Saturday, January 24, 2009

Serban vs Helmet

Petikan Dari Utusan Malaysia - 20 January 2009

KUALA LUMPUR 20 Jan. — Tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok di Kota Bharu, Kelantan yang tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal bagi mengelak wujudnya trend pelajar sekolah menjadikan alasan sama untuk tidak memakai topi keselamatan itu.

Kxxxx Pxxxx Nxxxxx, Txx Sxx Mxxx Hxxxxx berkata, semakin ramai pelajar khususnya dari sekolah agama yang cenderung untuk tidak memakai topi keledar dengan alasan memakai serban.

Beliau berkata, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. - Utusan


KOMEN AKU:

Innalillahi wainnailaihi rajiun.

Perkataan "agar mengelak jadi trend" boleh merosakkan iman. Trend orang Islam adalah mengikut sunnah Nabi walau dalam apa pun keadaan. Sunnah Nabi adalah satu cara hidup yang membawa kejayaan dunia dan akhirat. Orang yang pakai helmet mungkin selamat dalam nahas jalanraya tapi orang yang pakai serban InsyaAllah selamat di alam akhirat sebab "satu sunnah yang dihidupkan di zaman kerosakan umat, Allah beri seratus pahala syahid." Lagi banyak sunnah kita amal, lagi mudah kita dapat syafaat Nabi.

Lagipun pelajar yang kena saman tu memang palajar madrasah. Dah memang pakaian dia. Pakaian kerana agama. Macam benggali sikh, pakai serban sebab tu amalan agama mereka. Tak de nya orang yang berkemeja atau t-shirt nak pakai serban saja-saja. Lagipun bukan senang nak ikat serban. Senang lagi pakai helmet.

Islam bukan hanya pada kerajaan, tapi Islam bermula pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman.

Anas dan Mu'az (video anak-anak)


Mu'az (10½ bulan).
Dengan izin Allah dia dapat berjalan.



Anas (7 tahun).
'Like father like son.'

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...