Sunday, April 06, 2008

Entry Terakhir (???)

Assalamualaikum.

Sesungguhnya Allah hanya akan beri hidayat kepada manusia melalui perantaraan usaha para Nabi. Satu ketetapan yang tak akan berubah dari Nabi Adam as hingga Nabi Muhammad saw dan hingga ke hari kiamat. Aku merayu dan menyeru kepada saudara2ku sekalian agar kita kembali kepada maksud kita dihantar oleh Allah swt sebagai umat Muhammad saw iaitu sebagai penyambung usaha para Nabi.

Tinggalkanlah segala cara Yahudi dan Nasrani, walaupun nafsu kita suka dan ramai orang buat dan nampak ada kejayaan. Kadang2 dalam hati kecil kita ada bisikan bahawa cara kita ni bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul, tapi kita yang masih degil.

Kalau benar kita cinta Allah dan cinta agama Allah, kita kena ikut Rasulullah. Ikut Rasulullah kena buat dakwah, keluar jalan Allah dan solat berjemaah (itu point2 yang besar). Masa zaman Nabi dulu, orang munafik tak mahu datang solat berjemaah (waktu gelap) dan tak mahu keluar jalan Allah. Lebih teruk lagi bila mereka hasut supaya orang lain jangan keluar jalan Allah (tengok masa perang Tabuk).

Malangnya umat Islam hari ni (termasuk aku!) sangka dengan memboikot, membuat perhimpunan yang ada percampuran lelaki dan wanita, mengundi 5 tahun sekali, menulis blog agama dan sebagainya (kemudian menyibukkan sebahagian besar masa dengan dunia), maka tanggungjawab sebagai umat Muhammad SAW dah tertunai.

Banyakkan berdoa dengan seikhlas hati agar diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt. Juga jangan lupa istighfar dan taubat. Terlalu banyak dosa dan kerosakkan yang kita dah buat.

InsyaAllah, panjang umur jumpa lagi.

Salah silap, harap maaf.

azharjaafar

Serupa Tapi Tak Sama (versi 2)


Ini Muhammad Amir.
Sekarang dah 12 tahun.








Ini pulak A'isyah Humaira.
Sekarang umurnya 11 tahun.








Eh... Ni sapa pulak? Awak tak tidur ke?
Nama dia ni Muhammad Ammar.
Umurnya 9 tahun sekarang ni. Kejap aje dah 9 tahun...







La.. Gambar awak lagi! Bukan la.
Nama saya Muhammad Anas.
Sekarang saya dah 6 tahun.







Haa.. Kenal tak ni sapa?
Ini la Ainul Mardhiah.
Umurnya sekarang 1 tahun 6 bulan.






Saya ni baru join the club 3 minggu.
Ap kia nam he?
Mera nam Muhammad Mu'az.
Allah sabse barahe, makhluk kuch nehi hota he.


Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...