Tuesday, April 19, 2011

Dari Ummat Kepada Ummat



~ Pertanyaan Dari Seorang Ummat..

Dakwah yang dibuat oleh Tabligh ni baik dan satu sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebenarnya. Ianya usaha murni disaat tidak ramai lagi orang islam mahu buat dakwah.

Tapi yang saya tidak bersetuju sangat dan tidak akan sokong Tabligh kerana mereka meninggalkan MENCEGAH KEMUNGKARAN. Dakwah sahaja buat tetapi mencegah kemungkaran ditinggalkan. Kenapa ambil sebahagian sahaja tetapi meninggalkan sebahagian yang lain?

Kenapa? Takut diambil tindakan oleh pemerintah ke?

Kenapa? Supaya gerakan Tabligh ini mudah dan tidak la banyak sangat halangan jika dilakukan kerja Mencegah kemungkaran (banyak pihak yang marah) nanti.

Kenapa? Supaya masyarakt tidak marah kepada Tabligh... kerana jika Tabligh melakukan mencegah kemungkaran.. akan berlaku pertembungan dengan kelompok tertentu. Kenapa takut?

Banyak kegiatan maksiat dalam negara. Tetapi Tabligh mengambil sikap tidak masuk campur. Hanya Dakwah tetapi tidak mencegah.

Konsert artis Barat ke, Disko bercambah disana sini, kedai Judi Internet ke, Sistem Riba dalam negara (pengikut Tabligh pun terpaksa guna sistem ni), Pembaziran dalam pemerintahan Kerajaan ke.. banyak sungguh kesilapan dan dosa berlegar disekeliling kita.

Tetapi Kenapa Tabligh tidak mahu campur akan hal seperti ini?

Rock It Baby..


~ Jawapan dari seorang ummat yang lain..

Ish ish tak habis lagi ka isu Tabligh ni...

kepada pembuka thread aku nak bagitau isu ini tidak akan berkesudahan jika masing-masing nampak aib saudara sendiri... yang aku tau la orang Tabligh ni x suka berbahas... mereka lebih suka bermuzakarah...

dan satu lagi..

yang betul betul buat Tabligh tak akan ada di forum alam maya ni.. mereka suka di alam realiti jumpa manusia...


~ Perasaan seorang ummat yang ada blog & facebook..

adooiii.. terkena aku.. huhu..

Terima kasih la encik Mohamad Zamri Ibrahim.. err.. bila nak tutup akaun fb tu?

hampeh..
*tulisan ni aku tambah pada 24 April 2011.. mula² aku malas nak jawab persoalan di atas sebab benda ni dah  umum.. rupa²nya masih ada manusia yang belum baligh walaupun muka dah macam orang menopause..

~apa mungkar yang paling besar? Syirik kpd Allah, tinggalkan sunnah & tinggalkan solat.. Soalan pertama dalam kubur adalah siapa rabb kita & siapa Nabi kita.. dan soalan pertama di mahsyar adalah berkenaan solat..

~apa kerja orang yang korang anggap orang Tabligh selalu buat? Ajak beriman kepada Allah, hidupkan sunnah Nabi & ajak orang solat.. dan bukan ke dengan mengajak kepada tiga kebaikan ni akan mencegah dari tiga kemungkaran tu..



Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...