Monday, December 17, 2012

Dah Besunat..

Aku baru balik dari keluar 3 hari di Apartment Lestari, Damansara Damai.. keluar dari Jumaat hingga Isnin pagi ni sambil menusrah jemaah Perlis yang baru balik dari Sri Lanka..

Jumaat lepas.. masa aku tengah keluar tu, anak aku yang no 4, Anas telah menghadapi acara besunat.. bukan besunat yang sunat, tapi besunat yang wajib.. isteri aku yang bawa ke klinik.. disebabkan acara besunat dibuat disebelah petang, maka sayugialah aku tidak dapat menghadirinya.. dan ada rasa sedikit kelegaan dihati kerana aku memang penakut menghadapi saat-saat getir semasa acara besunat dilangsungkan..

5ptg.. isteri aku sms; "tgh tggu dr."
5.50ptg.. isteri aku sms lagi; "dah besunat punya budak.. Anas rilek je.."
11mlm.. isteri aku sms lagis; "dari 6ptg - 10mlm, Anas nangis sbb sakit.. tapi skrg dah tido.." 

Huh.. malam tu aku tido lena.. alhamdulillah.. semua selesai..


Maka dengan ini diumumkan bahawa telah bertambahnya manusia dah besunat dirumah aku..




Insuran & Road Tax Online

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...