Tuesday, September 04, 2007

Dunia Darul Asbab

Satu-satu benda yang terjadi kat dunia ni, Allah lah yang menciptakannya. Allah juga cipta asbab-asbab untuk uji iman manusia. Contoh :

i) Asbab kahwin dapat anak

ii) Asbab kerja dapat rezeki
iii) Asbab makan dapat kenyang dan lain-lain lagi.

Tapi kadang-kadang Allah buat sesuatu berlawanan dengan asbab untuk menunjukkan kehebatanNya. Contoh :

i) Nabi Ibrahim dicampak oleh Namrud dalam api tapi tak terbakar.
ii) Nabi Musa campak tongkat jadi ular yang besar.
iii) Nabi Isa lahir hanya ada ibu, tanpa bapa dan banyak lagi contoh dalam quran serta kisah orang terdahulu.

TAPI SATU ASBAB ALLAH TAK AKAN UBAH HINGGA KIAMAT;
iaitu asbab manusia dapat HIDAYAH dan beriman pada Allah hanyalah melalui perantaraan usaha dakwah yang dibuat oleh Nabi-Nabi dengan penuh pengorbanan, kesungguhan dan tawakal kepada Allah. Nabi-nabi telah jumpa manusia secara bersemuka walaupun pada zaman mereka juga ada teknologi canggih, ada kekayaan, ada kerajaan.

Walaupun ada Nabi-Nabi terdahulu dibunuh, dipukul, dicaci, dipulau, dikatakan GILA, dikata tak bertamadun, miskin dan sebagainya. Walaupun Nabi-Nabi terdahulu ada yang tiada pengikut, ada yang anak isteri sendiri menentang, ada yang pengikut 83 orang sahaja setelah buat dakwah 950 tahun siang dan malam (Nabi Noh). Namun kerja mengajak manusia kepada perintah-perintah Allah diteruskan hinggalah kepada Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

DAN KERJA KENABIAN IAITU DAKWAH SUPAYA JADI ASBAB MANUSIA DAPAT HIDAYAH TELAH DIPINDAHKAN KEPADA UMAT YANG AKHIR iaitu kepada saya, tuan-tuan dan semua umat Islam hingga hari kiamat. Cara yang sama, kerja yang sama, pengorbanan yang sama perlu dibuat oleh umat ini supaya Allah beri hidayah kepada kita, keluarga dan seluruh umat manusia. Tiada jalan lain.

Mafhum firman Allah dlm surah Yusof (108);
Katakanlah (wahai Muhammad kpd umatmu): "Inilah sahaja jalanku (tiada jalan lain), menyeru manusia kepada Allah, dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. (itulah jalan) aku dan para pengikutku. Dan maha suci Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang mensyirikkan Allah".

Wallahua'lam.

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...