Hari yang ditunggu-tunggu.. penuh debaran.. dada aku bukan setakat berbunyi dup dap dup dap.. tapi dah tahap drum double bass.. walaupun hari ni hari Malaysia.. dan aku rakyat Malaysia.. tapi aku dihantar untuk seluruh manusia seluruh dunia.. siapa kata ni? Allah lah kata.. cer check quran..
Semua persiapan duniawi aku dah buat.. tafakud.. passport.. visa.. tiket kapalterbang.. ringgit.. Persiapan amal aje yang masih banyak kantoi.. Ya Allah.. pilih lah aku kerana kelemahan ku demi ke Rahiman Mu.. InsyaAllah petang ni aku akan terbang ke Delhi India untuk menghadiri mesyuarat Malaysia di Nizamudin..
[ Buat ape korang pegi India? KLIK SINI ]
أمر على الديار ديار ليلى
أقبل ذا الجدار وذا الجدارا
و ما حب الديار شغفن قلبي
ولكن حب من سكن الديارا
أقبل ذا الجدار وذا الجدارا
و ما حب الديار شغفن قلبي
ولكن حب من سكن الديارا
ku lalui kubu ini, kubu (diaman) Laila..
ku cium tembok ini dan tembok itu..
dan bukanlah cinta dinding itu yang telah merampas hatiku..
tapi cinta si dia yang mendiami dinding-dinding itu..
ku cium tembok ini dan tembok itu..
dan bukanlah cinta dinding itu yang telah merampas hatiku..
tapi cinta si dia yang mendiami dinding-dinding itu..
ready.. |
"mak dengar kau nak pegi jauh.."
"erk.." (mana pulak mak tau ni..)
"semalam adik kau tepon.. dia kata dalam facebook kau kata nak ke India.. ni (ahlia) nak besalin ni camane?"
"err.. pegi lima nam hari je mak.. lagi pun (ahlia) due 30 hari bulan.." (walaupun ikut pengalaman aku, ahlia aku biasanya bersalin 2 minggu awal..)
"kalau lima nam hari tak pe lah.. mak ingat kau nak pegi dua tiga bulan.. biarlah mak tengokkan (ahlia).. kalau dia nak besalin nanti, tepon mak.. nanti abah hantar ke hospital.."
"tima kasih la mak.." huh.. legas (plural kepada lega.. bermakna lega yang berbilang-bilang..) Alhamdulillah..
11 pg - sempat lagi beropen haus (open house) kat rumah jiran setaman.. nasi lemak seround lagi sebab dalam hati kata nanti kat India mana nak jumpa nasi lemak.. huh.. ada masalah iman.. masih tak yakin dengan rezeki Allah..
Lepas solat Jumaat, aku segera ke stesen komuter Kepong Central.. member sekepong aku pun ada sama..
2.45 ptg - akhirnya komuter yang ditunggu pun sampai.. punya la ramai orang.. tapi no problem insyaAllah.. pengalaman aku naik bas mini no 31 selama tujuh tahun aku gunakan.. aku masuk dalam sampai jauh dari pintu.. alhamdulillah dapat tempat berdiri yang selesa.. member sekepong aku masih terperangkap di
3.20 ptg - sampai KL Central.. aku ingat nak naik bas dari sini ke LCCT.. rupanya naik train lagi.. pehh.. lagi bagus.. insyaAllah tak jem..
KL Central ke Salak Tinggi.. |
4 ptg - naik bas dari Salak Tinggi ke LCCT..
4.20 ptg - sampai di LCCT.. pehh sekali lagi.. ramainya karkun kat sini.. ni semua nak gi mesyuarat la ni.. jalan sana karkun.. jalan sini karkun.. tapi kan.. nak ngumpat sikit.. heheh.. karkun kan.. dressing macam-macam.. ada yang josh dengan kurta dan serban.. yang tak josh macam aku hanya kurta dengn kopiah.. dan.. ada yang pakai baju raihan.. ada yang berbaju melayu.. ada yang berbaju batik.. ada yang pakai t-shirt & jeans + cap.. ada yang pakai t-shirt bola.. yang paling glamer pakai baju melayu siap samping dan songkok.. macam-macam ada..
Aku dan kawan sekepong cari surau.. solat asar.. sebelum solat, ada satu karkun jumpa aku.. dia siap berjubah, berserban dan bertongkat.. dia bagitau; ada orang cakap kena pakai baju biasa-biasa aje.. takut kantoi kat airport India.. aku kata terpulanglah nak pakai apa.. lepas solat kami masuk ke terminal untuk masukkan beg.. mat Ampang dan seorang lagi dah tunggu kami..
Lepas letak beg.. duduk di mekdi sambil minum kopi panas dan makan donut dankin.. selesai minum, masa untuk
6.15 ptg -
7.15 ptg - terbang dengan izin Allah..
bai serban merah ni pun istiqomah je.. |
nan teksi.. |
~sebelum subuh aku turun ke tingkat bawah masjid.. sempat solat dua rakaat di bahagian masjid lama yang dibina M Ilyas rah.
5.30 pg - solat subuh.. tapi imam bukan M saad.. kemana pulak M Saad ni?
~ BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 2 DI SINI ~