Alhamdulillah rabu lepas (29 mei) aku & kengkawan semasjid pegi tafakud (temuduga) untuk keluar 40 hari pada 15 sya'ban (23 jun) ni.. tafakud di buat lepas bacaan kitab hayatus sahabah di masjid Sri Petaling.. kami 5 orang digabung dengan 4 orang pelajar alim madrasah Sri Petaling.. cadang keluar dalam semenanjung je.. apa pun terpulanglah pada penerimaan Allah.. step 1 kami dah buat.. itu pun Allah yang gerakkan..
Ni cerita di dalam tajuk..
Sabtu 1 jun, kengkawan keluar 3 hari kat Tmn Melewar, Gombak.. tapi pagi tu aku tak dapat join.. anak sulong kepada abang sulong kepada isteri (bukan isteri sulong) kawen.. nikah belah pagi.. kenduri tengahari hingga petang.. kat Country Home, Rawang..
12 khemah.. |
pengantin baru.. ala.. bukan nak makan sangat tuh.. |
pengantin lama.. yang sentiasa dibaharui.. ahaks.. |
Ahad 2 jun.. hari ni aku khidmat masak.. menu hari ni 'kari kunyit ayam berkentang'.. amacam.. power tak? dengar nama je dah gerun.. huu.. Allah power! aku kalau khidmat masak memang tak menyediakan kicap untuk orang yang makan.. sebabnya.. hampeh.. kalau korang masak sedap camne pun akan tetap rasa kicap kipas udang.. elok rebus je ayam tu lepas hidang ngan kicap.. marah pulak nanti..
tong gas, dapur, periuk dan para alatan masak sempat bergambar untuk upload dalam fesbuk |
terasa 'kecil' diri ini.. |
dan yang ni pulak..
bukanlah ella & suami datang ziarah aku.. ahaks.. tapi diorang buat umrah dan ziarah madinah pada april lepas sambil ditemani oleh Ustaz Khann Da'ie.. haa.. patut la macam pernah tengok je Ustaz Khann Da'ie ni kan.. huu.. bertambah glamer la awak lepas ni.. dan yang nak buat apa² program motivasi, jangan lupa kontek tuan Khailil Razak tu.. bebudak nakal, terjal, tak semangat nak belajar dan lain², sesuai le dibawak jumpa beliau.. tapi abang² yang tak de semangat lepas kawen, tak payah le jumpa..
Isnin 3 jun.. tong gas (seperti gambar di atas) telah didapati hilang dari kengkawan nya yang lain selepas maghrib.. tak dapat dipastikan kiranya terdapat perselisihan faham di antara mereka.. oleh itu sesiapa yang ada terlihat kelibat beliau di mana², sila buat laporan di pejabat polis berdekatan.. kami yang keluar 3 hari berasa sedih di atas kehilangan beliau.. malam itu kami balik tanpa beliau.. sadis kan?
Mus'ab dengan jubah & vest dari Madinah.. |
Dan kembali kepada cerita di luar tajuk..
Rabu 5 jun @ 8.30pagi.. bawak anak sulong aku untuk temuduga Isbat selangor di masjid shah alam.. 10.30pagi dah selesai temuduga.. ada ujian bertulis dan ujian hafazan.. semoga berjaya.. keputusannya dibagitau kemudian, insyaAllah..
lepas tu baru gi sarapan..
restoran syed, seksyen 9, shah alam.. |
*memula nk tulis tajuk entri ni "tafakud 40 hari, kenduri kawen, keluar 3 hari, tong gas dan temuduga isbat".. tapi panjang la sesangat nye..