Tuesday, January 01, 2013

Syair Ziarah Rumah ke Rumah

Pintu diketuk disusuli dengan salam,
yang di dalam tadi riuh tiba-tiba suram,
Allah tarbiah kami untuk sangka baik sesama Islam,
mungkin mereka tak dengar dari dalam,
maklumlah hari sudah nak malam.

Dahulu nabi menyeru seisi alam,
seru mereka kepada Islam,
tapi Abu Jahal dan Abu Lahab pura-pura tak paham,
kononnya pertahankan adab resam,
walhal Al-Quran turun dengan maksud mendalam,
mengalahkan segala syair pendeta seluruh alam.


Bukan niat kami untuk mengajar,
niat cuma untuk belajar-belajar,
belajar cakap benda yang benar,
nak kata hidup ini cuma sebentar,
kelak kita bertemu yang Maha Besar,
marilah kita beriman sebentar,
bercakap-cakap tentang kubur,sirat dan masyar,
mudah-mudahan iman yakin bertambah lebar.

Pintu diketuk sebanyak 3 kali,
sambil itu salam diberi,
keluar pula seorang lelaki,
rupanya rumah tuan haji,
dengan wajah berseri-seri,
manis senyuman tidak terperi,
lega segala hati kami,
dipelawa masuk tetapi tak cukup time diberi,
cukuplah kami sekadar di sini,
menghidupkan amalan sunnah nabi.


Tapi sayang ada yang tak faham-faham lagi,
bukan takat dicaci bahkan dimaki,
tak tahu mana dia kesalahan kami,
rupanya inilah dia kerja nabi,
iman ditarbiah cara begini,
sabar diuji berkali-kali.

Azan dilaungkan 5 kali sehari,
syaitan mendengar terus bersembunyi,
dalam jamban memang pilihan sensasi,
dakwah kepada solat pun syaitan lari,
dakwah kepada Iman lagilah syaitan benci,
yang pelik Mat Rempit pun lari,
baru nampk jamaah berjalan kaki,
belum sempat salam diberi,
habis sume mencicit lari,
meluncur laju macam Velentino Rossi.


Benci benarkah mahu dengar tentang Allah?
benci sangatkah mahu dengar kebesaran Allah?
malukah diri kita mahu dengar kehebatan Allah?
siapakah yang beri kita rezeki tiap-tiap hari bukankah Allah?
siapakah yang perlihara kita sejak dalam rahim bukankah Allah?
siapakah yang mencipta kita bukankah Allah?
susah sangatkah mulut mahu cakap yang beri kita makan itu Allah?

Hari ini kita mesti faham kerja dakwah kerja kita,
bukan takat kerja ustaz,alim dan ulama,
tak kira kita petani, peladang, kerani, doctor, mahupun raja,
kerja dakwah kerja fulltime kita,
kerja dunia hanyalah kerja partime sahaja,
ingatlah teman Ingatlah taulan,
dunia ini tempat sementara,
dalam kita bersenda,
dalam kita bersukaria,
kerja nabi mesti jalan juga,
tak kira sesibuk mana,
tak kira kita di mana,
kitalah pewaris tugas anbia bersama.


Hari ini,
nama jemaah sudah diberi,
bukan Maulana Ilyas yang kasi,
penduduk Malaysia gelarkan tabligh,
dan bila jamaah melangkah kaki,
kanak-kanak kata lari,
tabligh datang kome sembunyi,
di Malaysia mungkin janggal lagi,
di zaman nabi ziarah dibuat tiap-tiap hari,
bukan takat di Aidilfitri.

Ayuh bangkit semua pemuda,
termasuklah yang tua bangka,
tak kira kita siapa,
terpaksa atau suka rela,
tidak kira dimaki dan dicerca,
tidak kira kita mulia mahupun hina,
ayuh hidupkan Dakwah bawaan Baginda,
ini syair perkongsian bersama,
kalau nak copypaste aku pun rela,
ingatlah kejayaan kita dalam agama,
blog ini hiburan semata-mata,
dakwah hanyasanya cara baginda s.a.w yang paling Allah terima....

InsyaAllah...


~hasil nukilan; Mohd Hafiz






Insuran & Road Tax Online

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...