bukan iklan sabun atau iklan minyak masak.. tapi iklan yang jauh lebih penting dari semua tu.. iklan yang mana kalau dapat diamalkan, insyaAllah boleh jadi asbab keselamatan dunia akhirat kepada korang dan umat..
Iklan Pertama
Keluar 40 hari di tempat² orang asli di seluruh Malaysia bermula dari sebelum ramadhan hingga berhari raya bersama mereka. Sesiapa yang ingin surat sokongan cuti dari JAKIM, perlu email ke wan_said@mot.gov.my DENGAN SEGERA butir² berikut ;
- nama & no k/p
- jawatan, alamat pejabat, no tel & no faks
- nama majikan, jawatan, alamat pejabat, no tel & no faks
*yang nak keluar 10 hari akhir Ramadhan di tempat orang asli juga boleh mendapatkan surat ni..
kalau tayar gadang cam ni, x yah la.. |
Iklan Kedua
Majlis Khatam Bukhari dan Penyampaian Ijazah Sanad kali ke 9, di Dewan Pelajar Madrasah Miftahul 'Ulum Masjid Jame' Sri Petaling pada Sabtu, 25/06/11 jam 9 pagi hingga tengahari. Majlis terbuka kepada umum.
*http://musp.masjidsp.com/index.php
Iklan Ketiga
Jur (perhimpunan) untuk semua rakan seusaha di Kuala Lumpur/Selangor pada hari Rabu 29/06/2011, dari jam 6 ptg hingga lewat Isyak di Masjid Jame' Sri Petaling. Jur ini akan dikendalikan oleh Maulana Syamim dari Nizamudin dan ahli jemaahnya.
Iklan Keempat
Jur (perhimpunan) untuk ulama / alim / ustaz (yang pernah keluar atau belum pernah keluar) pada hari Khamis 30/06/2011, bermula dari 6 ptg hingga lewat Isyak di Masjid Jame' Sri Petaling. Juga dikendalikan oleh Maulana Syamim.Sesiapa yang ingin bawa ulama, perlu ikram mereka sehingga majlis selesai.
*kalau menteri/orang kaya boleh ikram.. x kan ulama x boleh ikram..
Iklan Kelima
Jur masturat Kuala Lumpur/Selangor bagi yang pernah keluar 10 hari ke atas, di bangunan baru madrasah Masjid Jame' Sri Petaling pada 03/07/2011, dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Anak² tidak dibenarkan dibawa bersama kerana akan mengganggu program.
*Anak di dalam kandungan adalah dibenarkan contohnya seperti isteri aku..
Sekian..