Friday, April 22, 2011

Perhimpunan Orang Pekak Islam Malaysia


InsyaAllah satu ceramah agama Islam bagi Orang Pekak bertajuk 'Usaha Atas Iman & Amal' akan diadakan. Ceramah ini bertujuan agar golongan Orang Pekak juga dapat mempertingkatkan tahap agama Islam di dalam kehidupan mereka. 

Antara perkara yang akan disampaikan adalah bagaimana Orang Pekak tidak terkecuali dari mentaati Allah dan mengikuti cara hidup Rasulullah dan seterusnya mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Ceramah akan disampaikan dalam bahasa isyarat.

Tarikh1 Mei 2011 (ahad)
Masa9.00 pagi - 1.00 tengahari
TempatMasjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling
(lihat peta)
JemputanOrang Pekak Lelaki Seluruh Malaysia
Pertanyaan
(sms)
Farid 017-2049942
Badrulzaman 019-6068524
Mat Rofi 017-6724691

* Makanan tengahari disediakan. Tiada bayaran dikenakan untuk ceramah dan makanan. Boleh juga datang awal dari petang 30 April & bermalam di masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling.


************************

Kepada golongan Orang Pekak.. datang lah ye.. Yang tak pekak tapi nak bawak kawan² orang pekak pun boleh datang sama.. Orang tak pekak tapi suka memekak tak yah la datang..

Salah satu ceramah dengan terjemahan kepada orang pekak di sebuah surau di Perak..



Jemaah dakwah orang pekak dari Pakistan yang datang ke Malaysia pada Disember 2006..



Laporan usaha dakwah kepada orang pekak..
http://azharjaafar313.blogspot.com/2010/03/nibukanceritaakutapiakucopy-part2.html



Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...