Thursday, February 19, 2009

Umair Bin Abi Waqas r.a

Medan Badar
(gambar dipinjam dari sini)

Senarai si Syahid di Badar
(Nama Umair Bin Abi Waqas pada no 1)

Semasa kaum Muslimin berangkat ke medan peperangan Badar, seorang remaja yang berumur 16 tahun, namanya Umair bin Abi Waqas r.a, takut kalau kalau dia tidak dibenarkan menyertai peperangan kerana disebabkan umurnya yang masih muda. Kerana itulah beliau keluar dengan cara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Abangnya Saad bin Abi Waqas r.a yang melihat hal itu bertanya apakah sebab beliau bersembunyi-sembunyi begini? Jawab Umair: “Aku takut kalau Rasulullah SAW menyuruhku kembali sedangkan aku ingin mati syahid di medan petempuran”.

Apabila Rasulullah SAW mengetahui kejadian itu baginda hampir sahaja menyuruhnya kembali ke Madinah kerana Umair bin Abi Waqas r.a masih belum cukup umurnya untuk berperang. Namun kerana Umair r.a menangis minta diizinkan oleh Nabi SAW untuk ikut berperang. Baginda kasihan melihatnya dan terharu di atas semangat jihad dan kesungguhan Umair r.a, akhirnya baginda SAW membenarkannya. Maka terkabullah cita-cita Umair r.a dan beliau adalah salah seorang yang gugur di medan peperangan Badar sebagai syahid.


Komen Aku:
Inilah semangat perjuangan remaja di zaman sahabat. Keinginan untuk mati DI JALAN ALLAH. Berbeza dengan remaja kita hari ni, berkeinginan mati DI JALAN RAYA. Mudah-mudahan dengan usaha agama yang wujud dan bergerak maju sekarang ni, akan mengembalikan remaja dan pemuda Islam yang sanggup untuk buat pengorbanan diri dan harta untuk agama Allah.

Aku sendiri pun masih tak berani nak beri seluruh hidup untuk agama. Nak suruh keluar 4 bulan pun takut-takut... hampeh..

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...