Selamat Aidil Adha.
Kisah Nabi Ibrahim dan keluarga yang buat pengorbanan untuk agama. Sifat ni yang kita kena ikut dalam buat ‘korban.’ Walaupun hati rasa berat tapi hanya kerana perintah Allah dan nak sukakan Allah, mereka taat. Nabi Ibrahim tinggalkan anak isteri di tanah Mekah yang tandus. Tiada asbab kehidupan. Yang ada hanya asbab kematian.
Berkat pengorbanan mereka Allah beri keberkatan. Dari tanah yang tandus Allah keluarkan air zam-zam yang tak kering sampai hari ini. Jutaan manusia datang berhaji setiap tahun dan bawa balik air zam-zam ke negara mereka. Bila Nabi Ibrahim balik ke Mekah, Allah perintahkan pulak sembelih anak. Kerana pengorbanan Nabi Ibrahim, anak dan isteri baginda Allah tarbiah dan jadi orang yang taat kepada Allah. Mereka rela untuk ikut apa sahaja perintah Allah.
Cerita bukan sekadar cerita. Hari ini kita di perintah Allah untuk sambung kerja Nabi. Bawa agama ke seluruh dunia. Janji Allah, akan beri keberkatan dan tarbiah kita dan keluarga seperti Allah buat kepada Nabi Ibrahim dan keluarga.
Selamat berkorban untuk agama.
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Sunday, December 07, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...