Wednesday, November 04, 2015

Bersedekah Menjemput Rezeki

Saya orang berniaga. Pendapatan tak tetap. Ada ketika banyak, dan ada ketika sedikit (mengikut kiraan saya, bukan kiraan orang makan gaji). Tapi pengalaman saya, pendapatan saya paling banyak ialah bila bulan di mana saya paling banyak bersedekah. Lagi banyak bersedekah, lagi banyak pendapatan yang saya terima daripada perniagaan.

Memang setiap kali bersedekah saya masih berkira-kira yang duit saya semakin berkurangan, tapi saya yakinkan diri, setiap 1 yang kita sedekahkan, sekurang-kurangnya 10 kali ganda Allah ganti balik. Itu pasti. Syaratnya kena yakin dan berusaha. Alhamdulillah, janji Allah itu sangat benar. Bila bersedekah, pasti ada sahaja rezeki yang tak disangka-sangka datang…

Jadi salah satu cara menjemput rezeki dan menggandakan kekayaan ialah dengan bersedekah. Perbanyakkan sedekah. Bersedekah dulu baru boleh kaya. Bukan kaya dulu baru bersedekah…


Cara Disiplinkan Diri Bersedekah

Memang perasaan lokek sentiasa ada setiap kali nak bersedekah. Tapi cara saya lawan perasaan lokek tu dengan buat membuat peruntukan khas yang saya namakan “Tabung Infaq”. Saya ikut betul-betul saranan Chef Li; 1/10 pendapatan dimasukkan ke Tabung Infaq, bukan hanya ketika pendapatan dah besar, tetapi sewaktu awal-awal saya membina bisnes lagi.

Prinsipnya;

Dapat RM100, RM10 untuk Tabung Infaq.
Dapat RM1,000, RM100 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM10,000, RM1,000 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM100,000, RM10,000 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM1,000,000, RM100,000 masuk Tabung Infaq.
Dan begitulah seterusnya.

Bila ada peluang untuk bersedekah yang kita rasa yakin ia tempat yang betul, tarik sebahagian duit dari Tabung Infaq dan sedekahkan sahaja. Saya rasa mustahil untuk saya ‘sanggup’ hulurkan RM100 – RM500 setiap kali bersedekah kalau saya tak buat tabung begini. Tetapi bila ada tabung, saya dah tak perlu berfikir panjang. Ambil duit dari tabung tu, dan hulurkan sahaja sebab ia memang dikhaskan untuk bersedekah. Ia untuk dihabiskan, bukan untuk disimpan…


Sampul Infaq

Setiap bulan saya akan masukkan 1/10 pendapatan ke dalam sampul begini. Dari sampul “Infaq” itulah saya keluarkan duit untuk bersedekah.


Keajaiban Bersedekah

Kekadang saya cuba “paksa diri” keluarkan duit lebih banyak dari tabung tersebut untuk disedekahkan, terutamanya pada bulan Ramadhan sampai rasa risau takut-takut tabung itu ‘kering’. Tapi janji Allah benar, Dia ganti semula pendapatan yang menyebabkan tabung tu kembali penuh. 1/10 dari pendapatan yang diterima semula cukup untuk penuhkan semula tabung tersebut seperti ia belum lagi disentuh.

MasyaAllah… Memang ajaibnya amalan sedekah. Tak pernah ada orang jatuh miskin sebab bersedekah. Yang jatuh miskin sebab boros berbelanja tu ramai…

Wallahu a’lam.

*kopipes wassap, x tau siapa penulis asal

gambar Mus'ab 4 thn, sekadar hiasan..








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...