Petikan Khutbah Jumaat Negeri Selangor 13 Julai 2012..
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 67:
”Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu; Jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bererti engkau tidaklah menyampaikan risalah-Nya; Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir”.
Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah daripada menyembunyikan apa juga ilmu dan syariat yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepadanya. Bahkan menjadi tanggungjawab kepadanya untuk menyampaikan Islam dan mengajak manusia mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Ternyata tugas dakwah ini tidaklah terhenti setakat kewafatan baginda rasulllah s.a.w, sebaliknya ia menjadi tanggungjawab kita pula sebagai umatnya untuk meneruskan tugas dakwah ini agar manusia tidak tersesat daripada landasan Allah SWT.
Tanggungjawab berdakwah bukan hanya terletak di bahu para pendakwah atau para alim ulama’ sahaja, bahkan ianya menjadi tanggungjawab setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan juga hari akhirat. Setiap individu muslim mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam medan dakwah samada mereka sebagai petani, pegawai, artis, pemimpin masyarakat apatah lagi sebagai pemimpin negara. Pendek kata, apa juga jawatan atau kedudukan mereka, tugas dakwah ini sama sekali tidak boleh ditinggalkan.
Hadis daripada Amru Ibn al-Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
”Sampaikanlah apa-apa daripada ku walaupun satu ayat”. (Riwayat al-Bukhari)
Antara cara berdakwah ialah dengan menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik kepada orang lain. Sesungguhnya, budipekerti dan akhlak yang baik adalah merupakan aset penting bagi setiap individu muslim yang dapat dipertaruhkan untuk menarik orang lain menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Rasulullah s.a.w sendiri telahpun membuktikan kepada kita semua, bahawa dengan akhlak yang baik, baginda telah dapat melembutkan hati bangsa Arab untuk menganut ajaran Islam yang disebarkan ketika itu.
Kebaikan akhlak Rasulullah s.a.w ini telah diperjelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al- Ahzab ayat 21:
”Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah”.
Lantaran itu, untuk membentuk akhlak yang baik pula mestilah dengan usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh. Ini kerana akhlak yang baik tidak akan meresap ke dalam jiwa manusia melainkan bagi orang yang telah membiasakan diri mereka dengan perbuatan-perbuatan yang baik. Perkara yang penting juga dalam kita melaksanakan tanggungjawab dakwah ini, mestilah dilakukan dengan penuh berhikmah. Ini kerana apa sahaja perbuatan yang kita lakukan dalam keadaan berhikmah akan mendatangkan banyak kebaikan kepada diri kita dan juga orang lain.
Firman Allah SWT dalam surah Ali-’Imran ayat 159 :
”Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabatmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada engkau”.
Menggunakan hikmah dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas dakwah adalah amat dituntut oleh Allah SWT sebagaimana yang dapat difahami melalui ayat di atas. Antara hikmah terbaik yang mampu memberikan kesan dalam tugas dakwah ialah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik serta mampu menyerap kedalam jiwa orang yang mendengarnya. Kerana itulah nabi Musa A.S. telah memohon kepada Allah SWT agar dianugerahkan kepadanya lisan yang baik dengan harapan supaya dakwahnya dapat diterima oleh Firaun dan pengikut-pengikutnya.
Doa baginda ini telahpun dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran melalui firman-Nya dalam surah Toha ayat 25-28:
”Nabi Musa berdoa: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku”.
Berdakwah dengan menggunakan perkataan yang baik ini sememangnya dapat dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Melayu Islam yang ada di tanahair kita. Ini kerana masyarakat Melayu Islam kita sememangnya telah terkenal dengan budi bahasa dan kesopanan yang amat tinggi. Justeru, amatlah malang jika budaya yang telah lama tersemat di dalam jiwa masyarakat Melayu Islam kita ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk melaksanakan tanggungjawab berdakwah di jalan Allah SWT.
Sesungguhnya tanggungjawab berdakwah adalah merupakan salah satu kewajipan yang termasuk di dalam jihad fi sabilillah. Oleh kerana itu, perbuatan meninggalkan tanggungjawab ini pasti akan mengundang kemurkaan Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya dalam surah At-Taubah ayat 24:
”Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anakanak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suamisuami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul- Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”.
Justeru, sebagai individu muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT, marilah kita bersama-sama menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk melaksanakan tugas dakwah yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita semua. Mudah-mudahan usaha dakwah yang kita lakukan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT.
“Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka seorang pelindung dan tidak juga pemberi syafaat selain daripada Allah agar mereka bertaqwa”.
(Al-An’am: 51)

Wallahua'lam..