Monday, June 07, 2010

Pesan Hadratji

 Satu taman dari taman-taman syurga
atau satu lembah dari lembah-lembah neraka.


Tuan-tuan yang mulia,

Allah SWT suka dan cinta kepada agamaNya dan usaha agamaNya dan tidak ada sesuatu yang Allah SWT cintai lebih daripada dua perkara ini. Barangsiapa yang membantu usaha untuk agamaNya, Allah SWT akan membantunya seperti mana firmanNya : "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya".

Tuan-tuan berusahalah bersungguh-sungguh untuk agama Allah SWT. Bergeraklah bersungguh-sungguh dan pergilah ke tempat-tempat yang banyak dan sebarkan, usahakan dan wujudkan suasana kesedaran dikalangan manusia-manusia lain yang akan memberatkan agama, yang akan membesarkan agama dan akan fikirkan untuk amal agama.

Amalan-amalan yang kita buat semasa berada di jalan Allah SWT jika nak dibandingkan dengan amalan di tempat sendiri dari segi nilainya adalah beribu-ribu kali ganda. Zikir yang kita buat dirumah kita sendiri, tilawah quran yang kita buat dirumah kita sendiri dan ibadat-ibadat itu jika dibuat dijalan Allah SWT adalah berjuta-juta kali ganda nilainya.

Hari ini dari segi amalan kita sudah banyak membelakangkan diri kita. Oleh itu kita keluarlah dijalan Allah dan buatlah amalan-amalan yang baik dan banyak supaya amalan-amalan kita ini lebih bernilai disisi Allah. Syaitan sentiasa menipu kita iaitu "Kamu islahlah diri kamu dan betulkan diri kamu dahulu, barulah kamu cuba islahkan diri orang lain". Tetapi tuan-tuan yang mulia, kita keluar dijalan Allah SWT ini adalah dengan niat untuk islah diri kita bukannya untuk islah diri orang lain.

Semoga Allah SWT jadikan kita sebagai orang-orang yang akan amal dan orang-orang yang akan cinta agama dan orang-orang yang keluar ke jalan Allah SWT untuk amalan-amalan yang banyak. Semoga Allah SWT jadikan tuan-tuan istiqamah di dalam agamaNya, dapat kembangkan agamaNya dan dapat memajukan tuan-tuan di dalam agamaNya.

*********************************

*dicilok tanpa izin dari encik penggali kubur.. 



 Aku harap satu hari nanti, barang-barang ni saja
yang balik ke rumah tanpa tuannya..


Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...