Monday, March 14, 2011

Bangladesh? Saborr je la..

11.35mlm; kedengaran satu bunyi kat luar masjid.. kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook.. Hahhh.. bunyi apa lak tu? Pehh..


(petikan dari entri lepas.. sebelum membaca entri ni, pastikan korang dah baca entri sebelum ni..)


***************

Kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook..

Kelihatan di luar masjid ada kelibat satu lembaga yang memegang satu batang besi dengan kedua belah tangannya.. Batang besi tu dihayunnya ke atas dan ke bawah..

Ceburrrr... "huuhuuhuu.. huuhuuhuu.. huuhuuhuu.."

Ceburrrr... "huuhuuhuu.. huuhuuhuu.. huuhuuhuu.."

Ceburrrr... "Ya Allah.. sejuknya.. ampunkan akuuu.."

Tak lama kemudian, lembaga tersebut telah bergegas masuk ke dalam masjid.. menunaikan 2 rakaat solat dan berdoa beberapa ketika betul2 kat sebelah kelambu aku.. Selesai dari tu, lembaga tersebut telah menyelinap masuk ke dalam kelambu aku dan ghaib dari pandangan luar.. Sehingga kini misteri siapakah lembaga tersebut masih belum dapat dijawab..

tempat jatuh lagi dikenang..
inikan pulak tempat bermain bermandi..
26 Jan - 8 Feb 2011
Route untuk jemaah kami telah diberikan oleh jemaah tashkil Panchagarh. Buat usaha di 6 buah masjid.. Bila pindah dari satu masjid ke satu masjid kena jalan kaki kalau dekat dan naik van kalau jauh.. (van = basikal yg menarik pelantar & boleh bawak 4-5 orang..) Selain dari jemaah kami, ada 1 lagi jemaah dari Mesir & 6 jemaah 40 hari tempatan yang sedang bergerak di Panchagarh.. 


bendang..

9 - 14 Feb 2011
Pindah ke kawasan Bhajanpur.. ke arah utara lebih kurang 30km lagi.. naik bas.. kawasan ni betul2 dah kat sempadan India.. buat usaha di tiga buah masjid aje.. rasa berat gak nak menghabiskan 25 hari tashkil ni.. x tau la kenapa.. patut la kat Bangladesh ni maksima 25 hari je utk setiap tashkil..


15 Feb 2011
10pg; naik bas balik ke Panchagarh. Hari ni  Allah bagi cuaca mendung & hujan rintik2.. first time merasa hujan sepanjang kat Bangladesh nih..

11pg; sampai ke Panchagarh.. diberi route di satu masjid untuk transit untuk 2 hari shj.. Dapat berita syura paling tua di Panchagarh meninggal dunia pagi tadi.. Syura ni dah tiga kali datang ziarah jemaah kami.. solat jenazah dibuat selepas solat Zohor di lapangan bersebelahan dengan tanah perkuburan.. Orang datang dari setiap pelusuk bandar.. Aku kira2 adalah 20 saf.. Satu saf lebih kurang 50 orang.. Subhanallah..

16 Feb 2011
Lepas zohor hujan punyalah lebat.. siap dengan ribut & hujan batu.. batunya adalah sebesar ibu jari..

hujan emas batu di negeri orang
hujan batu emas di negeri sendiri

9mlm; naik bas balik ke Dhaka.. Kali ni naik bas ekspress.. tak de la nak naik train lagi.. dah serik.. Barang2 letak kat bawah bas.. kami relak2 naik bas.. 9.10mlm bas jalan.. kat Bangla bas laju giler.. malam2 banyak lori.. jadi, potong-memotong menjadi amalan yang mulia..

17 - 20 Feb 2011
Kembali di Kakrail.. Semua 300 jemaah Arab & 100 jemaah negara2 lain yang keluar dari ijtimak Tongi dah mula balik ke Kakrail. Tampat foreign jadi sesak.. Lepas tu susah la pulak nak cari orang tempatan untuk bawak jemaah2 foreign ni keluar tashkil seterusnya..

21 - 27 Feb 2011
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak bentuk jemaah.. 3 Malaysia, 5 Indonesia & 3 Bangladesh.. keluar tashkil 3km je dari markas Kakrail.. buat usaha di 3 buah masjid.. 3 Bangla yang ikut kami ni x paham english la pulak.. sabor je la.. bila dah x paham english, aku bayan melayu je la.. lagi senang..

rumah lama..

28 Feb - 2 Mac 2011
Balik ke Kakrail.. duduk program markas & shopping sekali-sekala.. heheh.. Baitulmukaram le.. bukan apa.. temankan kawan je.. (alasan..).. ada jugak orang2 Malaysia & Indonesia yang mintak tolong buatkan boarding pass kat cyber cafe..

3 Mac 2011
Selamat tinggal Bangladesh..

I beleive I can fly..

4 Mac 2011
Karguzari di Sri Petaling..

5 Mac 2011
Wafsi.. dan kembali ke entri ni http://azharjaafar313.blogspot.com/2011/03/malaysia-tanah-air-ku.html

Kesimpulannya.. keluar kat Bangladesh ni memang menguji kesabaran.. metal mental & fizikal sekali.. camne pun banyak belajar sifat ikram dari orang2 Bangladeh..

Sesape yg x pernah atau dah lama x keluar kat sini, bolehla berbuat demikian sekarang.. jangan berlengah lagi.. (iklan dari penaja rancangan..)






Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...