Thursday, July 21, 2011

Hijrah & Nusrah

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. usaha dakwah yang telah ditinggalkan secara ijtimai oleh umat ini selama hampir 700 tahun telah dihidupkan semula.. untuk Islam kembali gemilang seperti dulu, maka tak ada cara lain melainkan dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW..

15 Syaaban.. tarikh special untuk kebanyakkan kawan² yang melibatkan diri dalam usaha agama.. sebab tarikh ni adalah musim banyak jemaah² dikeluarkan di jalan Allah.. dulu aku first time keluar 40 hari pun masa 15 Syaaban.. yang kemudiannya membawa perubahan yang besar dalam hidup aku dan keluarga.. semoga aku tak mendustakan nikmat Allah ni..

"..sesat di Kuala Lumpur.. dosa dan pahala bercampur.. tapi kita perlu hidup.. kita mesti terus hidup.."

dunia penjara mukmin

Sepanjang 15 Syaaban baru ni, 725 orang telah dapat dikeluarkan dari tempat sabguzari Kuala Lumpur untuk tempoh 40 hari.. dari 725 orang tu, 51 keluar negeri, 121 ke Sabah Sarawak, 545 dalam Semenanjung & 8 pasang keluar masturat.. selain itu, 18 jemaah 40 hari dari seluruh Malaysia sedang bergerak di Kuala Lumpur dan sekitarnya..

Tu kisah orang yang dipilih Allah untuk keluar di jalan Allah.. jadi kita yang tak keluar ni nak buat apa? Kata ulama, umat Islam terdiri dari dua golongan sahaja.. samada muhajir iaitu orang yang keluar berhijrah untuk menghidupkan agama di jalan Allah atau ansar iaitu orang yang buat usaha di tempat sendiri termasuk menusrah (membantu) orang² yang sedang keluar.. dan tak ada golongan ke tiga..

Jadi jemaah datang tempat kita, kena nusrah la brader.. jangan tengok je.. atau pergi solat kat surau lain.. heheh.. ni bukan pasal korang tapi pasal korangtan atau konyet..
*korang = kau orang.. korangtan/konyet = lu pikir la sendri..

Nusrah camne? Sama² dengar bayan maghrib jemaah yang datang ke? Atau sama² tumpang makan malam masakan yang dibeli dan dimasak sendiri oleh jemaah tu ke? tu bukan menusrah.. tapi menyusah.. koh koh koh.. tersedak sket..

jangan pikir pakai kaki

(semoga aku dapat amal).. Nusrah maksudnya buat ziarah a.k.a. gash, taklim dan lain² amal dengan jemaah.. paling baik bawa bedding dan bermalam sekali.. yang kerja, ambik cuti.. baru real nusrah.. full time ngan jemaah.. Kalau boleh kita beri makan walaupun jemaah yang datang dah bawak duit dan alat² masak sendiri.. bila kita beri makan, ulama kata Allah akan beri berkat dalam harta dan keluarga kita.. libatkan isteri supaya masak untuk jemaah.. perghh.. memang real lah.. ada sikit la ciri² sahabat walaupun sebenarnya jauh lagi..

Ada 2 jenis jemaah.. 1. jemaah orang lama; kita nusrah dan belajar kerja dari mereka supaya nanti kita dapat amal di tempat kita.. 2. jemaah orang baru seperti jemaah pelajar²; kita nusrah supaya mereka dapat belajar dari kita dan nanti mereka dapat amal bila balik ke tempat mereka..

Jemaah² yang datang bawak rahmat.. jadi kita kena ambik peluang perniagaan ni.. ni bukan kecik² punya beniaga macam bisnes insuran & roadtax.. atau bisnes kongsi gelap macam KL Gangster tu..  

"wa x kira.. lu abg long ka.. lu ayah nda ka.. ni kl wa pegang.."

tapi ni bisnes tersangat jauh lebih besar dari tu..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
(Surah As-Saff ayat 10-11)

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."
(Surah Al Anfal ayat 74)

dan.. di tempat kita.. jangan lupa jenguk² ahli keluarga kawan² yang sedang keluar tu.. takkan lah satu kampung atau taman perumahan tak boleh tengok²kan ehwal satu atau dua keluarga yang suami mereka sedang keluar di jalan Allah..

wallahua'lam..

*insyaAllah, sabtu ni @ 23/07/2011, aku & isteri nak keluar 3 hari masturat.. route ke Sentul.. isteri aku pun tengah sarat nak masuk 7 bulan dah ni.. lepas nih tak tau pulak bila lagi nak keluar masturat.. doa untuk kami yang dhoif..



Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...