Monday, October 14, 2013

Pulangan Tunai 15% - Takaful Malaysia

Apa yang unik tentang kami… satu-satunya pengendali Takaful dan yang PERTAMA dalam negara yang secara konsisten memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan 15% Pulangan Tunai* jika tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.

Kemalangan dan kerosakan kereta boleh menyebabkan anda terkandas, dan berada di dalam kekecewaan. Program Tele Bantuan 24/7 kami direka khas untuk membantu anda ketika dalam kesusahan. Anda boleh mengakses lebih 200 bengkel di seluruh negara dengan mudah.


Penerangan Mengenai Pulangan Tunai
Di Takaful Malaysia , kami menawarkan anda 15% Pulangan Tunai* sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan kepada semua peserta produk Takaful Am dan juga produk Takaful Keluarga yang terpilih. Kami adalah satu-satunya Pengendali Takaful yang menawarkan Pulangan Tunai secara konsisten kerana ini adalah ganjaran untuk anda.

Pulangan Tunai dapat diberikan kerana lebihan/keuntungan setiap tahun yang konsisten di dalam dana Takaful dan ini memberikan satu petunjuk yang sangat baik terhadap pencapaian prestasi dana. Ia juga menunjukkan bahawa Takaful Malaysia mengamalkan pengunderaitan, tuntutan dan amalan pengurusan aset yang baik. Amalan Pulangan Tunai dibenarkan oleh Syariah di mana ia berpegang teguh kepada nilai-nilai kerjasama, saling membantu, perpaduan seperti yang terkandung dalam konsep takaful dan prinsip pengagihan keuntungan di kalangan peserta model wakalah telah diterima pakai oleh Takaful Malaysia.

Adalah dengan ini dipersetujui bahawa bayaran Pulangan Tunai kepada pelanggan Individu (atau Runcit) yang berjumlah kurang daripada Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) atau pelanggan Korporat yang berjumlah kurang daripada Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) akan didermakan oleh Syarikat kepada badan amal sepertimana yang diluluskan oleh Badan Penasihat Syariah. Walau bagaimanapun, jika Perserta memutuskan sebaliknya, para peserta dikehendaki mengemukakan permohonan rasmi kepada Syarikat sebelum tarikh habis tempoh.

*‘Pulangan Tunai’ bukanlah satu jaminan bahawa jumlah tertentu akan dibayar kepada peserta yang layak, dan kadar masa depannya tertakluk sepenuhnya kepada lebihan/keuntungan dana risiko. Pembayaran hanya akan dibuat jika terdapat lebihan daripada Dana Risiko Peserta.


Ilustrasi Pengiraan Pulangan Tunai
Berikut adalah ilustrasi pengiraan Pulangan Tunai.

Keterangan
Amaun (RM)
Caruman dibayar oleh Peserta (selepas NCB)
1,010.00
Tolak Duti Setem Dibayar
Tolak Komisen Agen
10.00
100.00
Amaun Bersih Layak bagi Pengiraan Pulangan Tunai  
900.00
Pulangan Tunai Yang Layak
= 15% X 900.00 = 135.00


TAKAFUL MOTOR
Untuk perlindungan yang lebih meluas, anda mungkin mahu mempertimbangkan perlindungan berjenis KOMPREHENSIF. Malahan anda juga boleh mendapat indemniti ke atas kehilangan atau segala kerosakan kepada kenderaan anda atau alat ganti yang disebabkan oleh peristiwa berikut:
  • Perlanggaran tak sengaja atau terbalik disebabkan oleh kerosakan mekanikal.
  • Perlanggaran atau timbal balik yang disebabkan oleh haus dan lusuh.
  • Kerosakan impak yang disebabkan oleh objek yang jatuh yang bukan akibat konvulsi alam, letupan kebakaran atau kilat.
  • Kecurian atau pecah masuk rumah tindakan berniat jahat.
  • Semasa dalam transit.

Anda boleh memohon untuk perlindungan tambahan untuk:
  • Aksesori cermin kereta, pemandu MPA tambahan (Kemalangan Peribadi Pemandu Motokar) yang dibenarkan.


Satu langkah untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kami kepada peserta, program Tele Bantuan menawarkan PERKHIDMATAN TUNDA PERCUMA dari tempat kemalangan ke bengkel panel Takaful Malaysia yang terdekat, 24-jam setiap hari, di mana sahaja di Malaysia.







Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...