Friday, October 31, 2008

Nak Kawin Sorang Lagi

Jangan tokojut! Baca dulu cerita dia...
Email ni aku terima beberapa bulan yang lepas.
Kalau rajin baca, baca lah. Aku tak paksa.

******************************************************************

> -----Original Message-----
> From: Blah.. blah... blah...
> Sent: Wednesday, July 16, 2008 10:02 AM
> To: Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...;
> Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...;
> Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...;
> Subject: FW: Luahan Hati Lelaki yang dibenarkan berkahwin sorang > lagi!!!
>
> Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering
> mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life
> starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata
> isteriku.
>
Menung nampak?

> Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih-
> sengih aje lah I at that time.
> 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak
> nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'
> Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.
> Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
> Sebab apa ?
> Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan
> anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.
> Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I
> tentu asyik teringatkan my first wife..
> Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I
> kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan
> segala gala nya lah.
> Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV,
> teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,
> sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman
> umur 20-an dulu ...
> Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam.
> Ye lah dia muda, I kan dah tua.
> Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah,
> sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...
> Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau
> kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
> Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung
> kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling
> korok pun mesti nak Honda atau Toyota
> Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak
> bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
> Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun
> sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ...
> terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.
> Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
> Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
> Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua
> tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu
> ...
> Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari...
> hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...
> Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang
> ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi
> liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin
> baru.
> Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
> Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak
> mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu
> kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari
> anak-anak.
> Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (
> kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia
> menguruskan anak-anak)
> Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan
> sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik
> terkini dan juga kehidupan mereka.
> Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi
> baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
> Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu
> seronok. Paling lama setahun-dua.
> Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan
> isteri pertama dulu-dulu.
> Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping
> beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri
> muda buat semua tu.
> Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.
> Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ....... lagi haru ...
> Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita
> nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu
> nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu
> ini.
> Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan
> mata,buat kita dah tak senang duduk.
> Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni
> lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
> Hish banyak lah lagi.
> Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua
> nih silakanlah.
> Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah.
> Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
> Tapi sekadar menurutkan "nafsu" tu rasanya tak pernah kurang pun layanan
> isteri pertama terhadap I.
> Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
> Bukannya yang di dalam kepala.
> Bukannya di dalam seluar dalam je.
> Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah
> senang dari mula.
> Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita
> juga, cuai dan mengabaikannya). Apa pun semuanya bermula dengan kita.
> Insaflah.
> Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau
> isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain
> pun terlambat atau terlepas.
> Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang
> meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
> Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan.
> Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri
> yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
> Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
> Apa sangatlah kita nih.
> Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
> Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab
> menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
> Wallahualam.
> - suami orang-

********************************************************


Amacam?

Teringat kisah Nabi SAW yang hanya bernikah 2 dan seterusnya selepas kematian isterinya yang pertama, Khadijah ra. Lagi kisah Ali ra yang minta kawin kedua semasa Fatimah ra masih hidup tetapi tak jadi sebab tak disenangi oleh Nabi.

Monday, October 27, 2008

Hak Suami Ke Atas Duit Isteri

Seorang ustaz menulis;

Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan.

Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga. Susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak suami mesti memenuhi segala kewajipan dia. Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga. Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam.

Gapo mu nangih?

Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.

Muaz dan abang sepupunya.

Hak Suami Ke Atas Duit Isteri
  1. Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.
  2. Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu. Muafakatlah, kerana ia membawa berkat. Kalau isteri kaya, suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat pendapatan.
Wallaahu'alam.

Saturday, October 25, 2008

Hukum Wanita Bekerja


Hukum Wanita Kerjaya & Keputusan Majlis Fiqh Dunia
Oleh

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.

Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :-

للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن

Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 )

Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :-

ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده

Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)

Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif :

من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له

Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku kenali )

Justeru, bekerja dan mencari nafqah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut ( Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280)


Sejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi
Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian waniat islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.

Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.

Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan 'Khandaq'.

Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa' binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.

Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.

Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugas al-hisbah atau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.

Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :-

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-

a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.

b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.

c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.

d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.

2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

3) Mestilah keluarnya untuk bekejra dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.

Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :-

وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

Ertinya : "Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).

Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya" (Al-Qasas : 24 )

5) Mendapat izin wali atau suami.

6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)

7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

8) Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan.


Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri

Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan

Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
  • Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
  • Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.
4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
  • Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
  • Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
  • Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
  • Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)
5. Kerja Sebagai Syarat
  • Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
  • Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
  • Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
  • Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.
6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta

Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
  • Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
  • Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
  • Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. Tamat terjemahan
Kesimpulan saya (UZAR)
  • Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
  • Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
  • Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
  • Suami isteri bekerja adlaah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.
  • Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam).
  • Ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman
24 Ogos 2007
11 Syaaban 1428 H

Tuesday, October 21, 2008

Pakaian Wanita Mengikut Sunnah


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”



4. Warna pakaian itu suram atau gelap
Seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Tidak memakai bau-bauan
Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)



6. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)


7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian wanita kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

***************************************************


Kepada akak-akak, makcik-makcik dan para nenek yang selalu bertudung dan berbaju kurung; sekali lag pesan aku - "JANGAN LUPA PAKAI STOKIN!!!" SEBAB KAKI TU PUN AURAT JUGAK. Kalau orang pakai purdah (yang nampak mata aje tu), orang jahil selalu persoalkan kenapa kena tutup semua sedangkan Nabi benarkan buka muka dan tapak tangan? Padahal kamu dan isteri-isteri kamu yang bertudung dan kategori tutup aurat tapi ternganga kakinya, macam mana?

Lebih-lebih lagi kalau datang masjid. Apa perasaan kita kalau ada lelaki datang masjid tapi seluarnya pendek hingga ternampak lutut? Orang beriman mesti rasa marah. Tapi kalau orang perempuan masuk masjid tak pakai stokin rasa biasa aje...

Lagi satu yang ikut suami pergi kerja naik motor. Tudung ok, baju ok... Tapi tu dia, betis terjulur!

Masa untuk berubah. Sampai-sampaikan.

Tuesday, October 14, 2008

Pengunjung ke 10,000

Berikut, diumumkan pemenang bagi ketegori Pengunjung Blog Azharjaafar ke 10,000.

Kalau tak caya, klik untuk preview
(kalau caya, tak payah klik)



Kejadian sadis ini berlaku tepat jam 11.25 malam (waktu Malaysia) sebentar tadi. Setelah hampir 2 tahun berblogging kata orang putih atau bergoblog kata orang Jawa.

Pemenangnya adalah pengunjung dari;

Ipoh, Perak arrived from halaqah.net on "azharjaafar - Blog Peribadi/Keluarga"

Beliau akan menerima hadiah menziarahi mana-mana masjid yang ada di seluruh Malaysia, sehari 5 kali atau beberapa kali yang beliau suka. Dan hadiah bonus; boleh bawak keluarga, jiran, kawan dan sesiapa saja (yang mahram) ke masjid tersebut.

Sehingga bertemu ke kejohanan "jadilah Pengunjung ke 20,000 pulak". Dengan ucapan, Jangan Lupa Buat 5 Amal Masjid.

Sunday, October 12, 2008

Kasih Ibu


Sekali masa di zaman Saidina Umar jadi khalifah, dia terlihat seorang pemuda yang mendokong seorang perempuan tua dibelakangnya ke sana sini.

Lalu Umar bertanya kepada kepada pemuda itu; "Siapa perempuan tua ini dan apa hal keadaannya?"

Pemuda itu menjawab; "Dia adalah ibuku. Dia sudah tua dan uzur serta nyanyuk pula. Aku terpaksa menbawanya ke mana-mana kerana tiada siapa akan menjaganya jika aku tiada. Oleh kerana dia telah nyanyuk, dia akan mengutip sampah dan tanah dan memakannya."

Kata Umar; "Sungguh mulia akhlakmu dan sangat baik perbuatanmu."

Mendengar kata-kata Umar, lantas pemuda itu menangis.

Dengan kehairanan melihat tangisan pemuda itu, Umar bertanya; "Kenapa kamu mengangis?"

Pemuda itu menjawab; "Dulu semasa aku kecil, aku dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh ibuku ini. Keinginan hati ibu ku adalah supaya aku terus hidup dan membesar dengan baik dan sihat. Jika aku sakit, dengan penuh kerisauan dan usaha, ibu akan menjaga aku dan memberi aku ubat. Dengan harapan aku akan sihat dan dapat meneruskan kehidupan."

"Tapi aku..." Kata pemuda itu dan tangisannya bertambah.

"Walaupun aku berkhidmat kepada ibuku sebegini, pernah juga terlintas di dalam fikiran dan hatiku, bilakah ibu akan mati agar aku terlepas dari kesusahan menjaga dan mendukungnya."

Mendengar itu, Umar turut menangis.



*************************************************

Ohh.. macam mana kita dengan mak kita?
Macam mana pulak mak dengan kita?

Betul kata orang, sorang ibu mampu jaga sepuluh anak. Tapi sepuluh anak belum tentu dapat jaga sorang ibu. Nabi pernah doa; "Celakalah dia yang mendapati kedua orang tua nya atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi tak dapat menjadi sebab untuk dia dapat masuk kedalam syurga." Doa Nabi ini diaminkan oleh malaikat Jibril. (hadis sahih riwayat Hakim)

Jadi jenguk-jenguk lah selalu mak bapak kita. Khidmatlah kat mereka sampai mereka atau kita mati. Dan kalau mereka dah mati, doa dan niatkan sedekah setiap amal kita untuk mereka. Jadilah anak yang soleh kalau nak anak-anak kita soleh.



**************************************************

Di zaman Nabi Musa, baginda terlihat seorang pemuda yang berkhidmat dengan sepenuh hati kepada dua ekor babi. Babi-babi tu diberinya makan, dimandikan, diberi pakaian, dibawa tidur didalam bilik dan sebagainya.

Bila ditanya, pemuda itu menerangkan; "Kedua-dua ekor babi ini adalah kedua orang tuaku. Oleh kerana sesuatu kesalahan, rupa mereka telah ditukar oleh Allah menjadi babi. Walaupun begitu mereka berdua tetap ibu dan bapaku."

Monday, October 06, 2008

Aku, Raya dan Dot dot dot

Dot dot dot 1 - Malam Raya

Macam tahun-tahun lepas jugak, takbir raya dari rumah ke rumah. Tahun ni takbir tak sampai 10 buah rumah. Rumah aku yang ke dua. Tahun lepas aku tak bukak rumah sebab wife aku mengandung anak ke 6. Lagi pun anak aku yang ke 5 baru setahun jagung.

Inilah 1/5 dari wajah-wajah umat yang datang bertakbir.


Dot dot dot 2 - Pagi Raya


Menu pun macam tahun-tahun lepas. Ketupat, kuah kacang, lemang beli, rendang daging & ayam, masalode (betul ke eja macam ni?) dan berbagai kuih beli. Baju raya anak aku yang no 1 hingga 4, warna merah. Aku serba putih dan isteri serba gelap.

Rumah aku tak ada meja makan. Makan kat bawah aje. TV pun tak de. Tu yang sedara mara malas nak datang lama-lama tu.


Fikir umat.


2 orang anak daro den. Yang kat kanan belakang tu pasukan rumah ungu, anak-anak kakak ipar aku.


Dot dot dot 3 - Raya ke 2 & 3

Balik kampung nenek. Hulu Selangor je..

Mu'az (6 ½ bulan), posing kat kampung.


Rumah kampung zaman sekarang. Maklumlah, getah mahal.


Dot dot dot 4 - Duit Raya

Bila balik dari kampung, maka bermulalah aktiviti anak-anak aku mengira duit raya. Setelah dikira-kira, modal aku bagi duit raya kat anak-anak sedara dan anak-anak buah adalah dalam RM100. Kedekut la pakcik ni. Collection anak-anak aku pulak RM150 seorang. Kali dengan 6 orang. Pakcik kayo...

Ainul Mardhiah yang lahir 1 Syawal 1427 dah genap 2 tahun dan baru cerai susu. Sibuk nak try purdah uminya. InsyaAllah 15 tahun lagi boleh masuk meminang.

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...