Wednesday, July 27, 2011

3 Hari Masturat

Sabtu lepas keluar 3 hari masturat.. Kg Bandar Dalam kat Gombak.. jemaah kami 6 pasang.. Alhamdulillah, semua amal berjalan lancar.. ahli² jemaah satu hati dan nusrah karkun tempatan pun ok.. orang kampung pun nampak dah biasa sangat dengan kehadiran jemaah..



"Surau kat sini dah berusia lebih 100 tahun" kata seorang pakcik kepada kami pada masa mula² kami sampai..

"Saya bukan lah pandai atau apa.. Tapi pada firasat saya.. 100 tahun lagi pakcik pun dah tak de kat surau ni.." kata seorang ahli jemaah kat pakcik tu tapi di belakangnya..

Hari pertama surau ada buat kenduri menyambut Ramadhan.. lepas Maghrib baca Yaasin dan lepas Isyak ada  kambing bakar.. apa lagi.. mengambing la semua.. Habis makan ada deklamasi sajak pulak oleh Pak A Samad Said & the gang di ruang bawah surau.. Aku yang memang tak minat sajak menyajak atau pajak memajak ni hanya melajakkan diri di atas bedding..

"terlajak perahu boleh diundur.. terlajak bedding lelap padahnya.."

surau yang hijau di bumbung dan di luarnya..

tetapi kuning di dalamnya..

Hari kedua biasa² aje.. masturat pun happy je dalam suasana dakwah, taklim, ibadat & khidmat..

Hari ketiga tangguh sebelum maghrib.. lepas hantar isteri ke rumah, aku iktikaf kat masjid.. belajar² nak cukupkan masa 72jam.. semoga Allah pilih lagi aku & isteri untuk keluar di jalan Allah dengan istiqomah dan masa yang lebih panjang.. amin..

burung sape lak ni?
aku tinggal kat greenwood, gombak
dari lahir sampai umur 5½ tahun..



UMRAH dan ZIARAH bersama EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

PROMOSI DISKAUN RM1000 UNTUK SEMUA PAKEJ UMRAH EMRAZ‼️ (tertakluk kepada baki stok) PAKEJ MUSIM 1445 HIJRAH KAMI MENGGUNAKAN HOTEL SAFWAH SE...