Tuesday, May 03, 2011

Kelmarin, Semalam

Kelmarin Punya Kelmarin (29 April 2011)
Lepas solat Jumaat, gi ambik anak pompuan aku kat madrasah alimah Sri Petaling.. cuti 2 hari..

Kelmarin Punya Semalam (30 April 2011)
Jemaah masturat 5 pasang dari Klang Selatan datang ke FRIM, Kepong.. Jadi pagi² hari sebelum jemaah datang aku pergi tengok² apa yg patut kat rumah yang nak terima jemaah tu.. maklumlah.. first time terima jemaah.. pasang tirai, tikar, speaker system utk bayan dan lain²..

rumah 7 bilik tidur + 4 jamban

11pagi.. pegi madrasah hafiz kat Dengkil pulak.. ambik anak lelaki aku.. cuti sehari je..

Asar hga Isyak - bawa isteri nusrah jemaah masturat yang datang..

Lepas Isyak ke rumah mak di jalan 43, Desa Jaya.. (rumah aku jalan 23, Desa Jaya).. Semua adik-beradik aku berkumpul dan ada makan².. jamuan untuk besday aku la pulak.. kui kui kui.. aku beli satay & diorang beli kek..

spy umi nya masa ambik satey..

seb baik x tiup lilin..
Kelmarin (1 Mei 2011)
Lepas sarapan, bawak anak² bershoping dgn tujuan mengempiskan poket..

dan memenuhkan perut..

no 5 & 6..

no 1..
Lepas Zohor ada kenduri kawen kat Taman Ehsan, Kepong.. dan lepas Asar hantar anak² balik madrasah..

Lepas Isyak ada kenduri kawen lagi.. kat Sri Damansara pulak. ok jugak.. orang kawen, kita makan.. sesapa yang belum kawen tu cepat² la kawen.. best wo kawen..

ada live band la pulak..
nyaris² aku nak merampas mike..

Semalam (2 Mei 2011)
Hari ni kebanyakan negeri di Malaysia cuti bersempena dengan Hari Keputeraan aku yang ke 38..

tempat aku diberanakkan oleh mak aku..
2 mei 1973 bersamaan 30 Rabiulawal 1393 (rabu)..
timo kasih mak! susah² yo..
Sebenarnya kalau ikut kalendar hijrah, umur aku dah 39 tahun 2 bulan.. perghh.. maknanya insyaAllah kalau panjang umur pada 22 Februari 2012 akan datang umur aku dah masuk 40!! Waduh.. tua bangat kamu.. eleh korang jangan perasan muda.. cuba cek umur korang kat converter ni..
http://www.islamicity.com/PrayerTimes/hijriconverter1aPartner.htm

Pagi sampai tengahari bawak isteri menusrah jemaah masturat.. Lepas Asar aku dipaksa beri bayan wafsi untuk jemaah ni.. walaupun segala langkah dan buah tepis aku gunakan, masih terpaksa beri bayan..

Maghrib hingga Isyak.. ziarah satu surau di Kepong yang ada ramai karkun supaya diorang dapat hidupkan amalan Dakwah Taklim dan Istiqbal..

Sekian..

*tima kasih la sudi baca posting aku ni.. kadang² terpikir jugak nak berenti berblogging.. tapi tak tau la bila..



Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...