Tuesday, October 20, 2009

Minggu Lepas..

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرّاً ثُمَّ يَكُونُ حُطَاماً وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
20. Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
~Surah Al Hadeed

Jumaat lepas (16/10/2009), angkut family ke sini.

Tanah Perkuburan Bukit Lagong, FRIM.

Berapa ramai orang yang aku kenal, sekarang dah bermastautin kat sini. Dulu diorang macam aku.. boleh berjalan, bercakap, melawak.. Sekarang.. tunggu hari dibangkitkan..

Boleh sewa kumpulan ni untuk baca Yasin..

Sabtu (17/10/2009), keluar 3 hari.

Pemandangan dari surau.

Jam 6 petang, ada sorang remaja pompuan kena histeria. Ceritanya dia baru balik dari open house lepas tu jalan2 kat taman permainan sebelah surau. Tiba2... "aaaarrrggghhhhh..."

Penduduk flat usung remaja tu ke surau. 5-6 orang lelaki budiman kena pegang remaja tu supaya dia tak lari. Kami tengah sebuk nak gash nih.. Dah ramai pulak orang berkerumun dalam surau.

"Lepaskan aku.. hiiiiiii... hiiiii. hiiii. hi...."

"Korang semua jahat.. huuuu... huuu..."

Macam2lah usaha dibuat. Ahli jemaah aku yang macam terer pun baca yasin la.. ayat kursi lah.. Penduduk tempatan pun buat macam2 ikhtiar. Tapi tak jalan...

Amir sab putus kita keluar gash. Aku diputus untuk jadi istiqbal.

Remaja tu masih tak ok. Kejap-kejap menjerit. Kejap-kejap pengsan. Kejap-kejap nak lari. Orang makin ramai memenuhi surau.

Bila jemaah balik dari gash, tiba2 je remaja pompuan tu pulih dan lepas tu dah boleh balik rumah. Aikkk.. macam tu je?

Malam tu, jam 9.00 malam. Jeng.. jeng.. jeng..

Rilek, jangan saspender.. Ada jamuan raya oleh persatuan penduduk dibuat kat taman permainan tu. Ada 1000 unit rumah kat situ. 90% daripadanya adalah orang Islam. Jemaah kami pun dijemput untuk makan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pak Imam surau dan ucapan oleh seseorang. (aku tak ambik pot siapa yang berucap tu. Yang penting lepas makan aku nak blah..). Bila orang yang berucap tu kata; "dengan ini saya merasmikan... bla.. bla.." maka aku dengan beberapa ahli jemaah yang memang dah stanby kat tepi khemah nasik campur, terus jadi awalin dalam barisan menyenduk nasi.. muka kena selamber beb..

Majlis makan-makan diselangi dengan lagu raya zaman-berzaman. Lepas tu ada karaoke lagu raya pulak. Aku dah lepak kat surau dah.. Dengar lah 'penyumbang-penyumbang' lelaki dan wanita menyumbangkan lagu raya.. Cis, nyanyi tak ikut tune. Rasa macam nak rampas mike dan aku pulak menyumbangkan beberapa lagu.. ceh.. ceh.. tak de lah.. sebenarnya aku takut orang ramai kat padang tu semua kena telan dek bumi.

Yang best sekali, diakhir majlis kira-kira pukul 11 malam, ada satu suara mengucapkan; "dengan ini kami mengakhiri majlis ini dengan ucapan Wabilahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.."

Ahad (18/10/2009), minta kebenaran amir sab untuk hantar anak perempuan aku yang 12 tahun ke madrasah alimah di Sri Petaling. First time duduk asrama, syahdu le jugak anak aku tuh.

Asrama alimah

Ok habis..

Cerita tambahan. Masa makan pun boleh tidur.

Mu'az

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...