Wednesday, March 23, 2011

Kitab Haid - Pemberitahuan Pembetulan

Email ni dah lama dihantar kat aku tapi masa tu aku sedang keluar di Bangladesh. Baru hari ni terperasan..

************************

Assalamualaikum, 
Saya Abdullah Muhammad al-Marbuqi talib al-ilm diMiftahul Ulum Sri Petaling, berikut ialah iklan pembetulan di dalam kitab haid Ustaz Mansoor al-Hafiz, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk memaklumkan pemberitahuan ini di dalam laman sesawang dan blog pihak tuan. Jasa baik tuan saya dahulukan ribuan terima kasih. Bersama ini saya sertakan lampiran muka surat tambahan bagi kitab tersebut. 

Pemberitahuan Pembetulan
Pada Kitab Haid “Tuhfat al-A’izza” oleh
al-Fadhil al-Ustaz Mansoor bin Ismail al-Hafiz

Perubahan, penambahan serta pembetulan rajah dimuka surat 23, 24 dan 25 daripada kitab “Tuhfat al-A’izza” Edisi Awal. Oleh kerana masalah haid adalah rumit dan bercelaru serta jarang-jarang dibahaskan, maka saya hamba yang daif penyusun kitab ini membuat perubahan, penambahan dan pembetulan rajah supaya memudahkan pelajar-pelajar yang baru hendak mempelajarinya. 

Dengan ini saya harap pembaca-pembaca dan pelajar-pelajar dapat membetulkan pada muka surat 23, 24, 25 dan 26 dengan penuh kasih sayang. Ini terjadi dengan sebab kelalaian, kecuaian serta bergopoh-gapah dalam menyiapkan kitab ini. Semoga kita dapat kongsi sama-sama daripada ilmu yang rumit dan yang boleh hilang ini. 

Bersama ini dilampirkan perubahan dan penambahan - atau hubungi saya pada nombor 019-693 0480 – dan dapatkan edisi baru dengan soalan-soalan tambahan. Jumlah muka surat daripada 223 menjadi 239 dengan soalan-soalan yang menarik.

طالب العلم وخادمه


وصلى الله على سيدنا محمد وآله وسلم
والحمد لله رب العالمين



****************

Sekadar menunaikan amanah. Semoga diterima Allah.



Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...