Maulana Asyraf 'Ali Thanwi adalah antara ulama kenamaan India keluaran Darul Ulum Deoband. Beliau, yang terkenal dengan gelaran Hakimul Ummah dan Mujaddidul Millah, telah dilahirkan di Thana Bhawan, Muzaffarnagar, Uttar Pradesh pada 5 Rabi`ul Akhir 1280H (19 September 1863M).
Antara guru-gurunya ialah Mawlana Haji Imdadullah Muhajir Makki, Syaikhul Hind Maulana Mahmud Hasan, Maulana Rasyid Ahmad Gangoh, Maulana Muhammad Qasim Nanotawi dan Maulana Muhammad Ya'qub Nanotawi. Beliau meninggalkan dunia yang fana ini pada 2 Rejab 1362H ( 4 Julai 1943) dan disemadikan di Thana Bhawan.
Moga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan para sholihin...... al-Fatihah.
Maulana Asyraf 'Ali Thanwi dalam karyanya berjodol "Syauqu Wathan" menulis seperti berikut:-
Diriwayatkan oleh al-Khalaal dalam "al-Jami`" daripada asy-Sya'bi yang berkata: "Adalah orang-orang Anshar apabila mati seseorang daripada mereka, berulang-aliklah mereka ke kubur si mati tadi untuk membaca al-Quran baginya (yakni bagi si mati) - Syarhush Shudur.
Maka komentarku (yakni komentar Maulana Asyraf):- Kalaulah tidak sampai (pahala bacaan al-Quran tersebut) dalam pandangan mereka, maka kenapakah mereka membacanya (yakni kaum Anshar membaca al-Quran bagi si mati di kuburnya kerana mereka percaya bahawa pahala bacaan tersebut boleh sampai dan bermanfaat kepada si mati, jika mereka tidak berpendapat sedemikian maka kenapakah mereka membacanya).
Dan mereka tidak akan beri'tiqad sampainya pahala tersebut tanpa ada dalil, maka tsabitlah sampainya pahala bacaan kepada si mati. (Yakni perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur membuktikan wujudnya atau adanya dalil yang menyatakan sampainya pahala bacaan al-Quran kepada si mati).
Lihatlah wahai ikhwah yang budiman, bagaimana Maulana Asyraf menjadikan perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur sebagai dalil mengenai bermanfaatnya dan sampainya pahala bacaan tersebut kepada si mati. Inilah pandangan jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah, jikapun tidak dianggap sebagai ijma`. Seharusnya pandangan ini tidak dipinggirkan kerana inilah pandangan "mainstream" umat Islam tanpa mengira apa mazhab mereka.
Perbuatan suka mengkritik pendapat yang telah menjadi amalan lumrah masyarakat dan termasuk perkara khilafiyyah yang dibenarkan syarak yang mulia, amatlah tidak wajar dan perbuatan sebegini boleh membinasakan ukhuwwah dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat. Sayogianya perbuatan tersebut dihentikan, biarlah masyarakat beramal dengan keyakinan mereka asalkan ianya tidak terkeluar dari syariat Islam sebagaimana dinyatakan oleh para ulamanya umat ini.
Sumber; http://bahrusshofa.blogspot.com/2008/01/baca-al-quran-di-kubur.html
pergi sebahagian hari, pergilah sebilangan kita. Bila cukup tempoh bilangan kita,
maka habislah hidup kita di dunia ini"
************************************************************************************
Aku dah tanya perkara ni dengan seorang ulama (yang korang dengar bayannya pada N3 yang lepas) di masjid Sri Petaling. Dia jawab ok..