Dapat berita, Hj Roslan jemaah tashkil KL yg sedang khuruj 2 bln masturat di Yaman telah meninggal dunia pagi tadi. InsyaAllah jenazah akan dikebumikan di sana.
Al Fatihah untuk beliau.
Takziah untuk ahlia & ahli keluarganya.
Firman Allah S.W.T dalam At-Taubat ayat 111 mafhumnya:
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) syurga. Mereka berjuang pada jalan Allah S.W.T maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jual-beli (bai’ah) yang telah kamu meteraikan itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang amat besar.”
*sesungguhnya aku sangat cemburu..
14 Disember 2010; ibnsoleh menulis di blognya
http://tigasatutiga313.blogspot.com/2010/12/kematiansatu-kepastian.html
Allah Taala yang Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak atas segala sesuatu, sekali-kali tidak pernah mungkir pada janji-janjiNya. Dan perkara yang dijanjikanNya pasti akan berlaku tanpa mampu dihalang oleh segala macam kekuatan zahir yang dirancang oleh sesiapa. Dengan takdirNya, salah seorang rakan seusaha di mahallah kami dijemput oleh Allah Rabbul Jalil dalam keadaan yang sememangnya diidamkan oleh setiap orang yang beriman, ketika di jalan Allah!!! Almarhum yang merupakan amir kepada jemaah 2 bulan masturat yang melakukan usaha di Comoros Islands, meninggalkan dunia yang fana ini di Yaman, destinasi terakhir yang dijanjikan untuknya di dunia ini, sebelum baki ahli jemaah yang lain berangkat ke tanah air. Jika orang merasai kehilangannya sebagai orang tanggungjawab markaz, apatah lagi kami di mahallah yang tinggal berjiran sekampung. Dan sudah tentulah ujian yang lebih lagi buat keluarga yang ditinggalkan. Semoga Allah dengan rahmatNya menempatkan Almarhum dikalangan orang-orang yang mendapat redhaNya selaku ahli syurga. Aamiiin~
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Monday, December 13, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...