Beberapa minggu lepas, sorang kawan tashkil aku keluar 10 hari dalam bulan Ramadhan di tempat orang asli.. aku pun kata ok dengan syarat.. boleh balik sebelum 1 Syawal.. nak beraya ngan family..
*perghh.. cinta keluarga masih menebal dalam hati.. untuk dunia ramai orang sanggup beraya jauh dari keluarga bertahun².. setahu aku, sesiapa yang keluar 40 hari di tempat orang asli mesti beraya kat sana.. Kawan aku kata takaza 10 hari Ramadhan dengan orang asli akan tangguh 2 hari sebelum raya.. heheh.. aku pun kira jadi lah insyaAllah..
|
menyumpit bariuk.. |
Malam mesyuarat KL Rabu lepas, orang² yang nak sambut takaza 10 hari Ramadhan orang asli berkumpul lepas Isyak.. adalah kira² 10 orang.. dah ada amir lagi.. Mesyuarat agak formal sikit.. siap dengan kertas kerja yang akan dibentangkan kepada JAKIM dan lain² pihak yang berkenaan.. antara perkara yang dimesyuaratkan adalah hal pengangkutan, belanja, makanan untuk 10 hari termasuk untuk menjamu 100 orang asli berbuka puasa setiap sehari, barang² yang perlu dibawa dan lain² perkara..
.. dan yang paling best adalah pasal route..
|
kampung orang asli |
Aku ingat keluar kat area N Sembilan atau paling jauh ke Cameron Highland.. rupamya route yang telah dipersetujui adalah ke Pos Balar, Gua Musang.. kena off road 80-100km.. umak aii.. mau tercabut punggung.. tapi memikirkan perjalanan sahabat² Nabi jauh lebih susah dari tu, aku pasrah..
*pasrah? x pernah aku guna perkataan nih.. macam lucah je rasa.. Aku redho lah senang citer.. InsyaAllah tarikh keluar adalah dari 18 Ogos - 28 Ogos 2011..
Apa lagi.. balik dari mesyuarat aku search lah kat internet.. apo ko bondo Pos Balar ni.. Memang biasa rupanya berbagai group masuk sini.. Aku pun sempat lah mencilok 40 gambar yang kebanyakannya dari web JHEOA.. jadi aku share kat sini..
ado yang nak ngikut?
*aku ada dengar karguzari orang asli pun ada keluar masturat 3 hari sekarang.. siap purdah lagi ahlia² diorang..