Dulu... aku adalah seorang perokok tegar.
Mula berkecimpung dalam arena rokok merokok dan yang 'seangkatannya' sejak umur aku 15 tahun.. Awalnya suka-suka. Lepas tu betul-betul suka..
Hisap rokok dengan uniform sekolah kira perkara biasa. Macho kononnya.. Tunggu bas bila balik sekolah pun kat area Central Market. Memang perasan glamer giler la masa tu..
Umur 18 dah start kerja.. Dunhill kotak besar je... lepas tu tukar Marlboro soft pack.. Mana-mana aweks yang menegur aku pasal rokok masa dating, akan aku ceraikan dengan talak tiga.. pehh.. brutal..
Tahun 1995 aku berhenti merokok. Syukur pada Allah. Tapi bukan senang nak berenti.. Mula-mula kena ada keinginan yang kuat nak berenti. Betul-betul nak berenti.. Setakat berenti beli je tak jadi...
Jadi macam-macam cara aku cuba... Makan gula Hacks la.. tampal nikotin kat lengan la.. Tapi semua tak jalan. Lepas tu aku dapat ilham dari Allah;
JANGAN BELI ROKOK KOTAK BESAR, TAPI PERGI BELI ROKOK SEBATANG-SEBATANG KAT KEDAI..
Tiap kali aku rasa nak merokok, aku raba-raba poket baju.. "Ahh.. rokok tak de. Kena pergi beli kat kedai. Malasnya.." Jadi tertangguh la niat aku nak merokok. Aku pun jenis yang tak suka mintak rokok member (..dan aku bengang orang mintak rokok aku). Asbab tu, aku kurang merokok dalam sehari. Lama-lama, Alhamdulillah aku dapat berenti.
Tapi terus terang aku kata, walaupun dah hampir 15 tahun aku berenti merokok, keinginan merokok datang jugak bila tengok orang hisap rokok lepas makan tengahari.. Pehh.. kuat betul penangan candu rokok ni..
Kepada perokok-perokok yang baca blog aku ni.. aku nasihatkan korang secara ikhlas.. berenti lah merokok. Ianya membahayakan kesihatan korang di dunia dan di akhirat..
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Monday, October 26, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...