WALAUPUN siapapun kita, kita bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Walaupun masalah ini berlaku dalam kalangan kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga terlibat dan mempunyai hubungan dengan masalah ini. Pada zaman yang serba canggih ini, ramai orang terlupa untuk mempelajarinya. Dalam minda wanita masa kini, apabila masalah ini datang, mereka hanya mengagak-agak bahawa darah yang keluar itu ialah darah haid. Apabila tempohnya terlebih sedikit, maka ia dikatakan darah istihadah, pada hal kadang-kadang adalah sebaliknya.
Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah masyarakat hari ini kurang mengetahui mengenai masalah haid kerana golongan wanita berasa malu hendak belajar atau bertanya mengenai masalah ini lantaran merasakan bahawa haid adalah masalah dalaman wanita (hal-hal sulit) dan ada juga segelintir masyarakat yang apabila disebut mengenai perkara ini, mereka akan menganggap bahawa ia adalah suatu perkara yang lucah dan tidak senonoh, seolah-olah tidak sesuai untuk dibincangkan.
Tambahan pula, pihak suami juga berasa malu hendak menyuruh isterinya belajar atau bertanya mengenai masalah haid kerana khuatir bahawa masyarakat akan mengetahui masalah dalamannya. Maka jika fenomena ini berterusan, semua pihak akan menanggung dosa.
Buku berkulit tebal Tuhfah al-A’iza’ Fi Idah Masa’il Dima’ al-Nisak – Hadiah Untuk Insan yang Mulia Dalam Menjelaskan Hukum Darah Wanita ditulis oleh al-Fadhil Ustaz Mansoor Bin Ismail al-Hafiz, Miftahul Ulum, Seri Petaling wajar dimiliki oleh setiap keluarga. Buku yang lengkap dengan rajah, jadual dan warna hanya berharga RM60.
***********
Alhamdulillah Rabu lepas aku dah beli kat premis kedai Masjid Sri Petaling.. tapi belum baca.. tu yang lemahnya.. beli, tapi belum baca.. baru selak-selak mukasurat sambil lalu.. tapi wife aku dah start baca..
dan dah mula sound kat aku, "haa.. ada benda yang boleh buat, dan ada benda yang tak boleh buat.."
"Oooo.." kata aku..
Bagi sesiapa yang nak beli secara online, sila layari http://teknokrati.com/kitab/ (bukan aku yang jual.. tolong promote je..)