Alhamdulilllah aku & isteri & mengakhiri kalendar hijrah 1431 dengan berada di jalan Allah. Jemaah masturat kami ke Limbang, tangguh petang semalam. Kami solat Maghrib & Isyak di surau KLIA.
|
Route 1; Tmn Sri Patiambun |
Pertama sekali, terima kasih kepada mak & abah yang sudi jaga anak2 kami. Kemudian, terima kasih kepada orang2 Limbang yang sedia terima kami sebagai tetamu. Terima kasih juga kepada saudara
Ismadi Yusuf yang menjemput kami di airport Limbang.
|
Route 2; Tmn Pabahanan |
|
Rumah ni bila nak terima jemaah? |
Jemaah kami seramai 6 pasang telah buat usaha di tiga surau selama 10 hari. Layanan yang begitu baik serta kemesraan rakan2 di Limbang tak dapat kami lupakan. Kami diterima seperti keluarga sendiri (ayat2 skima sebab syahdu sket..). Harap dapat sediakan satu jemaah dari Limbang untuk dikirim ke Kuala Lumpur.
|
Route 3; Kg Pemukat |
|
Hari2 makan udang & ikan.. dan yg spesel ikan tahai.. |
Tak lupa juga kepada rakan2 di Miri yang sedia terima jemaah kami untuk transit walau hanya untuk 3-4 jam dengan menyediakan tempat rehat serta makan tengahari semasa kami hendak ke Limbang dan balik dari Limbang.
|
Miri, Sarawak |
Semoga susah payah tuan2 & puan2 semua diterima Allah dan jadi asbab hidayat kepada keluarga, orang2 di Limbang, Miri & umat seluruh alam.
|
Beg sape ek? |
..dan di tahun hijrah 1432 ni, kita semua dapat tambah pengorbanan untuk agama. Amin..