Allah perintah Nabi Ibrahim bina kaabah. Baginda yang telah banyak buat pengorbanan, sekali lagi kena susah payah untuk agama. Lepas kaabah siap dibina, Allah perintah pula baginda untuk seru manusia seluruh alam datang kepada kaabah. Nabi Ibrahim kata tak mampu untuk buat perkara tu. Allah kata kamu seru sahaja, Allah yang akan sampaikan kepada manusia. Seruan Nabi Ibrahim telah didengar oleh seluruh manusia termasuk manusia yang masih berada di alam arwah.
Semua perkara yang berlaku diatur dan dibuat tertib tertentu oleh Allah. Kadang-kadang Allah ubah tertib untuk tunjuk kehebatanNya. Contohnya; tongkat Nabi Musa jadi ular, unta keluar dari batu di zaman Nabi Saleh, api tak dapat bakar Nabi Ibrahim dsb.
Tapi satu tertib yang Allah tak akan ubah hingga ke hari kiamat. Iaitu tertib macamana manusia dapat hidayat hanyalah dengan perantaraan kerja para Nabi iaitu dengan pengorbanan dan susah payah. Selepas Nabi Muhammad SAW, tidak ada lagi Nabi akan dihantar tetapi kerja kanabian telah dipindahkan kepada umat baginda. Melalui kerja inilah umat ini digelar dan diiktiraf sebagai umat yang terbaik oleh Allah SWT.
**********************************************************************
InsyaAllah, petang ni aku akan ke masjid Sri Petaling untuk lapangkan masa, belajar kerja ni. Segala salah silap, terkasar bahasa, terlanjur kata (terlanjur yang lain, tak de kot...) dan yang seangkatannya, aku mintak maap...
Doa untuk aku, keluarga dan umat seluruh alam. Panjang umur, insyaAllah jumpa di medan ijtimak Julai ni... wassalam...