Raya Korban
Kira raya terbesar bagi orang Islam. Sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as dan keluarga baginda. Semua orang dah maklum kisah baginda yang sehingga umur lanjut masih tak dapat anak. Bila dah dapat anak kena tinggalkan pulak di tanah Mekah yang tandus pada masa tu. Sedih sebenarnya cerita ni kalau dihayati betul2. Lepas tu bila dah boleh jumpa anak, diperintah untuk sembelih pulak. Adus, bapa mana yang sanggup sembelih anak hidup2? Sadis, sadis...
Jadi Allah dan RasulNya cerita kat kita kisah ni untuk apa? Suruh sembelih anak ke? Sebenarnya Allah suruh sembelih nafsu kita dan buat pengorbanan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi. Tinggalkan lah sekejap anak isteri, rumah tangga, kedai, ladang & pejabat tu. Bukan nak suruh tinggalkan terus, sekejap aje! Nabi dah tunjuk cara, sahabat dah ikut 100% dan berjaya.
Kita? Tak kan nak ambil jalan lain ikut kepala dan nafsu kita.
Firman Allah;
Katakanlah (wahai Muhammad):
“Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, -
(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya," maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah At-Taubah, Ayat 24)
Korban Raya
1. Ayam (awal2 lagi dah kena korban untuk jamu sedara mara yang balik beraya)
2. Kambing
3. Lembu (seronok tul join gotong-royong sembelih lembu)
4. Unta (ada setengah tempat sembelih unta. Yang kelakar tu diikatnya kaki unta tu dan ditumbangkan macam lembu juga. Kan ke tak senonoh. Unta ni sembelih sambil dia berdiri aje lah bang oii..)
5. Solat Zohor berjemaah (termasuk lah 'otai' masjid dan pejuang2 yang melaungkan Islam)
6. Pahala aku (sebab nampak buruk saudara Islam)