Wednesday, May 15, 2013

Hukum Berdehem Dan Urut Anu




Salam ustaz2 di sini.. Tanya sikit.. ada ustaz di tpt saya ceramah & kata berdehem & urut kemaluan lps kencing x sunah.. kalau sunah, dia kata tlg bawakn nas.. dia kata lg org tabligh suka buat ni.. tkasih..

jamban masjid kat Ghana..

Jawapan Ustaz Che Hamid Chin;
Wslm,yg sunah ialah istibrok,yakni mentoskan saki baki air kencing.. yg berdehem,urut,berjalan,berkawat mcm kat Bangladesh tu atau lompat,duduk bangun mmg la tak sunah ia hanya lah cara unt hasil istibrok tu dan ia ya berbeza ikut kebiasaan individu..

Jawapn Ustaz Mohd Gunawan;
Yg sunnah ialah utk meyakinkan bahwa tidak ada air kencing yang tersisa di saluran kencing (ini dinamakan istibra^) nak bjalan 40 langkah ke.. batuk
ke.. berdehem ke.. lipat peha ke.. urut2ke.. tu semua alat utk sampai kpd
benar2 bersih td (istibra^).. wallahua'lam

Jawapan Ustaz Love;
bukan sunnah.. tapi digalakkan bagi sesiapa yg ada masalah kencing tak lawas..

istibra' itu bukan semata2 berdehem.. maksudnya adalah mencuba untuk mengeluarkan sisa kencing itu agar tak terkena pada pakaian yg akan dibawa utk solat.. pakaian yg terkena najis, solat tak sah.. istibra' boleh jadi dengan berdehem, mengurut kemaluan, melompat, berdiri kemudian duduk dan pelbagai cara lagi.. cara2 itu bukan sunnah..

kena bezakan antara sunnah dan sunat.. walaupun nampak sama, tapi berbeza.. sunnah itu apa yg dilakukan oleh Nabi s.a.w. melalui lisan, perbuatan atau taqrir.. sedangkan sunat itu adalah apa2 yg mendatangkan pahala bila melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya.. amalan mustahab spt berdehem itu mendatangkan pahala kerana ia suatu perbuatan yg baik bagi melawaskan kencing dan mengelakkan pakaian terkena najis, tetapi ia bukan perbuatan sunnah..

insyaAllah, dengan dakwah kita akan ada ghairah untuk tambah ilmu.. sbb ilmu dan zikir itu juga salah satu daripada 6 prinsip.. ikram alim ulamak di tempat kita dengan bertanyakan soalan2 masa'il.. Hadratji dulu pun selalu pesan kat orang Malaysia supaya bertanya bab2 hukum masail dgn ulamak tempatan.. sbb ulamak India bermazhab Hanafi..

kalau org takde masalah kencing, kemut2 pun dah boleh settle tanpa perlu berdehem2..

riwayat orang tabligh ni kita kena sahkan dulu dengan alim ulamak.. sbb bercampur aduk dengan petua dan amalan sendiri.. akhirnya dianggap sunnah Nabi.. jadi fitnah pada usaha agama..

ada satu kaedah usul (bukan usul dakwah, tapi usul fiqh) "Apa2 yang tidak akan menyempurnakan perkara wajib melainkan dengan adanya perkara itu, maka perkara itu juga menjadi wajib".. contohnya kita nak solat, maka wajib ada wuduk.. maka wuduk yg asalnya sunat itu berubah menjadi wajib sekiranya kita nak solat.. begitulah juga dengan istibra'.. jika kita kencing, kemudian kita mandi, maka tiada keperluan untuk istibra'.. kecualilah kita kencing dan kita nak pakai balik pakaian yg mana pakaian itu kita gunakan utk solat, maka jadilah istibra' itu wajib atas dasar wajibnya memakai pakaian yg suci drp najis untuk solat..

kebanyakan masalah tak lawas ni adalah masalah was2.. bukan keluar pun, tapi dok berasa macam keluar. Kalau betul2 tak lawas, kena clearkan dulu sblm solat (even terlepas solat jemaah sekalipun). Sbb menolak kerosakan itu didahulukan drp melakukan kebaikan..

kalau masalah itu sangat kronik, maka boleh usahakan utk membasuh bersih2 dulu.. kemudian balut dengan tisu dan amik wuduk. Wuduk itu boleh digunakan utk satu solat fardhu dan beberapa solat sunat. Boleh teruskan solat walaupun terasa macam keluar sikit kencing masa rukuk contohnya..

sbb tu elakkan berlama2 dalam toilet.. jgn buat aktiviti lain spt merokok, cari ilham utk bayan dsb..

Jawapan yg bukan ustaz;
Dan sunat Istibra' (melawaskan atau membersihkan) kemudian daripada kemih (membuang air kecil) dengan berdehem - dehem dan dilalukan jari tangan di bawah zakar (kemaluan bagi lelaki)

Dan kata Syekh Ibnu Hajar R.A di dalam "Al - Minhajul - Qawim" bermaksud :
"Tetapi dipilih oleh kebanyakkan ulama wajib istibrak kemudian daripada kencing itu".

Dan dengan wajib istibrak itu mengata akan dia oleh Al - Qadhi (Qahi Husain) dan Al Baghawi R.A.

Dan berlaku atas yang demikian itu Imam Nawawi di dalam kitab Syarah Muslim kerana sabda Rasulullah S.A.W :
"Sucikan olehmu daripada kencing yakni istibrak kemudian daripada kencing itu maka kerana kebanyakkan seksa kubur itu daripada orang yang tiada istibrak daripada kencing itu diperolehnya.

Jawapan ustaz popular;










Insuran & Road Tax Online


Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...