Saturday, June 28, 2008

5 Amal Jemaah Masjid


Kadang-kadang ada orang tanya keluar-keluar ni untuk apa? Kalau tak keluar tak boleh ke? Sebenarnya keluar ni nak belajar dan nak belajar kena ada suasana belajar. Tu la sebabnya kenapa kita hantar budak-budak gi sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dsb. Belajar kat rumah aje tak boleh ke? Lu pikir la sendiri...

Kalau nak repair kereta, kena hantar bengkel. Repair baju gi tailor. Repair jantung, masuk IJN. Repair otak go to Hospital Bahagia...

Nak repair manusia? Kena repair hati.

Nak repair hati? Kena repair kat masjid...

Masjid pulak kena ada amalan yang betul iaitu amalan cara Nabi. Kurang-kurang mirip-mirip cara Nabi. Tak pun, ada niat dan usaha untuk dapat amalan macam masjid Nabi. Bukan amalan ikut kepala sendiri...

Ulama kata di masjid Nabi zaman Madinah dulu hidup 24 jam dengan 4 amalan.
1.Dakwah,
2.belajar & mengajar ilmu agama,
3.ibadat (solat, quran, zikir & doa),
4.khidmat.

Natijahnya orang Islam zaman tu jadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Jemaah-jemaah dihantar keseluruh dunia untuk sebarkan agama dan jemaah-jemaah datang dari seluruh dunia untuk belajar agama. Jadi untuk kembalikan kegemilangan umat Islam dulu pada zaman sekarang, umat kena kembali hidupkan masjid2 jadi macam zaman Nabi.

Langkah awal untuk hidupkan 4 amal tu, jadi ulama suruh kita hidupkan 5 amal jemaah masjid. (di sini 5 amal tu dicatat dengan ringkas. Nak detail kena buat sendiri!)

1.mesyuarat hari2- hal ehwal agama di kampung kita. Apa kerja dah dibuat semalam dan apa lagi kerja kita kena buat supaya 100% orang di kampung kita taat Allah.

2.beri masa di masjid 8jam hari2, sekurang2nya 2½jam untuk buat apa yang dah dimesyuaratkan.

3.bacaan hadis kelebihan2 amalan supaya kita cinta untuk bersolat, baca quran, zikir, bersedekah dsb. Bacaan dibuat dimasjid dan di rumah masing2, sekali sehari (10-30 minit). Hari ni umat Islam telah hilang cinta untuk ibadat sebaliknya cinta giler pada dunia.

4.ziarah dari rumah ke rumah seminggu sekali untuk bersilaturahim.

5.keluar ke surau lain selama 3 hari sebulan.

Sebab tu la kita tengok banyak jemaah2 dikeluarkan selama 4 bulan, 40 hari dan sebagainya untuk belajar sambil hidupkan 5 amal masjid di tempat2 yang didatangi di seluruh dunia. Bila balik dari 4 bulan atau 40 hari, yang paling penting nak hidupkan amalan tu di kampung sendiri.

Siapa sedia? InsyaAllah 4 bulan atau 40 hari atau 3 hari? Boleh beri nama pada kawan-kawan yang buat usaha ni di tempat korang.

1 comment:

  1. 40 hari november insya-Allah.tu lah usaha makami tu yg penting.tp 2jam1/2 tu yang kekadang mujahaddah tu.tp tolonglah doakan ana ha.kat marhalah ana usaha baru nak bangun.thn lepas seorang karkun pun x der.tahun nie Allah adakan 7 orang karkun kat taman tempat ana tinggal nie(ana ni karkun baru).Allah hantar sorang burzukh untuk tolong buat usaha kat sini.insya-Allah lah tahun depan semua orang kat taman ni boleh jadi karkun,kalau tak nak jadi karkun kena jadi kartun lah.tak ada kejayaan.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...