Monday, August 08, 2011

Ada Jemaah Datang!!

Semalam.. 07 Ogos 2011..  
(kah.. kah.. dari tadi @ 3.10 ptg aku taip 7 Julai.. skrg @ 7.10 ptg baru perasan..)

Waktu Asar aku ke masjid untuk solat berjemaah.. asbab pergerakan aku yg slow motion (alasan), jadi bila sampai masjid dah habis rakaat pertama.. jadilah aku makmum yang mabuk masbuk.. sebelum aku masuk saf aku perati dalam saf org² yg tgh solat tu ramai pulak mat² Pakistan.. ada jemaah Pakistan datang ke?

Lahore

Lepas imam habis beri salam aku pun bangkit untuk sempurnakan satu rakaat lagi.. selesai imam wirid dan doa, aku pun duduk ngan mat² Pekistan tu dan interview sket.. katanya jemaah dari Pakistan.. Sri Petaling yang hantar.. aikk.. mushkil.. mushkil.. x de pulak org Sri Petaling call aku kata jemaah foreign nak datang.. aku tengok jemaah tu memanglah org Pakistan tapi bukan jemaah foreign.. 2 org boleh cakap melayu, sorang cakap omputey dan yang lain urdu jante.. 4 org berjanggut lebat.. 6-7 org lagi clean shave..

Aku tanya lagi.. dah jumpa pengerusi masjid? udah katanya.. ok lah.. lagi pun tadi aku nampak pengerusi masjid ada masa solat asar.. nak umumi pukul berapa.. pukul 6 katanya tapi nak jumpa org Pakistan aje.. ok lah sekali lagi dan suka hati kau lah.. skrg diorang nak bayan.. kepentingan dakwah agaknya.. dalam bahasa urdu.. aku paham 5% je.. bayan sampai pukul 5.40ptg.. lepas bayan, targhib dan muzakarah pulak..

Kawan² masjid aku tengah keluar 3 hari.. aku yang tak keluar ni terkontang-kanting tinggal le sorang².. Aku heran jemaah ni datang dan buat amal dia sendiri je.. tak tanya aku ehwal usaha di masjid ni.. dan tak ada keinginan nak ambik kerja dari aku.. ohh.. aku rasa terpinggir.. (macam drama lak..). lagi pun masjid aku dah diputus sebagai route untuk jemaah 40 hari yang akan datang tak lama lagi.. Kang aku panggil Aaron Slam Bach kang baru tau..

..sampai 6.25ptg aku dah tak boleh tahan lagi dan blah..

bukan aku..

Maghrib tu aku dtg solat Maghrib.. lepas Maghrib aku balik makan kat rumah.. lps tu tarawih kat masjid lain.. (macam biasa..)

Suboh tadi.. kawan² yang keluar 3 hari dah balik.. biasanya lepas suboh kami buat taklim dan mesyuarat harian.. jemaah Pakistan tu tak tanya apa² pun dan terus bayan suboh.. bahasa urdu lagi.. aku ngan kawan² tak join diorang..

Lepas zohor, jemaah tu buat taklim..  aku baca quran sorang².. Asar ni tak tahu la apa pulak cerita nya..

Kalau korang, korang buat apa ek?

*sila baca Ada Jemaah Datang!! (part 2)




Science Of Creation




Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...