Monday, December 28, 2009

Siapa Nak Berhenti Merokok?


Sebelum korang baca entri ni, hendaklah korang fahamkan betul2 bahawa entri ni aku ambik dari email yang memenuhi inbox email aku.. Kemudian tarik nafas panjang2 dan keluarkan secara perlahan melalui kedua2 lubang hidung.. Pastikan hingus tak terkeluar sekali.. (Jika terkeluar hingus, perlu ulangi tarik nafas..)


**********************************************************



Perkara Utama.

1. adakah kita seorang yang beriman kepada allah dengan berpegang kepada ajaran islam ,bersandarkan rukun iman dan rukun islam serta memahaminya ?

2. adakah kita seorang yang bermaruah,dan sentiasa menjaga maruah ?

3. adakah kita seorang yang adil ?

4. adakah kita seorang yang bijak atau berakal waras ?

5. adakah perkara-perkara utama diatas dijawab, …ya ?

jika …ya ,teruskan membaca.

Secebis kenangan….

15 tahun yang lampau saya seorang perokok yang tegar…..
Suatu hari mendapati anak saya yang sulung telah mula menghisap rokok diusia 13 tahun…. Nah… apalagi saya pun naik angin dan terus menghukumnya dengan merotannya berulang kali….apalagi..terjerit teraunglah sianak tadi kesakitan….tiba-tiba timbul rasa dalam hati ,saya telah berlaku tidak adil kepadanya…kerana sianak merokok ayah rotan ,bila ayah merokok ayah tak kena rotan…lantas terfikir sebenarnya kelak siayah ini akan kena rotan lebih teruk lagi nanti….

Dengan rasa bersalah kerana tidak berlaku adil tadi,lantas saya pun mengeluarkan rokok yang didalam saku, meramasnya dengan kuat sambil berkata …mulai hari ini kita sama-sama berhenti merokok….
Sejak hari itu saya pun tak mau lagi merokok,begitu juga dengan anak saya itu….. alhamdulillah…


Kisah kedua….

Kawan saya seorang yang agak warak orangnya dan dah bertitle haji… suatu hari…lepas solat subuh kami meneruskan perjalanan pergi memancing di Sungai Rompin Pahang .masa solat tadi dia jadi imam dan saya makmumnya.

Dia memang seorang perokok yang tegar juga,dia mempelawa saya dengan menghulurkan rokoknya kepada saya untuk saya hisap, saya menjawab… saya dah berhenti merokok…merah padam mukanya …lantas bertanya dah lama ke berhenti …saya jawab ,lama dah….terus dia mencampakkan rokok yang dah terpasang dibibir dan yang tersimpan disakunya..sambil berkata ,aduh…malunya aku pada kau….mulai hari ini aku pun tak nak lagi merokok katanya…sambil menghulurkan tangan terus bersalaman dengan ku….

Kesah ketiga….

Aku menghantar kawanku untuk akad nikah disebuah mesjid…
Pak imam bertanya kepada kawanku itu…adakan saudara merokok…kawan ku jawab ya…saya merokok..pak imam bertanya bagaimana bakal isteri awak merokok juga ke ?..jawab kawan ku, tidak..dia tak merokok…kalau begitu aak suruh dia mula hisap rokok., sebab jika tidak nanti kamu akan dihukum sebab tidak berlaku adil terhadap isteri awak…awak bakal jadi ketua dalam keluarga awak nanti,perbuatan awak akan dituruti nanti….nah hari ini ….anak kembar kawan saya itu baru berusia 8 tahun dah mula menghisap rokok…..
Amat benar saranan pak imam tadi…baru sekarang nak berhenti merokok,anak pula dah mula nampak degil,dada pun dah mula sakit-sakit…..apa nak buat mungkin hukuman dan mula tiba…..cakap orang berilmu tak nak dengar….

Kesah keempat

Seorang kawanku,peniaga bijak berbicara,banyak wang dan ramai rakan taulan.berhajat untuk berhenti merokok..

Lantas ku ajukan kepadanya semua persoalan utama tadi…semua nya dijawab…ya…benar…
Pengalaman ku, semua perokok adalah …ego..apalagi jika ada ramai perokok bersamanya ketika itu…
Aku mula bercerita kesah ku berhenti merokok, dia menjawab aku belum ada anak lagi…katanya.. o.k…lah…esok-esok macam mana kataku…

Dia mendakwa rokok Cuma makruh..macam petai atau jering..aku jawab tidak…kataku rokok itu haram..merokok dapat dosa.dia menghujah aku terus memberi penerangan akhirnya dia bersetuju dan terus berazam dan berhenti merokok.walaupun mulanya air hidung meleleh sebab tak dapat rokok….nak tahu apa hujahku… kalau nak tahu teruskan membaca…

Jika rokok itu makruh.

1) makruh ditambah kemudharatan( akibat rokok) =haram
2) makruh+bencana pada pada diri ( penyakit)= haram
3) makruh+pembaziran (rokok mahal)= haram
4) pembaziran = perlakuan syaitan= haram
5) tidak berlaku adil= haram.

Jika rokok itu halal.

1) apabila kita menghisap rokok kesihatan kita semakin baik,orang disekeliling kita juga turut beroleh kebaikan dan minta kita terus merokok ,lagi banyak dihisap lagi banyak kebaikan.
2) Semakin kita mengisap rokok semakin banyak membawa manfaat kepada kita .
3) Semakin banyak kita merokok semakin senang kita disudut kewangan (ekonomi ).


Itu saja kataku padanya…bagaimana sekarang ?.apa pandangan awak adakah rokok itu masih makruh atau haram atau makruh yang membawa kearah halal…
Aku suruh dia berfikir sendiri mencari jawapan….
Lepas 3 hari dia beri jawapannya…aku dah berhenti merokok…

Bagi anda yang masih merokok,bacalah tulisan rengkas ini berulang kali. Ego anda dapat dikurangkan atau terus terhindar. Cubalah jika anda berniat untuk berhenti merokok.

Untuk tulisan rengkas ini tiada di sertakan gambar yang menarik, kalau nak tenguk gambar tersebut, lihatlah dikotak rokok anda itu….’’’.



*****************************************************

Tamat!




 Gambar Hiasan..

*****************************************************************

Video tambahan pada 31/12/2009..








Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...