Janin yang baru 2 bulan dalam kandungan keguguran.. Satu malam je dia tidur kat hospital..
Allah maha kuasa.. Nak menghidup atau tak nak menghidupkan makhluk ciptaannya..
Hebat Allah..
Aku macam biasa, cuba-cuba kontrol hensem.. Buat lawak dan isteri aku ketawa tekekeh-kekeh kat dalam wad.. Hmm..
Lepas Zohor semalam bawak isteri aku balik.. Sekarang berehat kat rumah..
Anak-anak kat madrasah pun dah balik bercuti.. riuh sikit..
Jadi selepas penat otak aku ni berfikir hal family, aku nak tulis beberapa soalan untuk korang, supaya lepas ni otak korang pulak yang penat.. Soalan-soalan ni korang boleh jawab secara spontan atau boleh menghubungi talian hayat. Tiada had dalam menghubungi talian hayat sebab cas telefon korang bayar sendiri..
Jawapan kepada semua soalan aku sediakan di akhir entry. Kalau korang malas nak fikir, boleh tengok jawapan..
SOALAN 1
Baru-baru ni kedengaran kes not RM50 palsu. Apa ke cara paling mudah untuk test duit ni tanpa menggunakan apa-apa alat elektronik..
SOALAN 2
Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa yang berdosa?
SOALAN 3
Dalam banyak-banyak banyak, banyak apa yang sedikit?
SOALAN 4
Saf B
Berkenaan karpet di masjid..
Kenapa dan mengapakah sebabnya perlu ditempelkan lagi karpet merah seperti gambar Saf A. Sedangkan karpet yang sedia ada seperti gambar Saf B sudah memadai?
Kenapa dan mengapakah sebabnya perlu ditempelkan lagi karpet merah seperti gambar Saf A. Sedangkan karpet yang sedia ada seperti gambar Saf B sudah memadai?
Amacam. Ok? Boleh jawab? Cuba try test la dulu..
Kalau tak boleh jugak, scroll je la ke bawah..
Jawapan 1
Cuba jentik tengkolok di kepala raja tu..
Jentik sekali..
Dua kali..
Tiga kali..
Ok.. kalau tengkolok tu jatuh maknanya duit tu duit palsu..
Kalau tak puas hati, belanja kengkawan pekena teh dan roti canai kat restoran mamak. Kalau mamak tu terima duit tu, maknanya tak de masalah..
Jawapan 2
Kotak sembahyang..
Ialah.. kalau ko tak sembahyang, kan ke berdosa..
Jawapan 3
Jawapan 4
Aku mintak maaf banyak-banyak.. Soalan ni memang tak terjawab dek aku semenjak dulu lagi..
Aku cadangkan korang tanya secara lisan atau ajukan solan bertulis kepada pengerusi atau ajk masjid/surau di tempat korang.
Di sebabkan aku tak berpuas hati dengan 4 soalan ni je, jadi aku tambah satu lagi soalan bonus iaitu soalan 5 yang merupakan soalan cepumas.
SOALAN 5
Di antara yang berikut; apakah cara yang telah diguna pakai oleh Nabi dan Para Sahabat sehingga Islam telah menguasai 2/3 dunia pada zaman khalifah Umar Bin Khattab?
A- menerima tawaran harta, takhta dan wanita yang diberikan oleh orang-orang mushrik melalui bapa saudara Nabi iaitu Abu Talib.
B- memaki hamun, mencarut, mengumpat, menghina orang-orang yang tak mahu menerima Islam.
C- lelaki dan perempuan berganding bahu mengadakan demonstrasi di jalanan secara besar-besaran.
D- memenangi majoriti kerusi dalam pilihanraya umum di negeri-negeri tersebut.
E- menghidupkan masjid dengan amalan 24 jam dan mengirimkan jemaah-jemaah dakwah keseluruh dunia.
Jawapan 5
Sila rujuk kepada guru-guru yang mursyid. Atau boleh baca kitab-kitab sirah Nabi atau Hayatus Sahabah.
*Panduan menjawab soalan 5.
Jawapan hendaklah dibuat dengan keimanan yang kuat terhadap apa yang datang dari Allah dan RasulNya.
Wallahua'lam..
Selamat menyambut Aidil Adha. Ambik iktibar dari semangat pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s. Bukan setakat korban binatang je, tapi yang lebih penting pengorbanan di dalam menyebarkan agama sehingga sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang yang kering kontang..
Sekian, wassalam..