Friday, June 27, 2014

Cuti Keluarga di Residence Inn, Cherating

*****

Al kisah.. disebabkan pada cuti sekolah yang lepas aku tak sempat bawa bebudak makan angin, maka pada sabtu ahad minggu baru ni aku pun bawak la diorang gi bejalan.. memula tak tahu nak pegi mana.. lepas tu teringat nak pegi belah pantai timur la pulak.. jadi aku pun bukak web Agoda yang selalu menggoda aku..

resit Agoda.. sebenarnya pakai Kad Debit..

Cari punya cari punya cari, maka bekenan nak menyewa di Resident Inn, Cherating.. bilik deluxe RM200 termasuk tax.. aku call dulu resort tu tanya harga.. diorang kata bilik tu harganya dekat RM300.. hmm.. setelah mesyuarat dengan bini, aku beli online la.. ntah camne diorang deal harga.. lantak diorang la..

merentas Titiwangsa..

21 Jun 2014
7.30 pagi dah gerak dari rumah..perjalanan lebih kurang 280km.. jadi aku dah pesan kat anak-anak yang kecik jangan tanya bila nak sampai.. bebudak ni memang pesen kalau naik kete asyik tanya bila nak sampai.. aku kata nanti kalau dah nampak laut, maknanya dan nak sampai la tu insyaAllah..

R&R lu punya suka Temerloh..

11.30 pagi.. alhamdulillah sampai ke destinasi.. kos perjalanan; minyak RM50, toll RM30.. ok la tu.. masa nak check-in, hanya tunjuk ic dan tunjuk resit Agoda yang ada dalam tablet.. sebenarnya waktu check-in pukul 2 petang.. tapi ni jenis resort yang tak berkira sangat.. bilik kosong jadi dah boleh masuk awal..

lobby..
bilik luas.. karpet penuh.. dua katil queen..
Bilik memang hampir tip top.. ada ekon yang sejuk, tv, peti ais mini, eletrik ketel, strekar baju.. dalam bilik mandi siap ada hair dryer.. yang ni bebudak buat main kat rambut sendiri sebab tak pernah jumpa.. kalau korang datang dan nak masak yang ringkas-ringkas, kena bawak rice cooker sendiri..

Makan tengahari dalam bilik je.. dah bawak siap-siap dari rumah.. jimat sket.. 1.15 tgh aku dan anak-anak lelaki yang besar solat zohor asar di masjid Cherating.. kira-kira 3 km dari resort.. lepas solat kami menyerang swimming pool yang belum ramai orang..

gaya kuak kaki..

konker 1 kolam..

ada 3 kolam..


Lepas puas mandi, masuk bilik, pasang ekon kuat-kuat.. tidur..

6 petang.. jalan-jalan cari makan.. singgah kat Warung Awang Ikan Bakar (WAIB).. 1 km je dari resort.. oder dulu sebab tak nak tunggu lama masa nak makan nanti..

restoran makanan laut..


Lepas tu gerak ke Kemaman.. ni la tempat 1st time aku keluar 40 hari.. nostalgia.. huhu.. sementara tunggu maghrib, lepak kat Pantai Teluk Mak Nik.. sini tak boleh mandi sebab ombak kuat dan pantai cerun..

Allah jadikan pokok²..

Allah jadikan laut..

yang ni pun Allah yang jadikan..


Solat jamak Maghrib & Isyak di masjid Chendor.. 8 mlm.. menyerang WAIB.. kalau korang datang 8.30 mlm, orang dah mula ramai.. masakannya Allah bagi sedap.. harga pun ok..

aku lapar..
ayomak.. gesek.. go..
ikan, udang, sotong dan ketam..


9.30 mlm balik lepak kat bilik.. kena kopi, biskut, roti.. lepak-lepak.. borak-borak.. tidur..

22 Jun 2014
Subuh - lelaki yang besar² di masjid.. yang lain di bilik saje..

7.30 pagi.. aku, bini dan 3 anak² kecik gi sarapan kat lobby.. sarapan yang menarik dan kualiti.. banyak pilihan..

selfie la pulak..


9.30 pagi.. ke pantai Cherating.. jalan kaki 5 minit.. tak le jauh.. walaupun ombak lebih kuat dari bantai barat tapi pantai nya landai.. sesuai untuk aktiviti keluarga..

sebelum ke laut..
setibanya di laut..
laut adalah satu tanda kebesaran Allah..
11 pagi.. badan dah melekit² dengan air garam.. apa lagi.. serang swimming pool la pulak.. tapi pagi ni ramai orang pulak.. aku tak kesah sangat sebab semua muslim.. jadi aurat agak terjaga walaupun ada akak² tudung yang mandi pakai t-shirt lengan pendek..

12.20 tghari.. check-out dari bilik.. tak puas pulak rasanya tinggal sini semalam saje.. kalau dapat dua malam rasanya lagi seronok dan beronok-ronok.. singgah jap kat Turtle Sanctuary.. lawat bilik pameran.. tak de pulak penyu bertelor..

penyu menangis siapa yang tahu..

Solat jamak zohor dan asar di masjid Geliga, Kemaman.. masa keluar 40 hari dulu, pernah solat Jumaat kat sini.. lepas solat jupe kawang ambe name Awang (Azman Sulong).. die belanje kopok.. bawok balik ke Kepong.. time kasih le..

keropok Intan ke apa ntah nama.. x sempat ambik gambar.. jadi cilok dari sini..

3 petang.. ke Kuantan la pulak.. ada kawan yang sama² keje kat Kwong Yik Finance berbelas tahun dulu nak jumpa.. huhu.. sekarang dah jadi penghulu kawasan Lepor.. tok penghulu Jamaan le.. belanja makan kat benteng, Sg Kuantan..

papan nama yang rosak dilanda banjir..
papan nama dah di repair"..

6.30 petang.. gerak dari Kuantan ke KL..
8.45 mlm.. singgah jamak isyak dan maghrib di R&R Genting Sempah..
10 mlm.. sampai rumah.. alhamdulillah.. penat tapi gembira le.. heheh..

TAMAT







Insuran & Road Tax Online

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...