Musim Ramadhan ni masjid2 penuh.. bukan lelaki je yang datang ramai2.. nenek2, makcik2,
“Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid, dan (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik.." [Hadis sahih riwayat Abu Daud].
Artikel pasal perkara ni boleh baca kat sini.
pompuan |
Tapi kan.. ada satu
Apa perasaan korang kalau ternampak;
1.sorang muslim ke masjid dengan berbaju melayu tapi pakai seluar nampak kepala lutut?
2.sorang muslimah ke masjid bertelekung tapi tak pakai stokin & nampak kaki hingga buku lali?
aku teringat satu hadis yang popular..
Diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri رضي الله عنه, sabda Rasululah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.” [Hadis sahih riwayat Muslim]
Pakai tapi nampak. |
Jawapan aku untuk soalan aku sendiri.. (jawapan korang aku x tau..)
1.sorang muslim ke masjid dengan berbaju melayu tapi pakai seluar nampak kepala lutut?
~adalah perkara yang SANGAT2 JARANG berlaku. Kalau ada jugak.. insyaAllah aku akan cegah kemungkaran tu bersesuaian dengan iman aku..
2.sorang muslimah ke masjid bertelekung tapi tak pakai stokin & nampak kaki hingga buku lali?
~adalah perkara yang SANGAT2 BIASA berlaku. Sampai aku dah lali sehingga mencegah kemungkaran tu dengan hati pun kadang2 terlupa..
habih cam no?