Thursday, January 17, 2008

Di mana mati kita..?

Gambar hiasan - Senja di Labuan
(Dunia pun dah semakin senja!)


Hari ni, pagi-pagi aku dah menerima sms berita kematian ex-office mate aku masa aku kerja kat MK Land dulu. Kalau tak silap umurnya belum 30 lagi. Itulah hakikat dunia ni. Tipu daya semata-mata. Bila mati, semua harta benda dan orang tersayang akan kita tinggalkan. Kita ni pun tengah tunggu turn aje.

Cerita tentang mati ni, pernah ke kita terpikir di mana mati kita? Atau kita pernah bercita-cita nak mati di mana? Kalau sahabat-sahabat Nabi mereka memang bercita-cita nak mati di jalan Allah. (itulah cita-cita aku jugak! Amin.)

Pernah ke kita dengar cerita orang mati di panggung wayang, atau di padang-padang sukan, atau di kelab-kelab malam, atau ketika sedang asyik menonton konsert secara life di pentas-pentas? Mungkin ada. Dan hati kecil kita sebagai orang mukmin akan berkata, ‘Semoga Allah jauhkan kita dari mati ditempat-tempat ini.’

Mungkin juga kita pernah dengar cerita orang-orang yang mati di masjid-masjid. Jarang rasanya. Sekurang-kurangnya kita ada berharap nak mati kat tempat-tempat macam ni.

Sekarang ni, cuba kita fikir, berapa kali kita dengar orang mati kat rumah-rumah mereka? Banyak kali kan. Biasala tu..

Persoalannya;

Apa keadaan rumah-rumah kita? Yakni apa amalan yang ada di rumah. Kalau ada amalan masjid seperti dakwah, solat, quran, zikir dan sebagainya – Alhamdulillah dan syabas.

Sebaliknya kalau amalan di rumah kita tak ubah seperti panggung wayang, atau seperti padang-padang sukan, atau seperti kelab-kelab malam, atau seperti pentas-pentas hiburan; macamana?

Penyelesaiannya;

Usaha hendaklah dibuat. Benda batil kalau dibiar akan terus bertambah kebatilannya. Kita kena buat usaha yang hak. Baru batil akan lenyap. Sebagai langkah awal wujudkan bacaan kitab hadis mengenai fadilat sesuatu amal seperi fadilat solat, fadilat baca quran, fadilat berzikir dan lain-lain.

Kumpulkan semua ahli keluarga pada setiap hari di tempat yang sama dan pada masa yang sama. Buat permulaan baca 5 – 10 minit sahaja. Jangan disyarahkan. Hanya baca 1 hadis dan ulang 2 – 3 kali, kemudian baca huraian ulama. Bila sudah biasa tambah masa sedikit demi sedikit sehinga mencapai ½ jam. Jika kita istiqomah dalam amalan ini, insyaAllah kita akan lihat perubahan dalam rumah tangga kita.

Kesan cahaya dari hadis akan masuk dalam hati ahli keluarga kita menyebabkan kegelapan hati perlahan-lahan akan lenyap. Bila hati sudah ada cahaya, maka mudah mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Kitab cadangan : Kitab Fadhail Amal karangan Maulana Zakaria.

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...