***
status facebook biniku semasa aku keluar..
hendak gugur.. gugurlah nangka,
jangan ditimpa si dahan pauh..
hendak tidur.. tidurlah mata..
jangan dikenang org yg jauh.. ;(
maka secara macho nya aku nak membeli pantun tersebut..
jika tertimpa di dahan pauh,
akan binasa si buah nangka,
jangan nestapa ketika berjauh,
kepada yang esa berbaik sangka..
cewah dan ahak juga..
Tanjung Labian.. |
Datang orang kampung kedua.. "pindah la encik.. kami bukan tak suka jemaah.. kalau dah aman, bila-bila boleh datang.." amir sab sengeh..
"Kepulaun Filipina 15minit je dari sini.. kami bimbangkan keselamatan jemaah semenanjung.." kata orang kampung ketiga yang menziarahi jemaah kami.. amir sab relaks lagi.. ahli jemaah lagi la relaks..
"Ini arahan dari pihak berkuasa.. minta kerjasama supaya tuan-tuan semua pindah dari sini.. kami tidak dapat menjamin keselamatan tuan-tuan.." kata inspektor komando polis yang datang bersama ketua kampung.. amir sab aku panggil semua ahli jemaah.. mesyuarat.. putus pindah saja bah.. ahaks..
tugu peringatan tabligh.. *jangan tiru aksi merbahaya ini.. |
tak sompek mandi laut kat sini.. |
Maka pindah la kitaworang.. berangkut lagi.. pergi ke route berikutnya, Kg Desa Kencana.. 3 hari kat sana..
20 Feb.. melalui mesyuarat karkun tempatan, route terkhir kami di Felda Sahabat adalah ke Kg Anjung Teduh.. malam sebelum pindah ke sini, aku ada syor secara infradi kat amir sab supaya jemaah ditangguh terus ke Tawau.. xyah pegi route yang last tuh.. sebab kalau jadi perang, maka kemungkinan susah untuk keluar dari Felda Sahabat.. amir sab aku kata kalau nak mati, kat mana pun boleh mati.. jadi aku hanya mampu menjelirkan lidah dibelakang amir sab..
Kg Desa Kencana.. |
sebatang jalan di Kg Anjung Teduh.. |
23 Feb.. balik Tawau.. alhamdulillah.. xde masalah.. karkun tempatan nusrah kami dengan tiga bijik
berilah peluang kepada diriku.. meneruskan pelayaran ini.. dan mencari secebis erti.. untuk aku berdiri.. |
singgah di Kunak membeli bendera.. oppss.. silap.. membeli makanan ringan.. |
arghhh.. tetibe malas nak sambung tulis.. insyaAllah kalau rajin, esok aku sambung lagi..