Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin.
"Adalah penting untuk kita semua memperbetulkan solat kita mengikut mazhab kita kerana Imam mazhab membawa kita pada sunnah dalam solat. Kita kena rujuk ulama untuk tengok solat kita agar solat kita dapat diperbaiki. Solat yang salah bukan sahaja tidak mendapat bantuan Allah SWT, bahkan tidak diterima Allah SWT.
Pergerakan rukuk dan sujud kebiasaannya dibuat dalam keadaan terburu-buru dan cepat, walaupun oleh qudama’ (orang lama) dan mereka yang telah keluar 4 bulan.
Qauma dan jalsah dua perkara yang sering diabaikan toma’ninahnya. Qauma ialah iktidal, manakala jalsah ialah duduk di antara dua sujud. Begitu terburu-buru solat hingga qauma dan jalsah seolah-olah seperti tidak wujud dalam solat kita. Akhir zaman, kamu semua akan dapati hampir tiada tempat yang mana solat didirikan dengan betul, sama ada imam ataupun muqtadi (makmum).
Orang tidak sedar kepentingan dan kesempurnaan toma’ninah dalam solat, khususnya pada bahagian qauma dan jalsah yang hari ini orang abaikan. Jadi, ia telah menjadi kebiasaan dan sebahagian besar daripada kita membuat dan melaksanakannya dengan tergesa-gesa dan cepat.
Oleh itu, kita harus berlatih memperbaiki solat dan kualitinya, serta memastikan orang-orang yang berada di bawah jagaan kita, iaitu anak isteri kita, juga memperbaiki solat mereka. Jangan sampai kita mengatakan kita sibuk dengan dakwah hingga kita abaikan tanggungjawab kita untuk melihat solat anak isteri kita. Kita semua harus mendirikan solat, khususnya pada bahagian qauma dan jalsah yang orang hari ini terburu-buru, perlulah dibuat dengan berkualiti dan panjang.
Hari ini, kita melaksanakan solat kita dengan tergesa-gesa dan cepat kerana hendak menghadiri mesyuarat atau apa-apa urusan. Kita solat dengan tergesa-gesa dan cepat kerana kita lewat datang ghasyt. Ini semua perlu kita perbaiki. Walaupun ada takaza agama, solat tetap perlu didirikan dengan cara sunnah untuk mendapatkan bantuan Allah SWT.
Ini adalah perkara yang sangat menyedihkan. Dakwah yang sepatutnya kita laksanakan, dan dengan dakwah ini kita sepatutnya dapat mendirikan ibadah kita dengan sempurna sifat dan rukunnya, tetapi hari ini sangat menyedihkan kita menjalankan dakwah dan menyebarkan agama Allah SWT ini dengan solat dan ibadah kita yang telah rosak.
Tuan-tuan, lihatlah sifat solat Nabi SAW, yang mana solat Baginda SAW yang diberkati menyebabkan kaki Baginda SAW bengkak-bengkak kerana qiyam yang panjang. Baginda SAW memenatkan diri sendiri dan melaksanakannya dengan cukup sifat dan rukun di dalam ibadah kerana memberi lebih masa dan memenatkan diri dalam ibadah, di samping melaksanakannya dengan penuh rukun dan sifatnya selepas menjalankan usaha dakwah, adalah seperti mempertahankan atau melindungi ganjaran kita daripada Allah SWT.
Hari ini, kita mengaku kita sibuk dakwah, tetapi solat tiada kualiti, terburu-buru dan bercampur aduk mazhab. Sangat penting kita membuat hubungan dengan ulama untuk belajar ilmu solat yang betul.
Segala arkan (rukun) dalam solat harus dilaksanakan dengan azkar (bacaan-bacaan) yang betul. Seseorang itu tidak harus meninggalkan segala azkar yang ada di dalam sunnah, sama ada di dalam solat fardu ataupun nafil.
Bacaan zikir yang panjang di dalam qaumah, saya suka satu fakta bahawa di dalam mazhab Syafie, di dalam solat, bacaan teliti dan ditekankan. Ada di antara kita tidak membaca dan mengabaikan bacaan-bacaan ini, maka qaumah dan jalsah dilaksanakan dengan tidak sempurna.
Saya suka membaca kitab kepentingan qaumah dan jalsah oleh Hazrat Maulana Fazlur Rahman hafizahullah untuk kesempurnaan solat agar mendapat penerimaan Allah SWT.
Mohon tuan-tuan semua catat pesanan penting ini, didengar dan disebarkan agar setiap orang yang terlibat dalam menjadi pekerja dan pengusaha agama mengambil perhatian penting atas perkara ini, di samping melakukan usaha dakwah. Jangan sampai kita buat usaha agama, tetapi solat kita seumpama kain buruk yang dilemparkan ke muka; bukan sahaja tidak menjadi sebab dapat bantuan Allah SWT, bahkan langsung tidak diterima Allah.
Cara yang betul mendirikan solat, khususnya pada bab yang ramai orang cuai, iaitu toma’ninah pada qaumah dan jalsah di antara kita semua, ialah melaksanakannya dengan baik, bacaan yang betul dan dipanjangkan sedikit.
Sesiapa yang tidak yakin akan pentingnya solat khusyuk, khudu’ dan kualitinya, tidak akan memahami pentingnya arkan, iaitu rukun solat. Alasan hanya kerja-kerja tambahan menyambut takaza agama akan membuatkan seseorang itu memaksa dirinya melaksanakan solatnya dengan tergesa-gesa dan cepat, dan sepatutnya perkara ini tidak patut berlaku, dan ia bukanlah alasan untuk melaksanakan solat secara segera dan lebih kurang untuk menjalankan usaha dakwah.
Hazratji Maulana Muhammad Ilyas rah. dan juga Hazratji Maulana Muhammad Yusuf rah. ada berkata di dalam malfuzatnya:
“Seseorang yang menggabungkan amal dan asbab di dalam yakinnya tidak akan mendapat kemanisan dan khusyu’ di dalam beramal.”
Ada yang juga berkata, amal wujud dan asbab juga wujud, jadi kena membawa kedua-duanya bersama, dan ini adalah satu ucapan yang salah. Seseorang itu harus menyebarkan perkara ini seluas-luasnya sepertimana pengalaman seseorang di dalam menjalankan perintah dan arahan dari keadaan atau situasi kepada atasanNya, iaitu Allah SWT.
Sebaliknya, memikirkan bahawa kita meninggalkan asbab juga adalah salah. Allah SWT telah meletakkan asbab di dalam fitrah manusia, dengan maksud yang sama seseorang juga harus tidur bila kepenatan dan makan apabila lapar. Melakukan usaha adalah salah satu keperluan secara semula jadi. Apabila ia telah berjaya dilaksanakan dan mendapat hasilnya, maka tidak akan ada seseorang pun akan meninggalkan usaha untuk mendapatkan sesuatu.
Tetapi jika seseorang mencampurkan asbab dan amaal, orang itu tidak akan dapat menyempurnakan dan merasakan kemanisan di dalam amaal. Inilah tujuan pembacaan Taklim Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadith, untuk mewujudkan kesempurnaan dan kemanisan di dalam satu-satu tindakan dan perbuatannya.
Maka sangat penting seorang yang buat usaha agama, apatah lagi di kalangan orang lama, orang korban, agar merenung kembali solat mereka dan muhasabah kenapa kita tidak mendapat bantuan Allah SWT seperti para sahabat."
Diambil dari https://www.facebook.com/share/1L9ZkQNVMw/
No comments:
Post a Comment
komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...