kata orang Perok.. |
Adab² Bayan (selepas gash)
- Tujuan bayan adalah untuk menarik hidayat dari Allah.
- Sempurnakan amal infradi sebelum bayan.
- Jangan buat persedian (apa yang nak dicakap) sebelum bayan.
- Sebaik²nya solat hajat 2 rakaat minta hidayat dari Allah.
- Seorang boleh buat jorna dihadapan dan minta hadirin duduk rapat² sambil memberi kelebihan duduk dalam majlis.
- Boleh duduk atau berdiri semasa bayan.
- Pembayan hendaklah pandang semua orang.
- Tawajuh pada Allah dan niat untuk manusia seluruh alam.
- Puji Allah dan berselawat kepada Nabi dipembukaan bayan.
- Cakap (seperti di dalam quran & hadis);
- tanda² kebesaran Allah
- nusrah Allah kepada Nabi²
- nusrah Allah kepada sahabat²
- tanda² orang beriman
- JANGAN cakap;
- luar dari lingkungan 6 perkara
- nusrah Allah kepada kita atau jemaah² yang bergerak pada masa ini
- kelemahan ummat atau individu
- keburukan semasa
- perkara² khilafiat
- hal politik semasa di dalam atau di luar negara
- menyinggung perasaan orang lain atau menyentuh peribadi tertentu
- mengkritik pendapat atau pandangan orang lain
- mengutuk usaha orang lain
- menggunakan istilah yang diguna oleh pergerakan² lain
- menafsirkan Quran (kecuali ulama)
- membuat jenaka sehingga pendengar ketawa kerana akan jadi sebab Allah tarik hidayat
- Para hadirin hendaklah memandang kepada muka pembayan, mengangguk jika diberitakan perkara yang benar & jangan tegur secara langsung jika pembayan membuat kesilapan tetapi hendaklah beristighfar di dalam hati.
- Bayan untuk lelaki 20 minit & tashkil 10 minit. Bayan masturat 30 minit & tashkil 15 minit.
- Orang yang buat tashkil hanya tulis nama sahaja dan tidak perlu bercakap atau sambung bayan.
- Hadirin hendaklah tashkil orang² disebelah mereka.
- Doa ringkas selepas bayan dan tidak perlu menangis.
Wallahua'lam..