepas ijtimak tetapi tak dapat keluar, perlu usuli mereka.
  • Jumpa setiap orang, dalam setiap rumah, dalam setiap kampung. Sediakan mereka untuk keluar secara tunai.
  • Hidupkan masjid 24 jam dengan amalan masjid Nabi. Juga hidupkan amalan2 di dalam setiap rumah orang Islam.
  • Nusrah setiap jemaah yang datang. Gilir2kan orang untuk bersama jemaah supaya ahli jemaah gembira yang juga akan menggembirakan Allah.
  • Bangun malam untuk tahajud dan doa hidayat.
Semoga Allah terima aku dan korang semua untuk kerja dakwah ni.. amin..

Tuesday, July 14, 2009

Ijtimak Malaysia - Karkuzari 3



gunawanaziz menulis;

Assalamu 'alaikum,

Semoga Allah terima Ijtimak dan ampunkan segala kekurangan kita.Sekadar pembetulan, SPB Yang Di-Pertuan Agong tidak hadir Ijtimak. Khususi telah dibuat. Alhamdulillah, baginda sudi terima mengadap khususi. Dan iklan infradi telah dibuat. Kereta Istana Negara yang datang semasa Majlis Doa Penutup ialah untuk hantar doktor peribadi baginda, iaitu rakan seusaha kita, Dato' Dr Shukri.

Banyak doa dan korban, insya Allah, Allah akan amkan hidayat hingga ke kamar-kamar istana...Doakan juga dengan doa khusus, agar khawwas yang datang seperti YTB Negeri Sembilan, Mufti N9, PM, TPM, Sen. Mejar-Jen Dato Jamil Khir,MB N9, DSAI, MB Selangor, Dato Hassan Ali, Presiden ABIM dan sebagainya diberikan manfaat sebanyaknya dari kehadiran mereka serta dipilih untuk buat usaha agama ini... Amin”


Gambar2 ijtimak;

http://krenmaut.blogspot.com

http://bonekahati.blogspot.com

http://rahba81.blogspot.com

http://tujuhkakidalam.blogspot.com

Monday, July 13, 2009

Ijtimak Malaysia - Karkuzari 2


AmerMansor menulis;

“Alhamdulillah baru balik dari Ijtimak petang tadi. Ramai sekali yang hadir dan jalan di sekitar quarters menghala ke bandar Enstek dan Salak Tinggi sesak sampai petang.Karkuzari, hampir 400 jemaah telah dibentuk dan keluar kurang dari target elders 500 jemaah.

Pada Solat Asar hari Khamis, Sdr Anwar Ibrahim dan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim hadir solat bersama, dan mendengar bayan di atas pentas hampir 15 - 30 min sebelum beredar.

Solat jumaat, diimamkan di Masjid, dan disambung langsung ke medan Ijtimak yang jauhnya hampir 5 ke 6 ratus meter dari masjid. tetapi, saf nya di sambung berterusan dari parking masjid, melintas jalan raya dan beberapa bangunan dan block sehinggalah ke pentas utama. inilah pertama kali saya lihat bagaimana solat diadakan di 2 tempat yang berlainan sejauh 500m dari Masjid utama. MasyaAllah hebat sekali suasana...”

Abang Ben menulis;

Menurut insider yang hadir di ijtima berkenaan...

Pukul 12.30pm tadi (12/07/09) Yang Di Pertuan Agong datang untuk 15 minit tapi tak naik atas pentas, dia pergi khemah ulamak dan minta nasihat dari ulamak yg ada di situ.

Alhamdulillah mereka datang dengan keinginan sendiri semata2 untuk minta dan dengar nasihat agama dari ulamak yang penuh dadanya dgn ayat alQuran (memang hafiz al-quran semuanya) dan penuh dgn hadis (memang kitab2 hadith kutub tis'ah kawan harian mereka).Ceramah yg penuh dgn ayat al-quran dan hadis2 Nabi saw.

Video oleh abjefri;



Utusan Malaysia melaporkan;

ARKIB : 11/07/2009
Solat Jumaat terbesar di Negeri Sembilan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

NILAI 10 Julai - Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini mencatat sejarah tersendiri apabila lebih 200,000 jemaah menunaikan solat Jumaat.

Kehadiran ratusan ribu jemaah itu merupakan sebahagian besar umat Islam dari seluruh dunia yang hadir sempena Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia yang berlangsung selama tiga hari berhampiran masjid berkenaan.

Turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi.

Mohamad dalam ucapan ringkasnya sebelum khutbah Jumaat berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran jemaah tabligh ke negeri ini yang berhimpun dengan satu entiti untuk menyebarkan syiar Islam.

''Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan selamat datang dan terima kasih. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama jemaah Tabligh dan berharap perhimpunan ini akan dapat meneruskan dakwah Islam kepada seluruh umat.

''Malaysia sebuah negara yang aman dan mengamalkan sikap terbuka dalam soal agama. Perhimpunan ini adalah bukti bahawa kebebasan untuk berdakwah, tidak seperti negara lain yang tidak bebas untuk menjalankan penyebaran agama Islam," katanya.

Mohamad berkata, solat Jumaat yang berlangsung di sini dengan kehadiran jemaah lebih 200,000 orang merupakan terbesar di Malaysia sekali gus menunjukkan kekuatan umat Islam sejagat.

Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia ini menghimpunkan jemaah daripada China, India, Pakistan, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan sebagainya.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di lokasi ijtimak mendapati ratusan ribu umat Islam berpusu-pusu mengerjakan solat Jumaat dan keadaan menjadi sesak apabila mereka beredar meninggal masjid untuk kembali ke khemah yang disediakan berhampiran masjid berkenaan.

Kehadiran jemaah tabligh ini juga antara lain melibatkan aktiviti keagamaan seperti perbincangan, syarahan dan pengajian ilmu.

Dalam pada itu Ali @ Ma Jian Ming, 24, seorang jemaah China dari wilayah Ninsha berkata, dia akan berada di ijtimak ini selama 10 hari dan hadir bersama-sama 200 jemaah tabligh dari negaranya.

Syamsuri Tumirin, 24, jemaah dari Jawa Timur, Indonesia pula menjelaskan, perhimpunan ini mendidik dan mengajar beliau menjadi seorang muslim yang memahami ajaran Islam.

Sunday, July 12, 2009

Ijtimak Malaysia - Karkuzari 1

PM rai 200,000 jemaah tabligh

NAJIB Tun Razak berucap di hadapan para jemaah tabligh selepas solat asar di Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia di Nilai, Negeri Sembilan, semalam. - MINGGUAN/MD. Shahjehan maamin


NILAI 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang hadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sini hari ini.

Beliau yang tiba di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 5 petang sempat bersolat Asar bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh.

''Saya mengalu-alukan kedatangan semua umat Islam ke negara ini untuk ijtimak kali ini.

''Saya berharap semoga Allah SWT memberikan rahmat dan memberkati kita semua serta menjadikan kita ummah yang berjaya," kata beliau ketika berucap di hadapan ribuan jemaah selepas selesai mengerjakan solat asar di bawah khemah yang disediakan.

Najib kemudiannya bersalaman dengan para jemaah sebelum dibawa masuk ke khemah tetamu untuk mendengar taklimat dan penerangan daripada pemimpin tabligh serta ahli Syura' Malaysia.

Pertemuan pemimpin tabligh itu bersama Perdana Menteri berlangsung secara tertutup selama 20 minit dalam khemah berkenaan.

Najib kemudiannya meninggalkan lokasi ijtimak kira-kira pukul 6 petang.

Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia yang berakhir esok menghimpunkan lebih 200,000 jemaah dari dalam dan luar negara merupakan kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun yang lalu.

Kali pertama ia diadakan di negara ini ialah di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.

Berdasarkan laporan sekretariat, sejumlah 12,000 jemaah dari luar negara yang terdiri daripada wakil 40 negara termasuk Indonesia, Senegal, Rusia, Maghribi, Arab Saudi, Jordan, Libya, Tarjikistan, Nigeria, Jerman, Belanda dan Hong Kong sudah 'berkampung' di ijtimak ini sejak 8 Julai lalu.

Ijtimak yang berakhir esok (12 Julai 2009) turut menyaksikan ratusan peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, minyak wangi, tikar, buah-buahan dan sebagainya di sepanjang laluan masuk ke lokasi itu.

Terdapat 14 buah khemah gergasi didirikan di kawasan itu termasuk satu yang disediakan untuk jemaah dari luar negara dengan setiap khemah boleh menampung antara 10,000 hingga 15,000 jemaah.

Sumber; Utusan Malaysia


Thursday, July 09, 2009

Ijtimak Menarik Rahmat Allah




Apabila manusia berkumpul dengan tujuan semata-mata untuk mengingati Allah maka Para Malaikat akan saling memanggil dari langit hingga kebumi dan mendoakan keselamatan.

Semakin ramainya insan berkumpul mengingati Allah seperti menghadiri majlis-majlis ilmu, sembahyang berjemaah, tilawat Quran, taqlim tentang kelebihan amal, majlis muzakarah iman-niat, tashbihat atau keramaian di mana mereka memuji dan mengagungkan Allah;
akan jadi asbab semakin banyaknya rahmat melimpah kebumi yang sedang dipijak dan kesannya manusia akan hidup dalam keadaan yang tenang.

Mengharap rahmat Allah agar kedamaian dan keamanan tersebar diseluruh pelusuk dunia. Manusia dapat keselamatan di dunia dan akhirat.

Ibnu Umar r.a berkata,
"jika kamu berada diwaktu petang, janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi, janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kita berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu kita sakit dan ketika kita masih hidup sebagai bekalan ketika kita mati."

Info lanjut ijtimak Malaysia 2009;

klik sini

klik sini

klik sini

Wednesday, July 08, 2009

Wafsi

Anak2.

Aku dah wafsi semalam (07/07/2009).
Selamat pengantin baru untuk diri sendiri dan isteri.
Semoga berbahagia sehingga ke Jannatul Firdaus. Amin..

Ijtimak esok (09/07/2009). Semua lelaki yang dah baligh dijemput.


Jadual program semasa ijtimak;

9 Julai 2009 @ KHAMIS
  • Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
  • Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum

10 Julai 2009 @ JUMAAT
  • Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum
  • 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
  • Solat Jumaat
  • Selepas Solat Asar :
  1. Ceramah Umum
  2. Program untuk Pelajar Madrasah
  • Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
11 Julai 2009 @ SABTU
  • Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum
  • 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
  1. Program Untuk Ulama
  2. Program untuk Khawas
  3. Program untuk Pelajar
  • Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
  • Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum

12 Julai 2009 @ AHAD
  • Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum
  • 9.30 pg – 12.30 tgh :
  1. Nasihat Untuk Jemaah Yang Keluar Dan Musafahah
  2. Doa Penutup Ijtimak
  • Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.

Jangan tak pergi.. rugi. Bukan senang nak kumpul ramai2 dalam majlis mengingati Allah..
Fadilat solat berjemaah dengan ahli jemaah yang berpuluh2 ribu pun dah tak boleh nak dihitung pahalanya. Ditambah dengan amalan2 lain.. dakwah, zikir, tilawah quran, tahajud, doa.. Penuh dengan rahmat.

Kan nak masuk syurga hanya dengan rahmat Allah..
Jadi kena menuju kepada rahmat Allah. Datang le beramai2.

Friday, June 26, 2009

Ijtimak Malaysia 2009


View Larger Map


Tarikh ijtimak pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009.

Tujuan ijtimak bukanlah untuk seronok-seronok kumpul orang ramai-ramai tapi ianya adalah satu perhimpunan atas maksud agama. Dakwah, quran, zikir, akhlak dapat dibuat secara ijtimai yang mana akan tarik rahmat Allah SWT.

Semua lelaki Islam dijemput hadir.

Jadi dengan adanya ijtimak, amal orang Islam akan bertambah. Jemaah dapat dihantar keseluruh dunia. Masjid-masjid perlu dihidupkan 24 jam dengan ada orang bergilir-gilir bagi masa di masjid. Setiap rumah perlu hidup dengan amalan dakwah dan taklim. Perlu usaha juga sehingga 100% orang Islam menunaikan solat dan sedia jadikan dakwah sebagai kerja utama sehingga sanggup beri nyawa untuk agama (macam sahabat Nabi).

Ulama kata di masjid Nabi zaman Madinah dulu hidup 24 jam dengan 4 amalan.
1.Dakwah,
2.belajar & mengajar ilmu agama,
3.ibadat (solat, quran, zikir & doa),
4.khidmat.

Natijahnya orang Islam zaman tu jadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Jemaah-jemaah dihantar keseluruh dunia untuk sebarkan agama dan jemaah-jemaah datang dari seluruh dunia untuk belajar agama. Jadi untuk kembalikan kegemilangan umat Islam dulu pada zaman sekarang, umat kena kembali hidupkan masjid2 jadi macam zaman Nabi.


*dipetik dari posting2 aku yang lepas.

azharjaafar
masih di Pantai Cenang, Langkawi
last sekali kat sini masa honeymoon 14 tahun lepas
nostalgia beb...
aarrghh..

Thursday, June 25, 2009

Tipu Daya Dunia




Sabda Rasulullah SAW :
"Seandainya dunia ini berharga disisi Allah SWT daripada sebelah sayap-sayap nyamuk , niscaya Dia tidak akan memberi minum setitis air pun kepada orang kafir (Hr. at Tirmidzi)"

Betapa kecil dan rendahnya dunia ini, namun manusia memasukkan perkara yang kecil ini kedalam hatinya, sehingga kenderaan, rumah , perniagaan, anak, isteri bahkan seluruh isi dunia ini telah bersarang didalam hatinya.

Masih adakah kebesaran Allah Azza Wajalla dalam hati kita?

Hati merupakan penggerak dari seluruh amalan, jika hati dan pikir telah berpindah dari akhirat ke dunia maka seluruh anggota badan akan berusaha untuk mengejar dunia ini sekalipun harus melanggar seluruh perintah dan larangan Allah SWT.

Banyak manusia yang dilahirkan kemuka bumi ini, tetapi kebanyakan mereka lupa tujuan hidupnya,...Untuk apa ia dihadirkan kemuka bumi ini?

Banyak manusia yang tergiur dengan harta benda dunia....

Orang yang pandai maupun yang bodoh....
Tua dan muda....yang besar ataupun yang kecil telah lupa bahkan sengaja melupakan bahwa "Dia dihadirkan kedunia ini oleh Allah SWT adalah untuk diuji. "

Supaya jelas siapakah orang-orang yang layak menjadi kekasih-kekasih Allah SWT, dan siapakah yang tidak layak menjadi kekasih - Nya ? Allah telah menyediakan Surga untuk kekasihnya dan Neraka juga telah disiapkan bagi orang yang tidak layak dicintai oleh Allah SWT.

Setelah kematian datang ..manusia baru sadar bahwa ternyata harta, pangkat & jabatan yang kita bangga kan selama ini bahkan anak dan isteri tak mampu menolongnya.

Bagi Orang yang berIman paham bahwa Dunia ini Lahwun wala 'ibun (permainan dan senda gurau belaka), sehingga akan selalu berusaha dengan sedaya mungkin untuk mempersiapkan bekal untuk kehidupan sesungguhnya yaitu diakherat kelak yang bekalnya adalah IMAN DAN AMAL SHOLEH.

Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya orang-orang yang ber Iman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-ayat Allah bertambahlah Iman mereka karenanya dan kepada Rabb lah mereka bertawakal
(Qs. Al Anfal : 2)"

****************************************************************

Aku sekarang masih dalam khuruj. Lepas balik dari Amsterdam selasa lepas, dapat berehat di markas Sri Petaling 2 hari shj. Kami 8 orang terpaksa dipecah2kan kerana menyambut pelbagai takaza untuk ijtimak. Jemaah2 foreign juga tak putus2 tiba di markas.

Pada Khamis 18 Jun lepas, aku, Adam & Dr Fathi di putus utk bersama satu jemaah dari Abu Dhabi seramai 14 org. Jemaah ni pelik & special sikit sebab ada 1 datuk, 4 anaknya, 1 anak sedara, 7 cucu datuk tu (remaja) & 1 orang ulama. Route yang dibagi lagi special dan pelik wa ajaib.. Genting Highland, Langkawi dan Cameron Highland.


Keluar di Genting 3 hari sahaja kemudian terus ke Langkawi. Sekarang di route kedua;
Kampung Kumpulan, Ulu Melaka. Masa kat Genting aku dapat semput asbab banyak dosa.

Tapi aku tahan Jebat..

Hari kedua di Langkawi aku pergi hospital.. sebab takut kena influenza..
selsema babiiiii... Dua malam tidur kat hospital Langkawi. Alhamdulillah lepas test darah, x-ray, ECG, testing 1, 2, 3 testing dan berbagai test lagi, aku dibenarkan keluar wad. Dr. kata aku kena asma..


Doa hidayat untuk umat. Bahang ijtimak panas sangat...

Yang belum keluar tu, bawak2 la keluar.. Yang dah keluar, tolong2 la jenguk tapak
ijtimak tu.. buat la kerja apa yang patut. Jalan2 dengan anak bini hujung2 minggu,
tangguh2 la dulu. Lepas ijtimak boleh bawak anak bini tu..

Ni ijtimak kita.. kita.. kita.. tolong la bro..

Umat menderita..

Siang jumpa manusia, malam doa pada Allah.. hidayat untuk umat!

Jangan lupa doa untuk aku yang dhoif dan keluarga..

azharjaafar
kedai internet, pantai Cenang
Langkawi
(mat saleh bersepah kat sini!)

Sunday, June 14, 2009

Selamat Tinggal Amsterdam


Sungai, tak jauh dari markas.

Markas Amsterdam

3 bulan berlalu...
kalau dihitung2 macam 3 tahun
kalau buat dek macam 3 hari
macam mana lah sahabat2 dulu keluar tak tentu bila nak balik
aku keluar dah siap beli tiket balik
lepas tu bergambar lagi, siap internet lagi..

dah nak balik dah..
2 ahli jemaah dah jalan tadi
insyaAllah aku & 5 orang lagi tengahari esok (15 Jun 09)
dah tak sabar nak buat usaha tempatan
usaha dalam bandar, usaha dalam kampung
dalam rumah, dalam bilik, dalam selimut..
tapi wafsi 07 julai.. aaarghh..

insyaAllah satu jemaah dari Holland akan menyusul pada 16 Jun 09
siapa sedia nusrah tetamu2 Allah?

semoga Allah terima kita sebagai pembantu agama Allah
asbab hidayat umat seluruh alam
dan ampunkan setiap kesalahan dan dosa
amin

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...