Sunday, May 24, 2026

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB
Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin.

"Adalah penting untuk kita semua memperbetulkan solat kita mengikut mazhab kita kerana Imam mazhab membawa kita pada sunnah dalam solat. Kita kena rujuk ulama untuk tengok solat kita agar solat kita dapat diperbaiki. Solat yang salah bukan sahaja tidak mendapat bantuan Allah SWT, bahkan tidak diterima Allah SWT.

Pergerakan rukuk dan sujud kebiasaannya dibuat dalam keadaan terburu-buru dan cepat, walaupun oleh qudama’ (orang lama) dan mereka yang telah keluar 4 bulan.

Qauma dan jalsah dua perkara yang sering diabaikan toma’ninahnya. Qauma ialah iktidal, manakala jalsah ialah duduk di antara dua sujud. Begitu terburu-buru solat hingga qauma dan jalsah seolah-olah seperti tidak wujud dalam solat kita. Akhir zaman, kamu semua akan dapati hampir tiada tempat yang mana solat didirikan dengan betul, sama ada imam ataupun muqtadi (makmum).

Orang tidak sedar kepentingan dan kesempurnaan toma’ninah dalam solat, khususnya pada bahagian qauma dan jalsah yang hari ini orang abaikan. Jadi, ia telah menjadi kebiasaan dan sebahagian besar daripada kita membuat dan melaksanakannya dengan tergesa-gesa dan cepat.

Oleh itu, kita harus berlatih memperbaiki solat dan kualitinya, serta memastikan orang-orang yang berada di bawah jagaan kita, iaitu anak isteri kita, juga memperbaiki solat mereka. Jangan sampai kita mengatakan kita sibuk dengan dakwah hingga kita abaikan tanggungjawab kita untuk melihat solat anak isteri kita. Kita semua harus mendirikan solat, khususnya pada bahagian qauma dan jalsah yang orang hari ini terburu-buru, perlulah dibuat dengan berkualiti dan panjang. 

Hari ini, kita melaksanakan solat kita dengan tergesa-gesa dan cepat kerana hendak menghadiri mesyuarat atau apa-apa urusan. Kita solat dengan tergesa-gesa dan cepat kerana kita lewat datang ghasyt. Ini semua perlu kita perbaiki. Walaupun ada takaza agama, solat tetap perlu didirikan dengan cara sunnah untuk mendapatkan bantuan Allah SWT.

Ini adalah perkara yang sangat menyedihkan. Dakwah yang sepatutnya kita laksanakan, dan dengan dakwah ini kita sepatutnya dapat mendirikan ibadah kita dengan sempurna sifat dan rukunnya, tetapi hari ini sangat menyedihkan kita menjalankan dakwah dan menyebarkan agama Allah SWT ini dengan solat dan ibadah kita yang telah rosak.

Tuan-tuan, lihatlah sifat solat Nabi SAW, yang mana solat Baginda SAW yang diberkati menyebabkan kaki Baginda SAW bengkak-bengkak kerana qiyam yang panjang. Baginda SAW memenatkan diri sendiri dan melaksanakannya dengan cukup sifat dan rukun di dalam ibadah kerana memberi lebih masa dan memenatkan diri dalam ibadah, di samping melaksanakannya dengan penuh rukun dan sifatnya selepas menjalankan usaha dakwah, adalah seperti mempertahankan atau melindungi ganjaran kita daripada Allah SWT. 

Hari ini, kita mengaku kita sibuk dakwah, tetapi solat tiada kualiti, terburu-buru dan bercampur aduk mazhab. Sangat penting kita membuat hubungan dengan ulama untuk belajar ilmu solat yang betul.
Segala arkan (rukun) dalam solat harus dilaksanakan dengan azkar (bacaan-bacaan) yang betul. Seseorang itu tidak harus meninggalkan segala azkar yang ada di dalam sunnah, sama ada di dalam solat fardu ataupun nafil.

Bacaan zikir yang panjang di dalam qaumah, saya suka satu fakta bahawa di dalam mazhab Syafie, di dalam solat, bacaan teliti dan ditekankan. Ada di antara kita tidak membaca dan mengabaikan bacaan-bacaan ini, maka qaumah dan jalsah dilaksanakan dengan tidak sempurna.

Saya suka membaca kitab kepentingan qaumah dan jalsah oleh Hazrat Maulana Fazlur Rahman hafizahullah untuk kesempurnaan solat agar mendapat penerimaan Allah SWT.

Mohon tuan-tuan semua catat pesanan penting ini, didengar dan disebarkan agar setiap orang yang terlibat dalam menjadi pekerja dan pengusaha agama mengambil perhatian penting atas perkara ini, di samping melakukan usaha dakwah. Jangan sampai kita buat usaha agama, tetapi solat kita seumpama kain buruk yang dilemparkan ke muka; bukan sahaja tidak menjadi sebab dapat bantuan Allah SWT, bahkan langsung tidak diterima Allah.

Cara yang betul mendirikan solat, khususnya pada bab yang ramai orang cuai, iaitu toma’ninah pada qaumah dan jalsah di antara kita semua, ialah melaksanakannya dengan baik, bacaan yang betul dan dipanjangkan sedikit.

Sesiapa yang tidak yakin akan pentingnya solat khusyuk, khudu’ dan kualitinya, tidak akan memahami pentingnya arkan, iaitu rukun solat. Alasan hanya kerja-kerja tambahan menyambut takaza agama akan membuatkan seseorang itu memaksa dirinya melaksanakan solatnya dengan tergesa-gesa dan cepat, dan sepatutnya perkara ini tidak patut berlaku, dan ia bukanlah alasan untuk melaksanakan solat secara segera dan lebih kurang untuk menjalankan usaha dakwah.

Hazratji Maulana Muhammad Ilyas rah. dan juga Hazratji Maulana Muhammad Yusuf rah. ada berkata di dalam malfuzatnya:
“Seseorang yang menggabungkan amal dan asbab di dalam yakinnya tidak akan mendapat kemanisan dan khusyu’ di dalam beramal.”

Ada yang juga berkata, amal wujud dan asbab juga wujud, jadi kena membawa kedua-duanya bersama, dan ini adalah satu ucapan yang salah. Seseorang itu harus menyebarkan perkara ini seluas-luasnya sepertimana pengalaman seseorang di dalam menjalankan perintah dan arahan dari keadaan atau situasi kepada atasanNya, iaitu Allah SWT.

Sebaliknya, memikirkan bahawa kita meninggalkan asbab juga adalah salah. Allah SWT telah meletakkan asbab di dalam fitrah manusia, dengan maksud yang sama seseorang juga harus tidur bila kepenatan dan makan apabila lapar. Melakukan usaha adalah salah satu keperluan secara semula jadi. Apabila ia telah berjaya dilaksanakan dan mendapat hasilnya, maka tidak akan ada seseorang pun akan meninggalkan usaha untuk mendapatkan sesuatu.

Tetapi jika seseorang mencampurkan asbab dan amaal, orang itu tidak akan dapat menyempurnakan dan merasakan kemanisan di dalam amaal. Inilah tujuan pembacaan Taklim Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadith, untuk mewujudkan kesempurnaan dan kemanisan di dalam satu-satu tindakan dan perbuatannya.

Maka sangat penting seorang yang buat usaha agama, apatah lagi di kalangan orang lama, orang korban, agar merenung kembali solat mereka dan muhasabah kenapa kita tidak mendapat bantuan Allah SWT seperti para sahabat."

Diambil dari https://www.facebook.com/share/1L9ZkQNVMw/

Bahaya Cinta Harta

BAYAN SUBUH NIZAMUDDIN - BAHAYA CINTA HARTA
Hazratji Maulana Saad Db
📍 Simahi Mesyuarat
Ahad 19/04/2026
Penterjemah : Dr Ilyas Hj Mydin
penulis : us farkhan daie

Ujian pertama paling dahsyat pada Anbiya seterusnya Para Sahabat seterusnya Auliya. Ujian pertama ialah harta. Nabi ﷺ bimbang tentang umat ini. Ujian kefakiran. Bila kita cari harta kerana bimbang akan melalui kehidupan yang susah di masa yang akan datang, kamu akan perlukan nanti, ini bahaya.

Orang Islam jika ada pemikiran kalau saya tiada jawatan dan harta, maka orang tak akan muliakan Islam, ini bukan pemikiran seorang Islam. Harta, kedudukan dan kerajaan tiada kaitan dengan kemuliaan. Jika ini betul sudah pasti seluruh Nabi-Nabi, Allah SWT telah jadikan mereka semua kaya. Bahkan orang akan masuk Islam kerana tengok kekayaan yang pada Nabi, bukan beriman kerana Allah SWT. Di zaman Nabi ﷺ hanya orang kafir sahaja yang menasihati Nabi agar Nabi jadi kaya dulu baru orang akan ikut.

Syaitan tipu kita hari ini beritahu kita, jadilah kaya tuan-tuan. Sibukkan diri mencari harta. Bila sudah banyak duit nanti, senang kamu nak sambut takaza, nak bantu madrasah, bantu maktab dan bantu rakan seusaha. Ini adalah tipu daya syaitan. Berapa ramai orang yang telah ditipu begini dan sudah langsung tidak beri masa untuk kerja agama, sampai sekarang masih sedang sibuk kumpul harta.

Adalah satu perkara yang sangat bahaya jika di dalam kawasan masjid atau kawasan markas ada kedai yang merupakan milik masjid, kerana ramai orang bergaduh kerana nak kedai itu.

Khulafa’ ur Rasyidin tidak akan terima jika nama mereka digunakan untuk perkara dunia kerana mereka tak mahu akan dimahrum Allah SWT dari pahala di akhirat.

Satu hari Saidina Ali r.a., nak beli baju, ada satu kedai dijaga oleh seorang anak kecil sebab ayahnya ke tandas. Budak telah letak harga dua kali ganda. Saidina Ali r.a. setuju. Akad dibuat dan bayar. Saidina Ali r.a. pun pulang.

Ayah budak tadi tanya, ada orang beli baju? Ada kata anaknya. Nama orang itu sekian-sekian dan saya jual sekian-sekian. Ayahnya terkejut, itu Amirul Mukminin. Kenapa kamu jual mahal dengannya sedangkan dia Amirul Mukminin?

Ayahnya tanya kedai-kedai sebelah, betul ke Amirul Mukminin datang? Betul kata orang lain. Ayahnya telah bawa anaknya kepada Saidina Ali r.a., mohon maaf kerana anak dia telah letak harga dua kali ganda sedangkan dia tak tahu engkau Amirul Mukminin.

Kata Ali r.a., aku dah setuju dengan harga itu. Tidak mengapa, kami telah pun akad. Mereka tak gunakan kedudukan jawatan mereka untuk minta murah atau minta percuma, yang hari ini kita dengan jawatan dan kedudukan kita guna untuk ambil kesempatan.

Hazrat Umar r.a. nampak seorang budak kecil kurus sangat. Umar r.a. cakap, kesian budak ini. Anak siapa ini? Orang cakap itu cucu kau lah, anak Abdullah bin Umar. Kenapa dia jadi kurus? Dia tak makan ke?
Kata sahabat, semua harta kau telah beri pada umat dan tidak pada keluarga. Umar r.a. sembelih unta setiap hari bagi pada keluarga Nabi dan pada umat. Baki yang sisa, yang keras itu bagi pada keluarga. Inilah Umar r.a. Kita hari ini kerana ada jawatan dan kedudukan, kita ambil kesempatan dahulu diri dan keluarga.

Umar r.a. didatangi gabenor Bahrain, dihidangkan makanan. Kata gabenor Bahrain itu daging itu keras, sampai aku tak boleh gigit. Aku tanya Umar, keras sangat daging ini? Kata Umar r.a., semua yang sedap untuk umat, tapi yang keras yang tiada siapa nak makan, ini untuk Umar.

Tiada bahagian kesenangan untuk keluarga Umar walaupun ayah khalifah. Wahai Abdullah bin Umar, pergilah kau kerja.

Ujrah dan ajar berbeza. Ujrah ialah bayaran upah, adapun ajar ialah ganjaran pahala. Jangan sampai dengan agama dan kerja agama, kita ambil peluang untuk dapat ujrah (bayaran). Maka sebab itu Umar r.a. suruh anaknya berniaga. Maka Abdullah bin Umar pun nak mula berniaga.

Imam Malik رحمه الله kata, ajarlah ulama kemahiran supaya agama mereka untuk akhirat dan kemahiran dia untuk dunia dia.

Jangan sampai ulama jual agama untuk manfaat dunia.

Hari ini orang guna fatwa untuk lawan orang-orang yang bertaqwa.

Agama bukan muamalat macam berniaga. Saya beri kamu ilmu agama, kamu tukarkan dengan dunia yang ada pada kamu.

Abdullah bin Umar tadi telah beli dua ekor unta kurus dan murah, letak di tempat ternak. Zaman dulu memang ada orang yang bekerja jaga ternakan orang ramai. Tak lama lepas diternak, unta Abdullah bin Umar gemuk. Dia nak jual di pasar.

Bila Umar r.a. lalu di pasar, dia nampak unta lain saiz biasa tapi ada dua ekor gemuk. Umar r.a. tanya ini unta siapa. Abdullah bin Umar kata, hari itu ayah suruh saya berniaga, maka saya pun berniaga. Jadi saya nak jual unta ini dan untung dari unta ini nak sara keluarga makan.

Kata Umar r.a., kenapa unta kamu gemuk dan untuk orang lain tidak? Ini pasti orang yang jaga ternakan telah beri makan lebih kepada unta kamu kerana kamu anak Amirul Mukminin. Ini adalah salah. Sekarang jual unta ini. Hanya ambil modal asal kamu sahaja. Baki semua bagi kepada Baitul Mal. Jangan pernah guna nama Amirul Mukminin untuk dapat kesenangan.

Sahabat tak gunakan kerja agama untuk dapat keperluan dunia. Hari ini kita gunakan kerja agama untuk tipu rakan seusaha dan umat dalam perniagaan.

Ada satu madrasah ada tanah wakaf, ada banyak rumput di sana. Di depan tanah wakaf itu ada satu keluarga pelihara lembu susu. Dengan susu dari lembu itu lah nafkah mereka.

Satu hari dia tak tambat lembu, lembu itu telah makan rumput di tanah wakaf. Apabila ayahnya nampak, ayahnya terkejut. Minta maaf dengan madrasah dan susu hari itu semua beri pada madrasah. Jangan sesiapa minum susu dan ambil susu. Hari ini semua milik madrasah sebab lembu telah makan rumput di tanah wakaf.

Isteri Umar r.a. bernama Hazrat Atiqah r.anha. Ketika raja Bahrain tadi datang, dia terasa nak beri hadiah pada permaisuri raja Bahrain. Tapi mereka miskin, tiada simpanan apa-apa. Walaupun isteri Amirul Mukminin tapi tiada harta.

Hari ini wanita jadi kaya sebab tumpang kekayaan suami yang suaminya dapat dari sebab jawatan yang dia ada, lebih bahaya atas nama agama dan kerja agama. Belajarlah dari isteri Umar.

Isteri Umar pinjam satu dirham dan hanya mampu beli minyak wangi yang tersangat murah. Beri pada raja agar sampaikan pada permaisuri. Permaisuri sangat gembira dapat hadiah dari isteri Amirul Mukminin walaupun hanya minyak wangi murah tapi nilai tinggi kerana isteri Amirul Mukminin.

Permaisuri telah balas dengan permata dan berlian yang bernilai ribuan dinar kepada Hazrat Atiqah r.anha.

Hazrat Atiqah sangat gembira, dia telah letak atas katil. Bila Umar r.a. nampak, Umar sangat marah. Umar ambil permata itu dan bawa ke pasar untuk tanya berapa nilai. Umar jualkan. Satu dirham diberi pada isterinya. Baki dia masukkan kepada Baitul Mal untuk orang miskin. Umar kata, kamu dapat berlian itu kerana permaisuri itu dengar kamu isteri Amirul Mukminin. Aku tak nak agama digunakan untuk dapat dunia.

Gangha lebih baik dari candha. Meniaga lebih baik dari minta sedekah. Minta yuran untuk orang belajar agama lebih baik dari merayu duit zakat.
Hazratji Maulana Ilyas رحمه الله kata, zakat ialah kerak harta. Orang kaya asingkan sedikit dari hartanya untuk zakat. Kerak harta, daki harta.

Sebab itu untuk orang miskin, berilah zakat. Setelah hak zakat telah tertunai, harta yang bersih yang bukan zakat itulah barulah guna jika nak beri pada madrasah atau ulama kerana ajar anak kita atau ajar umat. Jangan beri ulama daki harta. Ini sangat menghina ilmu.

Umar r.a. ada dua helai baju. Satu yang elok dan satu lagi yang bertampal. Bila raja besar atau wakil luar datang jumpa Umar, Umar akan pakai baju elok supaya orang luar tak nampak yang dia susah. Dia tak nak orang ingat dia berhajat. Dia tutup kesusahan dia dari pengetahuan orang luar.

Hari ini kita depan orang besar pakai pakaian yang nampak susah agar kita ditawarkan harta. Tunjuk yang kita berhajat. Tapi tidak pada sahabat.
Tajammul iaitu berhias dengan pakaian yang mahal akan menyebabkan takabbur.

Umar pakai sekejap sahaja. Bila raja itu balik, segera dia tukar baju jubah tampal semula kerana tidak mahu dengan pakaian tadi datangnya takabbur.

Hazrat Maulana Syed Ahmad Khan رحمه الله kata, orang yang jatuh atas lecak boleh bangun, tapi kalau jatuh atas harta, dia tak boleh bangun.

Sesiapa yang terhutang budi untuk seseorang, kamu akan berat nak tashkel dia. Kamu akan kata dia dah banyak korban. Ini penghalang pada kerja agama.

Ada orang berpangkat nak beri harta pada Imam Bukhari رحمه الله, Imam Bukhari tak nak terima kerana tidak mahu kerana ehsan orang yang berpangkat ini nanti satu masa dia akan minta aku beri fatwa yang bertentangan syariat. Jangan terhutang budi dengan orang kaya.
Ayah Imam Malik رحمه الله pernah beri duit pada Imam Malik dan berkata gunakan duit ini untuk ilmu supaya tidak mengemis untuk menuntut ilmu.

Ada seorang lelaki khawas, dia mula bantu Mazahir Ulum. Setelah dia banyak bagi sumbangan, dia rasa dia perlu beri pandangan untuk madrasah. Dia mula hadir mesyuarat-mesyuarat madrasah.

Ini masalah yang berlaku hari ini. Bila ada orang kaya selalu sumbang di madrasah, dia nak pegang kita. Dia rasa syor dia mesti kena terima. Dia buat madrasah ikut otak dunia dia. Jangan beri orang dunia kuasai madrasah kita. Dia nak sumbang itu hak dia, kita jangan minta. Tapi jangan beri dia peluang untuk bawa pemikiran dunia dia dalam madrasah kita.

Akhirnya orang tadi mengatakan sebab saya banyak sumbang, saya rasa nak syor. Pelajar di Mazahir Ulum ini bagus belajar bahasa English sikit sebab keperluan semasa sekarang. Paling tak nanti dia keluar madrasah, dia tak malu, umur sudah 25 tahun tapi English pun tak tahu. Nak naik bas nak ke mana pun susah sebab nak baca English pun tak pandai.

Maka Hazrat Sheikh Arshad Madani berkata, disebabkan kamu rasa kamu banyak sumbang untuk Mazahir Ulum kamu layak beri syor dan orang kena dengar syor kamu sebab sumbangan kamu, baik sekarang ambil semua harta kamu dan jangan sumbang lagi kerana belajar English itu bukan keperluan semasa tetapi kamu yang terkesan dengan suasana.

Sesekali tak boleh gabungkan kemahiran dunia dengan belajar agama. Akan rosakkan minat anak-anak untuk belajar agama. Kami tak akan buat. Kamu rasa orang belajar agama umur 25 akan malu sebab tak boleh English. Jika dia tak tahu nak naik bas mana, tanya sahaja, tak perlu malu.

Budak muda di luar ada yang umur 25 tak tahu mandi wajib pun tak malu, kamu tak bimbang pula. Kenapa anak murid kami perlu malu umur 25 tahun tak boleh English hanya nak kena tanya nak naik bas mana. Mulai sekarang kamu jangan sedekah lagi.

Jangan terhutang budi dengan mana-mana orang kaya yang menyumbang di madrasah hingga kita kena ikut dia atur madrasah kita ikut otak pemikiran dunia dia, bukan ikut tertib madrasah. Memasukkan pengajian dunia dalam madrasah akan merosakkan minat anak untuk belajar agama.

Bagaimana baju digunakan untuk tutup aurat, begitulah tutup hajat dari pengetahuan orang lain.

Hazrat Maulana Yusuf رحمه الله kata, bila kamu dapat hadiah disebabkan kamu buat dakwah, maka belanjakan untuk jalan Allah. Jika kamu guna untuk peribadi, kamu akan cinta usaha ini atas sebab nak harta dan hadiah lagi.

Umar r.a. nampak hambanya Aslam pakai kurta cantik. Dari mana kau dapat kurta ini? Kata Aslam, Abdullah bin Umar anak kamu yang beri. Baik, jika anak aku beri tak mengapa, tapi jangan orang luar kerana aku tak nak ini jadi rasuah kerana kau hamba Amirul Mukminin.

Ada seorang lelaki banyak korban, dia khawas. Dia nak beri hadiah pada semua mukimin dan anak-anak mukimin dan cucu-cucu mukimin. Maulana Yusuf رحمه الله tak terima, tidak mahu terhutang budi dengan orang.

Dulu dia datang kamu hormati dia kerana korban dia, tapi lepas ini kerana kamu berharap dia akan beri lagi. Bahkan anak-anak yang dapat sesuatu dari orang lain atas sebab ayahnya ada kedudukan akan merosakkan dia dan dia menjadi anak-anak yang sentiasa berharap dapat lagi dari orang.

Perkara yang akan hapuskan sunnah adalah inginkan kemudahan. Musuh sunnah adalah inginkan kemudahan. Kamu selalu tertipu bahawa agama ini mudah.

Aku sangat kecewa ada orang kata makanan Nizamuddin tak sedap hingga dia sanggup menyalahi sunnah, sanggup duduk atas kerusi makan di kedai sebab nak cari makanan lain. Dia tak rela makan bertentangan dengan nafsu mereka di Nizamuddin sedangkan dimasak oleh orang yang jaga amal. Kedai-kedai depan ini makmur kerana tetamu kami yang datang ke Nizamuddin. Kamu semua datang Nizamuddin ini untuk ubah diri atau berubah ikut zaman. Fikirkan.

Hazrat Said bin Amir r.a., sahabat yang paling miskin, telah dilantik jadi gabenor di Homs. Setiap beberapa bulan, Umar r.a. akan panggil seluruh gabenor seluruh dunia untuk beri karguzari di Madinah. Dia telah datang dengan berjalan kaki sejauh 2500 km. Sampai di Madinah, dia beritahu Umar r.a., Alhamdulillah diri dan darah aku bersih dari makan makanan yang diambil dari mana-mana orang Islam atas sebab kerana aku gabenor.

Umar tanya kenapa kau datang jalan kaki. Setahun kau di sana takkan mereka tak beri satu binatang tunggangan pun. Aku tak mahu ambil kesempatan dari apa yang diamanahkan ini.

Dia wafat dalam perjalanan balik ke Homs setelah beri karguzari ehwal umat di tempat dia. Umar r.a. suruh jenazah dia ditanam di Baqi bersama sahabat yang lain.

Sesiapa yang kerja di luar negara, keluarga semua ada di sini, dia sahaja kerja di luar, adalah kebodohan jika dia buat rumah di sana dan tiada rumah di sini sedangkan dia akan balik sini.

Begitulah perumpamaan dunia ini bukan tempat kita tinggal. Tempat sebenar ialah akhirat. Tapi ada orang rasa berjaya bina rumah besar di dunia ini adalah kejayaan dalam keadaan tiada apa-apa bekal dihantar di akhirat.

Ciri orang mukhlis, dia ada orang tak kisah, dia tiadapun orang tak cari. Ini orang ada kedudukan di sisi Allah SWT.

Boleh tak kita gantikan solat dengan duit? Tidak. Begitulah dakwah tak boleh ganti dengan duit. Ada orang kata, saya telah beri duit untuk buat masjid, kenapa saya perlu buat dakwah lagi.

Orang yang belanjakan harta tapi tak buat dakwah, dia tak dikira daie kerana orang musyrikin zaman jahiliah gunakan harta untuk buat Kaabah. Duit tak boleh ganti untuk keluar jalan Allah. Seorang yang tidur di jalan Allah pun lebih baik dari itu.

Kamu beri duit untuk lepaskan diri dari keluar jalan Allah. Ini adalah teknik berhadapan dengan penyamun. Orang Islam telah buat yang sama macam nak melepaskan diri dengan penyamun.

Emas pinjaman yang dibawa bersama Bani Israel telah menjadi sebab Samiri gunakan itu jadi anak lembu emas yang telah menyebabkan kesan buruk kemurtadan berlaku pada mereka.

Semoga Allah maafkan kita. Hari ini kerana dia ada harta, kita beri mimbar pada dia, dibawa duduk bersama dalam mesyuarat dan dia diberi peluang untuk beri syor kerana dia ada harta. Tiada Baitul Mal dalam tabligh. Jangan tertipu hingga dia dibawa safar bersama hanya kerana harta yang dia ada, bukan sebab kerja.

Ada orang datang Nizamuddin, dia tak diberi bayan di mimbar. Dia kata Hazrat Maulana Yusuf mungkin marah saya, kalau tak mesti saya diberi bayan. Hazrat Maulana Yusuf kata kamu ingat mimbar ini macam safrah makan, siapa-siapa sahaja boleh makan. Tidak sesuka hati boleh beri mimbar pada orang.

Seseorang yang sediakan keperluan orang haji, adakah rukun Islam hajinya tertunai? Tidak. Begitulah keluar jalan Allah. Pahala dapat jika kita siapkan bantuan untuk orang keluar jalan Allah, tapi tak tertunai tanggungjawab dakwah kamu. Dia hanya dapat pahala membantu sahaja.

Kita tashkel nyawa, diri, perlu ada naqlo harkat. Jangan terima harta mana-mana orang sebagai ganti untuk dia tak keluar jalan Allah. Jangan anggap kerja dia itu lebih baik dari dakwah. Tidak sama sekali. Kita nak tashkel tuan-tuan semua sambut takaza insyaAllah.

_copy paste; azharjaafar_

Ijtimak Eropah

 9-12 Julai 2026, insyaAllah

Shrubland Hall
Barham, Ipswich, United Kingdom

Monday, April 19, 2021

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat.

















Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh ke luar negara.


Mulakan simpanan emas anda pada hari ini dengan nilai serendah RM100. Layari;

Monday, April 05, 2021

Daftar Beli Emas Public Gold

ADA 2 JENIS PEMBELIAN EMAS DI PUBLIC GOLD

Cara 1 - Beli Emas Fizikal (dinar emas atau gold bar) secara tunai atau bulanan 4x atau bulanan 10x




Cara daftar dan beli emas; 
 1.Daftar sebagai pembeli emas adalah percuma sahaja. Layari; https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00226860&is_dealer=1 

 2.Masukkan butir² peribadi yang dikehendaki. 

 3.Daftar sampai selesai, kemudian login di https://publicgold.com.my/index.php?route=account/login 
Guna no ic dan masukkan password yang tuan/puan cipta tadi. Akan keluar paparan My Account.
*Jika tak tahu password, klik https://publicgold.com.my/index.php?route=account/forgotten . Satu link akan dihantar ke no hp atau email tuan/puan. Kemudian login semula. Username adalah no ic & password adalah yang tuan/puan cipta tadi.

 4.Setelah berjaya login, klik menu di kanan atas. 

 5.Pilih Product 


 6.Pilih Gold. Akan keluar paparan barangan emas yang dijual. 



 7.Pilih jenis emas yang hendak dibeli kemudian Add To Cart

 8.Untuk bayar, buka Cart. Kemudian Proceed to Next Page

 9. Isi butiran yang dikehendaki. 
Pilih untuk bayar habis atau bulanan. 
Kemudian Confirm & Proceed to Pay

 10.Bayar menggunakan Online Banking FPX.
*Pembelian emas di bawah 5 dinar (21.25g) boleh minta untuk pos berinsuran ke alamat tuan/puan melalui cara GIT - Gold In Transit. 



Cara 2 - Buka Akaun Simpanan Emas (GAP - Gold Accumulation Program). 


*Minima simpanan adalah RM100. Dengan RM100 akan dapat emas ><0.4gram dalam akaun (bergantung kepada harga emas semasa). Boleh topup online pada bila² masa. Sebaiknya target hingga dapat 1 dinar (4.25g) atau gold bar 10g sebagai permulaan untuk merasai aura emas di genggaman.

**Syarat untuk keluarkan emas fizikal adalah perlu kekalkan 1g emas dalam akaun. Contohnya nak keluarkan 1 dinar (4.25g), maka perlu ada dalam akaun 5.25g emas. 1g emas tu boleh ambil bila tutup akaun saja.


Lepas daftar kena terus buat pembelian minima RM100 dalam masa 24jam. 


 3.Kemudian klik MENU 

 4.My GAP 

 5. Go To New Site

 6.Klik Buy GAP Now. Masukan jumlah yang hendak dibeli. Bayar guna Pay Online (FPX). Akaun akan dikemaskini dalam masa 24 jam.


Urusniaga di Public Gold adalah patuh syariah.



Sebarang pertanyaan boleh whatsApp saya www.wasap.my/+601157778169, insyaAllah saya akan bantu dari cara beli hinggalah emas dapat ke tangan tuan/puan. 🤗

Testimoni para penyimpan emas;

Posting lain berkenaan emas di blog ini;

Sunday, March 21, 2021

Seronoknya Menabung Emas



Dulu duit simpanan saya selalu je bocor. Pantang ada duit lebih, mesti saya nak tukar perabot baharu atau renovate rumah. 

Bermula dengan 1 dinar, akhirnya dinar-dinar saya dah pun beranak-pinak. Asal ada duit lebih saya akan topup GAP atau belian secara EPP. Asalnya saya target untuk simpan 100gram dalam masa setahun.  Alhamdulillah, dalam masa 4 bulan, saya dah berjaya capai target simpanan saya sebanyak 100gram. Inilah dinamakan keseronokan menabung emas.

Walaupon kadang-kadang rakan-rakan dan kenalan saya memperlekehkan usaha saya seperti menggelarkan saya *tokey emas* tapi kedekut..hahaha... Saya ambil sikap *do i care*... Janji tabungan untuk masa depan saya bertambah..Tak kisah lah jika orang lain hidup bermewah, kita pulak hidup biashe-biase je...Janji tabung simpanan saya mewah...

Kalau ikutkan saya betul-betul menyesal kerana lambat menabung emas. Tapi, daripada menunggu harga yang tak mungkin sama dengan harga 5 atau 10 tahun dahulu, lebih baik saya bermula sekarang.

Terima kasih kepada Puan Rusmeyati Nordin  sebagai introducer saya yang banyak bimbing saya dalam mendalami ilmu emas PG ni.

Saya dealer baharu. Doakan saya dipermudahkan urusan olehNya untuk bantu dan bimbing orang lain tentang kesedaran menabung emas agar tak menyesal macam saya.. hahaha...

Remi Sya

#copypaste

Daftar & beli emas, layari;

Saturday, January 23, 2021

Bunga Mas - Lambang Keunggulan Abadi!

Assalamualaikum.
Saya akan bantu anda tukar duit kertas kepada emas fizikal (gold bar atau dinar) sebagai simpanan aset jangka panjang, insyaAllah. 

"Emas Adalah Anti Inflasi. 
1 dinar pada zaman Nabi s.a.w sama dengan nilai 1 dinar pada zaman kita. Sedangkan duit kertas sangat terkesan dengan inflasi. RM100 yang kita ada pada 10 tahun yang lalu tidak sama nilainya dengan RM100 yang ada di tangan kita pada hari ini."

Produk pertama yang saya ingin perkenalkan adalah Bunga Mas 10g. 😊


InsyaAllah semua orang mampu memiliki Bunga Mas ini, paling kecil bersaiz 10gram. Ia adalah produk Gold Bar (jongkong emas) jenis 999.


Ada 3 cara mudah untuk miliki Bunga Mas ini, mengikut kesesuaian bajet masing-masing! 

Cara Pertama: 
Jika anda ada lebihan tunai untuk simpanan sebanyak ŔM2600++, anda boleh terus dapatkan item Bunga Mas ini. Caranya, bayar online dan ambil sendiri di 18 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia atau arahkan ianya di pos kepada anda. 

Cara Kedua : 
Sekiranya anda boleh asingkan sebanyak ŔM260++ sebulan selama 10 bulan, Syariah Easy Payment Programme (SEPP) adalah yang terbaik untuk anda! Anda hanya perlu menyimpan secara ansuran sebanyak 10 kali mengikut jadual bayaran yang ditetapkan. Lagi cepat habis bayar, lagi cepat anda dapat Bunga Mas anda!

Contoh Bayaran Ansuran 10 kali


Cara Ketiga: 
Sekiranya anda mahu simpan RM100 pada bila-bila masa yang ada suka, kaedah Gold Accumulation Programme (GAP) adalah yang terbaik buat anda. Setiap ŔM100 yang anda simpan, akan dapat 0.37++ gram emas. Kumpulkan sehingga 10 gram. Dah cukup 10 gram, keluarkan dan Gold Bar Bunga Mas ini menjadi milik anda. 

Sebarang pertanyaan boleh whatsApp saya. 🤗
InsyaAllah saya akan bantu dari cara pembelian hinggalah emas dapat ke tangan anda. 



BEBERAPA INFO PENTING BERKENAAN EMAS

Emas Adalah Anti Inflasi. 
1 dinar pada zaman Nabi s.a.w sama dengan nilai 1 dinar pada zaman kita. Sedangkan duit kertas sangat terkesan dengan inflasi. RM100 yang kita ada pada 10 tahun yang lalu tidak sama nilainya dengan RM100 yang ada di tangan kita pada hari ini. 


Perniagaan Public Gold Adalah Patuh Syariah

Sijil Patuh Syariah 


Dinar dan Dirham Sebagai Matawang Akhir Zaman

Emas; Aset atau Pelaburan?


Sejarah Harga Emas/gram 


Emas Bantu Elak Boros. 
Setiap duit yang kita bayar, bukan bayaran hangus ya. Kita hanya tukarkan duit kita kepada simpanan aset terbaik iaitu emas! Mudah saja. Asalkan ada matlamat dan keazaman untuk menyimpan. Ketiga-tiga kaedah saya sendiri gunakan dalam menyimpan aset keluarga saya! Terbukti berkesan, dapat membantu saya masalah KEBOCORAN dalam menyimpan duit.

Ilmu Mengenai Pajak Emas 

Tukarlah kebiasaan menyimpan duit kepada menyimpan emas. 
Daftar percuma di sini;


Produk-Produk Emas Yang Lain 
1 DINAR 4.25G 


BungaMas Series Bar 20g

 
5 DINAR 21.25G 


10 DINAR 42.5G 


BungaMas Series Bar 50g 


BungaMas Series Bar 100g 


LBMA Bullion Bar 250g 


LBMA Bullion Bar 1000g 


Zakat Emas
Niatkan juga agar simpanan emas yang kita ada mencapai kelayakan untuk kita membayar zakatnya. Zakat akan dapat membantu fakir miskin disamping menyuburkan harta kita. 

Berkenaan zakat emas; 


Sebarang pertanyaan boleh whatsApp saya. 🤗
InsyaAllah saya akan bantu dari cara pembelian hinggalah emas dapat ke tangan anda. 

Rasakan Auranya


Anda boleh, insyaAllah.. 😉

Sunday, January 17, 2021

Pengalaman Seorang Penyimpan Emas

Bunga Mas 50g (gold bar)



Tahun 2016 
Gaji saya cecah RM5000 sebulan masa ini. Tapi simpanan 0. Hutang keliling pinggang. Hutang kenderaan Honda Jazz baru beli setahun. Hutang rumah dan hutang peribadi jumlah semua lebih separuh gaji. Banyak bisnes yang saya buat untuk cover gaji yang tak cukup. Setiap kali sampai 20hb, saya selalu jadi risau sebab duit dah nak habis. Minyak saya terpaksa isi dengan kad kredit. Cash dah tak ada. Akhir tahun 2016, saya mula simpan emas Public Gold. Betul-betul akhir iaitu bulan Disember. 

Tahun 2017 
Saya teroka ilmu emas dan kewangan habis-habisan. Akhir Julai 2017 saya tekad nak jadi dealer Public Gold dan terus fokus. Tak pandang ke belakang. Komisen mula-mula tak banyak. RM100 – RM200 sebulan tu rasa dah banyak sangat. 

Tahun 2018 
Rasa boleh bernafas sikit. Kereta Honda Jazz saya serahkan kepada kakak di Perak untuk guna dan sambung bayar. Saya pakai kereta Proton Saga 2nd hand yang saya guna untuk kereta sewa sebelum ini. Loan semua saya combine dalam hutang peribadi. Jadi saya anggap tak ada komitmen baru. Income bisnes PG naik sikit-sikit, konsisten. Sampai satu masa, ia melebihi keperluan saya. Saya tambahkan simpan emas dengan buat EPP10 untuk 50 gram. 

Tahun 2019 
Saya fokus buat EPP10 (belian secara ansuran) untuk 50 gram. Ada duit lebihan saya bayar, tak sampai 5 kali dah habis EPP10. Bila habis bayar satu EPP, saya buat EPP10 50 gram yang baru. Sampai 3 kali 50 gram EPP10 saya buat. 

Tahun 2020 
Saya jual semua emas 50 gram X 3 (total 150 gram). Duit itu saya guna buat ‘full settlement’ hutang peribadi. Alhamdulillah rasa amat puas. Hutang yang ditanggung selama 3 tahun, dan sepatutnya habis tahun 2027, saya dapat tamatkan tahun 2020. Emas yang saya jual itu pun semua dapat untung sebab harga emas naik sampai 60% daripada tahun lepas. Alhamdulillah. 

Penghujung tahun 2020, saya sudah rasa selesa dengan usaha saya tahun 2016. Dengan adanya dana kecemasan yang cukup untuk 4 bulan gaji. Saya nak fokus pula sampai 12 bulan gaji. Apa yang saya nak sampaikan di sini, bahawa emas betul-betul mengubah kedudukan kewangan saya. Daripada RM100 (0.5 gram) saya mula pada Disember 2016, saya kembangkan selama 4 tahun untuk capai bebas kewangan. 

Anda pun boleh. Dan saya pasti boleh capai bebas kewangan lebih awal daripada saya. Emas adalah alat yang sesuai untuk saya. Mungkin tak sesuai untuk orang lain. Tapi kalau anda dah bertahun-tahun kerja dan masih belum mempunyai simpanan, saya yakin emas juga paling sesuai untuk anda. Cubalah. Saya bukan nak buka pekung kelemahan saya. Ada titik-titik keadaan yang saya tak ceritakan. 

Tulisan saya ini sekadar nak membuka minda anda, yang kewangan adalah tanggungjawab kita 100%. Bukan tanggungjawab kerajaan nak suap duit BPN kepada kita setiap bulan. Atau bukan juga tanggungjawab pasangan / ibubapa. Bertanggungjawablah dengan kedudukan kewangan anda bermula hari ini. Takkan nak pencen tapi duit pencen masih nak kena bayar hutang. 

Hilmi, Pasir Mas

#copypaste

Sebarang pertanyaan boleh whatsApp saya www.wasap.my/+601157778169, insyaAllah saya akan bantu dari cara beli hinggalah emas dapat ke tangan tuan/puan. 🤗


Monday, April 06, 2020

Aku dan Covid19

Wow, blog dah bersawang.. ni baru betul laman sesawang.. hahaha..

Tetibe rasa nak update blog tapi gaya bahasa agak skima.. maklum la dah tua berumur.. ahaks

*****

1 Feb 2020
Aku keluar 40 hari di Bukit Beruntung. Jemaah kami 12 orang dan dibentuk di masjid Sri Petaling.

26 Feb 2020
Kami tangguh sementara dari Bukit Beruntung dan mula masuk ke masjid Sri Petaling untuk jur qudama.

Peta Penempatan


3 Mac 2020
Selesai jur kami sambung baki 6 hari di Bukit Beruntung. Malam pertama aku dah rasa tak lena tidur dan degupan jantung macam perlahan. Badan pun rasa lenguh-lenguh.

4 Mac 2020
Pagi-pagi aku pergi Klinik Kesihatan Serendah untuk pemeriksaan. Setelah ECG dan pemeriksaan, Dr. kata semuanya normal.

Klinik Kesihatan Serendah

Surau terakhir


9 Mac 2020
Jemaah kami balik ke masjid Sri Petaling untuk beri laporan usaha-usaha yang kami buat selama 40 hari. Malamnya aku dah mula rasa demam.

10 Mac 2020
10 pagi - Bayan nasihat diberi kepada jemaah kami dan jemaah-jemaah lain yang dah selesai 40 hari. Sebelum zohor, kami semua dah boleh balik ke rumah masing-masing. Aku masih demam. Isteri datang jemput aku balik ke rumah. Aku hadir ke masjid di rumah untuk solat zohor, asar, maghrib dan isyak.

11 Mac 2020
Sejak subuh lagi aku tak ke masjid dan solat di rumah saja. Demam tak surut-surut. Lepas maghrib aku ke Hospital Selayang untuk buat saringan Covid19 (swab test yang masuk kapas kat tekak dan hidung tu) setelah dengar berita kes positif Covid19 dari seorang rakyat Brunei yang hadir jur qudama. Anak sulong juga bersama ke hospital sebab dia juga hadir jur qudama tapi saringan Covid19 tak dibuat ke atasnya kerana dia tak demam.

Saringan Covid19


Balik dari saringan tu aku mula kuarantinkan diri dalam bilik di rumah. Demam turun naik. Berhubung dengan ahli keluarga pun guna whatsApp aje. Makan sorang-sorang, solat pun sorang-sorang dalam bilik. Keluar bilik pun untuk ke tandas je.

13 Mac 2020
Anak no 5, Mardhiah balik cuti dari madrasah di Selayang Baru.

14 Mac 2020
Amalan bacaan surah At Taghabun setiap pagi dah dimulakan dalam rumah oleh setiap ahli keluarga. Aku juga arahkan setiap ahli keluarga makan madu 4 kali sehari.

Anak no 3, Ammar yang selalu ke Hospital Selayang kerana buat hemodialisis telah dihantar ke wad di Hospital Sg Buloh untuk saringan dan kuarantin Covid19. Pihak hospital dapat tahu aku ayahnya telah hadir jur qudama dan sedang dalam kuarantin menunggu keputusan saringan. Cekap betul sistem treking Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ammar


Lepas isyak dapat berita ahli jemaah aku seorang cikgu pencen dah masuk ICU di Kedah kerana positif Covid19. Cikgu ni memang dah sakit sejak di jur qudama lagi.

15 Mac 2020
9.15 pagi dapat panggilan dari KKM dan bagitau aku positif Covid19. Aku redho aje la. Nak cakap apa lagi. Mereka sedang aturkan ambulan untuk bawa aku ke Hospital Sg Buloh. Sementara tu mereka minta aku beri butir-butir lengkap ahli jemaah yang sama-sama keluar 40 hari, keluarga yang ada hubungan rapat sejak aku balik dan orang tanggungjawab tabligh di Bukit Beruntung.

12 tengahari ambulan datang secara senyap dan bawa aku ke hospital. Dah masuk jalan besar baru siren dibunyikan. Di hospital, aku ditempatkan di wad 4D katil 5. Setiap wad ada banyak bilik. Satu bilik ada 4 katil. Katil 6 orang India baya-baya aku dan katil 7 seorang uncle Cina. Diorang 2 orang ni dah 2 minggu duduk wad. Katil 8 orang Melayu yang juga rakan tabligh yang aku kenal. Dia masuk lewat 2 jam dari aku. Jadi ada la kawan untuk solat berjemaah dan buat taklim selepas setiap waktu solat.



Aku dalam ambulan


16 Mac 2020
10 pagi isteri dan anak-anak no 1, 2, 5, 7 & 8 ke Klinik Kesihatan Taman Ehsan kerana KKM dah aturkan saringan Covid19 untuk keluarga aku. Abah pun kena saringan sekali sebab aku ada jumpa abah dan salam cium tangan masa di masjid pada 10 Mac 2020 tu. Aku di wad risaukan keluarga, mak dan abah. Banyak-banyak doa semoga semua sihat.

Yang hujung sana tu abah

Peace


6 petang dapat tahu anak no 4, Anas yang belajar di Sabak Bernam juga telah dibawa ke hospital Sabak Bernam bersama beberapa pelajar lain untuk saringan dan kuarantin Covid19 kerana mereka hadir jur qudama untuk khidmat parking.

Sehelai sepinggang.. ic pun x bawak


17 Mac 2020
Anas dan kawan-kawannya di bawa ke Hospital Sg Buloh untuk kuarantin sementara menunggu keputusan saringan. Jadi aku, Ammar dan Anas ada di Hospital Sg Buloh sekarang ni. Cuma kami tak dapat berjumpa kerana tak boleh keluar dari bilik wad masing-masing.

Petangnya, anak no 6, Mu’az pulak cuti madrasah. Isteri aku pergi ambil di Bangi Lama. Jadi sekarang semua anak-anak Amir, Humaira, Mardhiah, Mu’az, Mus’ab dan Ilyas selain yang di wad dah ada di rumah. Aku pesan pada isteri dan anak-anak supaya kuatkan amalan di rumah supaya cepatkan bantuan Allah angkat musibah.

Muka ada sinyum


18 Mac 2020
Perasaan di wad bercampur-campur. Aku banyak memikirkan hal isteri dan anak-anak. Apalah keputusan saringan mereka. Lepas tu fikir pasal abah, pasal mak. Aku cuba tenangkan diri dengan banyak bersolat sunat, baca quran, zikir dan doa. Sesekali isteri akan whatsApp aku bertanya khabar. Mak dan adik-beradik juga selalu memberi semangat kepada aku di dalam whatsApp group keluarga. Kawan-kawan juga ada yang call dan whatsApp untuk bertanya khabar.

Dalam wad ni kalau kita tak ada sesak nafas, cirit-birit atau lain lain-lain penyakit yang kritikal, maka ubat tak akan diberikan. Dr. kata 10 hari yang awal selepas terkena jangkitan Covid19 adalah waktu yang kritikal. Jika tak ada simptom yang berat, maka tak perlu makan ubat apa-apa. Cuma kena tunggu antibodi badan kita lawan dan bunuh virus tu. Cepat atau lambat, bergantung kepada kekuatan badan kita melawan penyakit, insyaAllah.

Dari tingkap wad


Aku secara persendirian makan madu 4 kali sehari, minyak habatus sauda (1 sudu kecil) 1 kali sehari, minyak zaitun 1 kali sehari (1 - 2 sudu) dan minum air suam 2 hingga 3 liter sehari. Setiap kali aku minum air, maka aku akan bacakan surah Al-Fatihah pada air.

Tengahari ni isteri bagitau saringan Covid19 pada 16 Mac hari tu untuk semua ahli keluarga aku negatif. Syukur pada Allah. Alhamdulillah petang ni dapat berita Ammar dan Anas dah boleh balik ke rumah sebab setelah beberapa kali saringan diorang negatif. Jadi sebahagian besar kerisauan aku masa dalam wad ni pun lenyap.

Brader india kat katil 6 dipindah ke bilik lain dan diganti dengan seorang melayu dan juga dari kluster tabligh. Jadi sekarang kami solat jemaah dan baca taklim bertiga.

19 Mac 2020
Alhamdulillah pagi ni aku rasa dah tak demam. Cuma sejuk aircond tu yang aku tak tahan. Masa dalam wad ni boleh kata setiap hari aku mandi lepas solat subuh walaupun masa demam. Lagipun nurse yang suruh kami mandi dan tukar baju.

Makanan kat hospital ni memang kelas. Makan tengahari (12 tengahari) dan malam (7 petang)  biasa lauk ayam dan ikan. Sarapan pagi (dalam pukul 7) dan minum petang (dalam pukul 3) pun menu terbaik. Masalahnya tak ada selera nak makan. Makan suku dah tak lalu nak masuk. Sedih bila teringat makanan yang aku campak dalam tong sampah.

Katil aku


Layanan Dr. dan semua kakitangan wad sangatlah cemerlang. Walaupun kena kerja shift siang dan malam, lepas tu nak layan pesakit-pesakit yang berisiko tinggi macam kami, reaksi diorang nampak ceria je. Walaupun tak nampak muka sebab pakai mask, tapi dari mata boleh agak kesedian dan ketabahan diorang rawat pesakit. Sentiasa sedia membantu dan ambil berat ehwal pesakit. Hanya Allah yang boleh balas jasa diorang semua.

20 Mac 2020
Hari ni x-ray, ambil darah dan saringan Covid19 dibuat lagi kat aku. Sejak masuk hospital ni dah 2 kali x-ray, 2 kali ambik darah dan 3 kali saringan Covid19.

Tengahari anak sulung datang hantar air mineral. Apa-apa barang yang nak diberi kepada pesakit Covid19 hanya boleh diletak kat security guard di lobi. Tulis nama penerima, no wad dan katil, mereka akan hantarkan ke wad.

Kawan tabligh katil 6 dah boleh balik dan diganti dengan seorang haji dalam lingkungan umur lewat 60an. Haji ni orang Kg Baru. Teruk jugak semput dia sampai kena pakai wayar oksigen. Sepanjang malam dia batuk teruk.

Barang kiriman


21 Mac 2020
Pagi-pagi sebelum subuh darah aku diambil lagi buat kali ke tiga. Nurse kata darah yang semalam tu platlet rendah hingga 50 dan darah pekat. Normal platlet darah kena 150 ke atas. Jadi ujian denggi dibuat juga pada aku. Alhamdulillah negatif tak ada denggi.

Haji yang dari Kg Baru semalam dipindah ke wad lain. Mungkin ke wad yang lebih sesuai sebab keadaannya yang tak stabil.

11 pagi - panggilan yang ditunggu-tunggu. Dr. dari wad 4D call aku dan bagitau aku dah boleh balik rumah sebab dah 2 kali saringan Covid19 keputusan negatif. Terus aku ambil wuduk dan sujud syukur kepada Allah. Platlet darah pun dah naik hingga 150.

1.30 tengahari aku dijemput isteri tercinta untuk balik ke rumah. Aku perlu kuarantinkan diri di rumah untuk 14 hari. Jika engkar dan tertangkap, boleh didakwa di mahkamah dan dipenjarakan. Aku ikut aje. Bukan susah pun duduk rumah insyaAllah.

Text yang aku hantar ke wad 4D


27 Mac 2020
Pagi ni KKM aturkan saringan Covid19 lagi untuk isteri, anak-anak dan abah.. terima kasih KKM kerana ambil berat tentang kami.

Lepas zohor aku ke Hospital Sungai Buloh lagi kerana ada temujanji untuk pemeriksaan ulangan di klinik pakar. Sebahagian besar yang hadir bersama aku adalah kawan-kawan tabligh yang juga dah keluar wad dalam seminggu ni. Sekali lagi saringan Covid19 dibuat dan darah juga diambil. Kemudian Dr. ada tanya kalau pada waktu lain, hospital panggil untuk derma plasma darah, aku sedia ke? Tujuannya adalah untuk digunakan ke atas pesakit Covid19 yang kritikal. Aku kata boleh je insyaAllah.

Saspen pulak tengok warna plasma darah.
Ingatkan macam derma darah yang biasa je
(gambar dari internet)


30 Mac 2020
Dapat berita seorang lagi ahli jemaah aku masuk wad di Hospital Sg Buloh sebab positif Covid19. Ni yang aku heran sebab selepas 20 hari balik rumah baru dia disahkan positif. Mungkin dia dapat dari tempat lain.

01 April 2020
Hospital Sg Buloh telefon dan bagitau keputusan saringan Covid19 aku yang baru ni negatif dan aku tak perlu lagi datang ke hospital untuk temujanji yang berikutnya. Cuma kena duduk di rumah sehingga waktu kuarantin tamat. KKM juga menghubungi isteri aku dan bagitau semua keputusan saringan isteri, anak-anak dan abah adalah negatif. Nikmat Allah yang manakah yang aku nak dustakan?

Surau kami di rumah

Muazzin



05 April 2020
Hari ni aku dah bebas dari kuarantin Covid19. Syukur lagi pada Allah yang beri nikmat kesihatan kepada aku dan keluarga. Walaubagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia mesti dipatuhi.

Semoga Allah bebaskan kita semua dari wabak penyakit Covid19 dan penyakit-penyakit yang lain. Kita sama-sama doa supaya mereka yang masih dirawat di hospital agar segera sembuh dan boleh balik ke rumah segera.

Sekian.

Azhar Jaafar
Kepong, Kuala Lumpur.
06 April 2020



Update : 09 April 2020 
Alhamdulillah ahli jemaah aku yang masuk ward 30 Mac dah boleh balik rumah.

Update : 12 April 2020
Dapat berita haji di katil 6 tu dah meninggal dunia semalam (11/04/2020).
Sumber dari facebook anaknya.



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُعنه

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.". Aamiin Aamiin Aamiin..

Update : 27 April 2020
Alhamdulillah, ahli jemaah aku Cikgu Shuhaimi (bersara) dari Kuala Nerang, Kedah dah keluar dari wad hospital di Kedah hari ni.. beliau masuk wad kerana Covid19 sejak 12 mac lepas.. masuk icu begitu lama dan sepanjang rawatan pernah dikomakan..

Cerita dari whatsApp

*****

Iklan;

Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.

Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (Takaful Ikhlas) & 50km (Takaful Malaysia)
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...