Friday, March 08, 2013

Berita Dari Tawau

Kopipes fesbuk Ustaz Ishak di Semporna, Sabah..

***

Buat rakan-rakan seusaha khasnya di Sabah. Semalam (6 Mac 2013) saya ke markaz Tawau. Syura-syura Tawau telah menyampaikan keputusan syura Malaysia bahawa tempat-tempat yang berlakunya gawat (Lahad Datu, Semporna, Kunak, sepanjang jalan Apas Tawau, dan Balung), usaha makami yang dibenarkan cumalah mesyuarat harian dan ta'lim masjid sahaja, manakala dua jam setengah adalah ikram orang tempatan di DALAM masjid sahaja.

Minta rakan-rakan seusaha di kawasan-kawasan ini tanguhhkan dulu sebarang amal di luar masjid seperti gasyt pertama, gasyt kedua, keluar tiga hari, malah mesyuarat halkah pun diminta tangguhkan dahulu sehingga diberitahu kelak. Begitu juga semua jemaah 40hari/4bulan/jemaah masturat yang sedang keluar mahupun telah dibentuk di kawasan Tawau dalam masa terdekat ini telah diputuskan supaya tangguh dahulu.

Aktiviti sebelah malam yang melibatkan perjalanan tidak digalakkan waima hendak ke markaz sekalipun. Mesyuarat markaz Tawau rabu malam juga ditukar kepada ahad pagi bermula minggu hadapan. Ta'lim mingguan masturat boleh berjalan seperti biasa jika keadaan mengizinkan. Selain tu rakan-rakan seusaha diminta supaya menDOAkan keselamatan untuk ummat.

Sekian harap maklum.

abg2 askar kita di Kg. Tanduo..
(sumber foto; RGK)

Komen aku;
tuan2 mulia.. selagi kita dibenar buat usaha dgn bebas, buatlah dgn bersungguh2.. sblm dtg masa kita x blh lg buat mcm tu.. semoga Allah bangkitkn usaha agama di Tawau.. jadi asbab hidayat seluruh alam..











Insuran & Road Tax Online













UPDATE @ 12 Mac 2013;


Salam.untuk kawasan markaz tawau.Malam tadi syura memberikan pengumuman penting pasal usaha agama masa sekarang ini.keputusan sblm ini berjalan juga tapi bagi kawasan yang tidak darurat (tuan2 sendiri tahu).. boleh teruskan buat usaha 5 amal seperti biasa..ghast jgn buat slps maghrib dan ke atas.2 jam stgh stop slps isyak dan jumpa org yg kenal kita dan kita kenal dia..3 hari keluar d tempat y x bmslh..dengan perca senarai panjang dipegang amir jemaah..pastikan dokumen pengenalan diri dibawa bila2 masa wpun buat 5 amal..rakan seusaha yang tiada dokumen tangguhkan dulu niat utk buat amal masjid d luar dan keluar di jalan allah..mesyuarat halqah buat di siang hari..apapun rujuk orang tanggugjawab di kawasan tuan2 utk info terperinci...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...