Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Sunday, December 13, 2009
Ada Orang Tanya..
assalamualaikum brader azhar.
bro azhar, pe kabar? aku ni ada la skit2 baca blog hang..subhanallah. allah maha kuasa, allah maha pemberi hidayah.
alhamdulillah, sejek mata hati tengok & bayangkan kehidupan family bro. anak isteri berniqab...& dari perkongsian, aku dapat bayangkan kehidupan keluarga yang simple...(mungkin jumud bagi kebanyakan org zaman skrg)...
aku ada jugak terdetik dlm hati...aku angankan suasana family mcm ni...tahniah bro, syukur allah dah kurniakan nikmat yg mungkin bg org lain satu kejumudan.
aku ada bc sikit sejarah hidop ko...mula2 kawin tgk biasa ja...(isteri tak purdah lagi)...aku tak perasan plak bila bro dianugerah n amik usaha agama ni? masa mula2 amik usaha ni, isteri mcm mana? terus sehati sefikir ke?
aku cam ni bro,..aku baru nikah...actually (ber-PPSMI pulak) aku baru nak belajar2 n teringin nak amik usaha agama ni...aku lemah bro..iman lemah...cuba belajar2 nak taat agama...sunnah? oowwhh..baru cuba amik skit2...lemah doowh...
khamis xx dec ni isnayallah aku kenduri...so, nak tanya la skit...apa pendapat bro ttg kenduri zaman skrg ni? aku ada gak bc pasal artikel musim org kahwin tu/.....aku teringin nak buat cara yg sepatutnya (islam is the way)...so antara isu yg nak tanya pendapat bro..
1. solat zohor & asar berjemaah. biasa la today is the raja kapur day...semayang lambat skit pun ok...'berpada-pada' la...islam pun tak menyusahkan ummat...is it? oowhh...bagi syor skit bro..
2. isteri yg nak bermekap. alhamdulillah, anak isteri bro dah berpurdah. insyallah akan terus berpurdah walaupun hari kenduri kan? tak payah risau2 pasal tabarruj ni kan? so, memandangkan isteri aku belum berpurdah..aku dah bagi tau, simple2 dah la...takkk...dia nak mekap jugak...dgn alasan org agama pun pakai mekap...oowwhh...apo nak dikato?
bro, bagi la skit tips camno nak dorong diri n isteri utk fikir agama ni? isteri aku ustazah (moden)...aku mamat jahil...tapi bagi aku, ilmu yg terpenting dan terbagus adalah ilmu yg mendekatkan diri kepada allah dan sunnah...sapa2 yg taat allah & amik cara sunnah...pasti berjaya...(tapi ustaz n ustazah moden tak mcm tu bro...)...so camna cdgn ko utk anjurkan isteri aku nanti terdorong berpurdah..(suatu masa..mudah2an)?
dlm umah pun sebolehnya nak katakan Tidak pada TV...adakah itu jumud? hahaha....~agama pun tak suruh haramkan tv~~ ooohhh....
syor bro?
ps: aku ada moto honda c70..umur dah tua..tapi nak renew roadtax ..takaful dah tak tanggung kan? tua lebih 15 tahun...so kena amik MAA...aku Tak Nak. ada syor lain? ikhlas?
tq bro..salam...
Jadi aku jawab..
W'salam..
Allah maha kuasa di atas setiap makhluk ciptaannya..
Maaf lambat reply..
Dah nikah.. duduk sekali ke?
Kalau duk sekali;
1.hari-hari buat taklim rumah.. jangan banyak-banyak.. 5 minit je sehari.
Syarat; tempat yang sama, waktu yang sama, aurat macam dalam solat..
2.Cari karkun tempatan yang istiqomah dan berpengalaman dalam usaha
masturat. Contohnya dah pernah keluar 40 hari masturat. Tapi mesti yang aktif..
Dan kalau boleh yang muda & ustazah jugak. Atau yang profesional &
berpelajaran tinggi walaupun sekarang dah jadi surirumah..
Mesyuarat dengan dia supaya dia boleh bawak ahlianya datang ziarah ahlia tuan..
BIar diorang berkawan dulu..
3.Slow-slow bawak ke tempat taklim mingguan. Tapi kena datang bersama ahlia
karkun tu. JANGAN hantar dia sorang2 ke tempat taklim masturat..
4.selalu mesyuarat.. jangan gopoh dalam buat usaha masturat..
5.Hal kenduri kawin;
Buat permintaan, ubah program sikit..
Minta pihak perempuan sediakan rumah untuk pengantin lelaki bersiap sebab
pengantin lelaki nak solat zohor dulu kemudian baru bermekap..
Pengantin perempuan pun bersiap lepas solat zohor.. dia isteri kau sekarang..
Kau berkuasa penuh dan bertanggungjawab atasnya..
Kompang, berarak, semua dibuat lepas zohor (lebih kurang jam 2 petang)..
6.hal purdah, buang tv dan lain2 akan datang sendiri bila kau berjaya buat
langkah 1 hingga 4. Banyak doa dan solat hajat.
wallahua'lam..
*kereta/motor lebih 15 tahun takaful ikhlas x ambik. Kalau dah x de pilihan,
ambik je la ngan konvensional. Biar org yg buat undang2 tu jawab besok
kat akhirat..
azharjaafar
***********************************************************************
habis sampai situ..
mungkin korang pun boleh tolong jawab sama..
mana aci aku sorang je nak kena jawab..
jawab jangan tak jawab..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...