Lepas Maghrib, mesyuarat berkisar hal ijtimak bulan Julai ni. Tempat dah diputus dalam mesyuarat Malaysia baru ni di area Kuarters KLIA, Nilai. Map kat atas aku search dari google. Tak tau la betul ke tu tempatnya. OK la kot... Tarikh belum diputus lagi.
Dibagitau tujuan ijtimak bukanlah untuk seronok-seronok kumpul orang ramai-ramai tapi ianya adalah satu perhimpunan atas maksud agama. Dakwah, quran, zikir, akhlak dapat dibuat secara ijtimai yang mana akan tarik rahmat Allah SWT. (Rasa sangat diri sendiri kecik dan pendosa.) Semua lelaki Islam dijemput hadir. Tarikh belum diputus lagi.
Untuk tu gerak kerja ijtimak kena mula sekarang. Orang yang kerja pejabat, diminta habis dari pejabat terus ke masjid. Segala takaza rumah tangguh dulu. Lewat isyak baru balik rumah. (Aku yang opis kat rumah cam ne ye?) Pergi rumah ke rumah dan gerakkan umat pada amal agama. Iklan juga pasal ijtimak. Jangan ada satu orang Islam pun dalam kampung yang tak tahu pasal ijtimak. Sediakan dari satu rumah sekurang-kurangnya ada seorang yang keluar di jalan Allah walaupun 3 hari.
Jadi dengan adanya ijtimak, amal orang Islam akan bertambah. Jemaah dapat dihantar keseluruh dunia. Masjid-masjid perlu dihidupkan 24 jam dengan ada orang bergilir-gilir bagi masa di masjid. Setiap rumah perlu hidup dengan amalan dakwah dan taklim. Perlu usaha juga sehingga 100% orang Islam menunaikan solat dan sedia jadikan dakwah sebagai kerja utama sehingga sanggup beri nyawa untuk agama (macam sahabat Nabi).
Jemaah yang bergerak di kawasan dari Asar hingga ke lewat malam adalah nadi ijtimak. Waktu siang pujuk manusia dengan senyuman dan waktu malam pujuk Allah dengan tangisan. Ijtimak ni insyaAllah akan tetap berjalan walau kita tak ambil bahagian. Tapi kenikmatan dan kepuasan hanya dirasai oleh orang yang berusaha untuk ijtimak. Macam waktu buka puasa, hanya orang puasa saja yang tahu dia punya syok!
Dari masa ke masa karkuzari (laporan) kerja akan diambil. Adalah lebih baik satu orang yang buat kerja dan banyak buat salah kemudian belajar dari kesalahan; daripada satu orang yang tak buat kerja yang mana sebenarnya telah buat walau satu kesalahan, tapi kesalahan yang besar iaitu tak buat kerja. (betul jugak ek!) Jadi kena taubat (selepas tau tapi tak buat! atau buat-buat tak tau..)
Jemaah-jemaah tiar 4 bulan dan 40 hari juga akan dihantar ke tapak ijtimak secara berterusan untuk menghidupkan amal di sana sehingga ke hari ijtimak. Wallahua'lam.
Laporan oleh tak BERNAMA.
(walaupun aku ada nama)