Wednesday, January 28, 2009

Matematik Pening

Soalan matematik ni 15 tahun dulu aku memikirkan nya. Lepas tu aku malas nak pikir lagi. Lepas tu aku nak bagi korang pulak pikir. Lepas tu korang pun malas nak pikir. Dan korang akan kata, lebih baik aku pikir macamana nak selamatkan umat dari neraka supaya dapat masuk syurga.

~~~~~~~~~~~~~~

Andaikata;

Korang dan 2 orang kawan pergi makan malam kat satu restoran. Supaya tak nampak macam korang ni pokai, korang kutip siap2 RM10 sorang. Jadi bila nak bayar nanti, sorang je la yang bayar.

RM10 x 3 = RM30.

Dipendekkan cerita, selepas selesai bersantap, korang pun panggil pelayan restoran untuk kira harga. Setelah dikira, harga makan malam korang malam tu berjumlah RM25. Jadi korang pun keluarkan duit RM30 yang korang dah kutip tu dan serah kepada pelayan. Sebagai baki pelayan tu pulangkan RM5.

RM30 - RM25 = RM5.

Untuk tak memeningkan kepala nak membahagikan RM5 tu kepada 3 orang, korang pun hadiahkan RM2 kepada pelayan tu.

RM5 - RM2 = RM3.

Kesimpulannya, baki RM3 tu korang bahagi 3. Dapatlah sorang RM1.

RM3 / 3 = RM1.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Masalahnya;

Secara logiknya bila korang keluarkan RM10 dan dapat balik RM1, bermakna korang dah belanja RM9.

Kalau RM9 kali dengan 3 orang, bermakna jumlahnya RM27. Ye tak?

RM27 kalau dicampur balik dengan RM2 yang korang hadiah kat pelayan tu, akan jadi RM29. Betul?

Mana pulak pergi nya RM1 lagi...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...