Thursday, March 22, 2018

Tabligh dan Madrasah

Sekolah tahfiz awal-awal dahulu iaitu 10 - 20 tahun dahulu banyak diusahakan oleh orang tabligh/dakwah atau mereka yang pernah belajar di India, Pakistan. Mereka balik dan mengajar. Sehingga kini pun, masih ramai pengusaha tahfiz dari kalangan pendakwah & guru tahfiz / alim.


Dalam 10 - 20 tahun lepas, mereka yang awal-awal menghantar anak belajar tahfiz adalah dari kalangan orang tabligh (masyarakat gelarkan mereka orang tabligh). Ada dikalangan mereka, ikat perut demi membayar yuran anak mereka belajar. Bukan semua dari kalangan mereka orang kaya, pekerjaan mereka sederhana. Ada kalanya bertangguh.

Jap, bukanlah ini yang saya ingin utarakan sebenarnya. Perkara yang ingin disampaikan adalah;

- kenapa mereka sanggup melawan arus perdana dengan menghantar anak ke madrasah yang dikarakan tiada masa depan.

- kenapa mereka sanggup memekakkan telinga mereka dengan menghantar anak-anak mereka belajar agama. Sedangkan anak orang lain dihantar ke sekolah.

- kenapa mereka sanggup mengikat perut, makan ala kadar; demi dahulukan keperluan anak anak & yuran sekolah tahfiz & kitab.

Dimanakah datangnya kekuatan & semangat itu ?
Ok. Kita undur lagi 10 - 15 tahun dari masa itu (30 - 40 tahun lepas).

Waktu itu pada tahun 70an - 80an , agama yang berada pada tahap sangat sederhana. Tahap penerimaan dakwah & tabligh juga terlalu lemah. Jemaah dakwah juga telah bermula pada ketika itu, pergi ke masjid surau.

Ok kita zoom in lagi situasi ini..

Zaman dulu, bukan senang seperti sekarang. Untuk pergi ke suatu surau atau masjid, jemaah dakwah perlu kendong gas (jika ada gas), kendong peralatan taam (peralatan memasak), kendong bag mereka.

Masyarakat telah lihat pada waktu itu. Ada yang biarkan, ada yang ambil peduli. Manakala surau atau masjid, bergantung atas negosasi amir jemaah dengan ahli jawatankuasa masjid.

Zaman itu, surau & masjid yang keras lebih banyak dari sekarang. Ada ketika, selepas berjalan jauh baru mulai masuk masjid .

Ayat yang selalu orang tabligh kena adalah;
- Siapa awak semua, kami tidak terima ajaran sesat!
- pergi anda dari sini, buat kotor sahaja.
- kenapa datang surau kami, nak belajar pergilah ke pondok / sekolah !
- dah la jahil, ada hati nak ajak kami ke masjid.
- ada juga yang menggelar budak tabligh dah datang dah. Dah la jahil, nak ajak orang ke masjid.

Manakala;
- ada AJK atau orang yang menghalau jemaah.
- malah ada yang melempar beg keluar masjid & surau.
- tak kurang ada yang maki hamun & herdik.

Apa perasaan anda, apabila anda buat kerja agama, guna duit simpanan poket sendiri untuk keluar. Beg anda yang bersih, baju terlipat didalamnya.
Tetiba seorang hamba Allah ambil beg anda dan melempar keluar masjid & surau, jatuh ke tanah atau lopak. Ada terlalu marah yang lempar ke gaung & hutan belukar.

Ada hamba Allah yang herdik & maki hamun, guna perkataan keatas anda; "Bodoh.. Jahil.. Sesat.."

Pernah terjadi pada jemaah kami juga, ada ahli masjid maki hamun & herdik guna perkataan itu.

Waktu itu amir sab (ketua jemaah) akan tenteramkan jemaah. Jaga kelakuan, akhlak, jaga mulut. Dikatakan mereka yang berada di jalan Allah, kata-kata mereka mustajab. Dikhuatiri ada mulut terlepas cakap; "Kang kena langgar kereta.. Jatuh patah kaki.. Masjid terbakar.." dll.

Untuk pengetahuan anda, orang yang buat dakwah tabligh, ada antara mereka yang dari kalangan gengster, cepat naik tangan, dahulunya kaki pukul. Mereka ada dalam jemaah. Tetapi mereka sabar, mereka keluar ingin islah diri (perbaiki diri) .

Ketika dimaki herdik dengan suara kasar, taalim dikatakan bidaah, sesat, hadis palsu dan sebagainya .

Tangan telah berketar, tangan telah genggam penumbuk, dada telah berombak, darah muda menjulang. Pakcik tua itu seorang dua sahaja.

Amirsab dan lain lain tenangkan jemaah, sabar sabar. Amirsab bincang lagi dengan orang itu.

Adakalanya kena pindah, adakalanya terpaksa bersabar yang amat.

Apabila orang herdik kita jahil, bodoh sesat. Hati mana yang tidak pilu serta sedih. Ada yang mengesat airmata sorok sorok.

Amir sab kata; "Kita mohon pada Allah, ngadu malam hari kepada Allah. Usaha siang hari adalah 10% sahaja. 90% adalah usaha dimalam hari. Dengan Allah sahaja kita mengadu."

Ketika solat tahajud & doa; "Ya Allah, kami dihalau, beg kami dilempar, kami dimaki herdik. Sesat, jahil, bodoh. Mereka kata; "Ada hati nak ajak kami orang kampung dakwah sesat.

Ya Allah. Kau bantulah kami, kau berikanlah hidayat kepada dia yang herdik itu, kau lembutkan hatinya. Kau pilihlah beliau untuk ikut usaha ya Allah.

Berilah kesabaran kepada kami. Kami diuji, iman kami nipis. Kau tambahkanlah kesabaran kami.

Kami tidak pandai bayan, kami tidak hafal alquran hadis. Kami tidak pandai ya Allah. Ajarikanlah kami ilm & hilm"

Ketika inilah menangis teresak esak.

Tuan-tuan. Setiap bulan keluar 3hari. Kemungkinan situasi mengjahilkan budak tabligh boleh berlaku jika masjid & surau itu keras sekali.

Apatah lagi mereka yang keluar 40 hari & 4 bulan. Setiap tahun keluar. Tahun demi tahun keluar 40 hari mengadap perkara yang sama. Sehinggalah 10 - 40 tahun sehingga kini.

Keazaman inilah yang menyebabkan budak tabligh yang jahil inilah sanggup tahan & ikat perut bayar yuran untuk anak anaknya belajar agama di madrasah, supaya anak-anak mereka tidak jahil bodoh sepertinya. Boleh menjadi imam imam masjid, ust maulana yang boleh ajar jemaah & orang awam.

Alhamdulillah masjid sri petaling dibina, madrasah juga didirikan, beberapa madrasah lain juga didirikan. Majoriti budak tablighlah menghantar anak anak mereka untuk belajar.

Selepas 30 - 40 tahun, sekarang majoriti masjid & surau tidak lagi sekeras dahulu. Juga dalam jemaah tidak lagi ada ahli-ahli jahil dalam 1 jemaah, malah turut serta ustaz, imam, tahfiz dalam jemaah. Sekarang mungkin anda telah fahami sedikit perasaan & semangat mereka.

Sabar & bertahan 20 - 30 tahun bukanlah suatu waktu yang singkat tuan-tuan yang mulia. Oleh itu, apabila tidak mahu sertai, jangan halang, jika ada kemampuan berilakah sokongan kepada mereka. Mereka buat kerja agama tidak bergaji.Juga tidak meminta minta dengan orang sekeliling. Bantulah mereka seadanya.

Ini hanya secebis pengalaman dakwah yang kita dapat rasai berbanding tentangan yang nabi saw hadapi.

Doakanlah untuk saya supaya diterima, saya doakan anda juga diterima. Barokallah

Fb Muttaqien Jamaludin

*Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.*
☝WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679
✌Kami akan beri harga
πŸ‘ŒJika setuju dengan harga, anda bayar online
πŸ‘Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

🚩 Bantuan jalanraya 24jam.
🚩 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
🚩 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.

*AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)*
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Layari; http://takaful-am.blogspot.com

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...