Saturday, March 08, 2014

Salam Dari Delhi, India

Bole chudiya bole kangna, haye main ho gayee teree sajna
~kelihatan heroin dari arah belakang..
Tere bin jiya naiyo lag da, main te margaiya
~slow-slow heroin memalingkan muka kebelakang..
Le ja le ja soniye le ja le ja, dil le ja le ja ho.......
~eh.. heroin tu bini aku la.. bila lak dia belakon industan? adoiii..


Azan maghrib berkumandang.. ohh.. ngelamun aku rupanya.. ahaks..

Aku sekarang di Bangle Wale Masjid, Nizamuddin, New Delhi.. alhamdulillah dah 20 hari khidmat kat sini.. ada 40 hari lagi insyaAllah.. khidmat di sini bermakna menjadi wakil elders dalam melayan dan membantu keperluan tetamu yang datang dari seluruh dunia.. melalui khidmat di sini, kita baru betul-betul dapat bersohbet dengan elders.. berkongsi fikir risau bimbang mereka..

Secara umumnya kami yang berbahasa melayu buat khidmat untuk orang berbahasa melayu sahaja.. dari 20 petugas khidmat melayu, 16 adalah dari indonesia dan kami berempat sahaja dari malaysia.. tugas yang diberi adalah istiqbal, jemaah tashkil, iklan, jorna, taklim dan terjemah bayan bagi yang boleh berbahasa urdu.. tugas buat visa bangladesh bagi semua negara juga diberi kepada kami kerana pihak embassy bangladesh di sini lebih senang dengan orang melayu yang lemah lembut, katanya..



dan sekarang aku diletakkan di bahagian urusan visa tu le.. boleh kata dalam sehari, dua kali kena gi embassy.. pagi hantar dan petang ambik yang dua hari lepas punya.. gi embassy naik auto yang roda tiga tu.. yang best nya sabtu ahad embassy cuti..

Makan.. hmm.. menu tetap kat sini; sarapan roti dengan kima beserta teh panas.. tengahari dan malam nasi dengan kuah daging.. sebelum datang sini, aku dah diberi targhib bahawa apa yang dihidangkan di sini adalah yang terbaik untuk kita.. aku tengok kengkawan khidmat dari indonesia kerap gak masak.. dalam hati aku kata buat pe la masak.. kan dah disediakan makanan kat bawah..

tapi lepas 10 hari.. aku mula teringat nasi goreng di rumah.. termasuk pembuat nasi goreng itu.. huhu..

Mandi kat tempat orang kidmat ni ada air panas.. jadi tak ada masalah la.. masa sampai hari tu sejuk gak.. tapi sekarang dah mula nak panas.. aku biasa mandi tak pakai kain basahan.. sebab.. aku lebih suka pakai seluar basahan.. rilek.. rilek.. lepas kan napas slow-slow..

tempat tidur orang khidmat melayu..

Sabtu lepas aku ada pos surat kat bini.. tak tau le dah sampai ke belum.. gi pos opis naik beca.. rasa nak pos diri sendiri sekali.. tapi apa kan daya..

Beberapa hari lepas aku demam.. selsema yang dah berlangsung selama beberapa hari dah mula menghijau.. hijau dan pekat serta melekat.. malam tu, malam kedua aku demam.. masa tengah tido, aku dengar sesuatu mencakar-cakar bahagian kaki beding aku.. aku tengok kelibat sekor kucing.. "shuh shuh.." kata aku.. kucing tu pun tokojut dan melompat pergi dengan lagak seperti seekor rusa yang dikejar rimau..

tetibe aku teringat nak ambik tau apa aktiviti sebenar beliau.. bila aku suluh ke kaki beding, baru lah aku paham.. rupanya beliau nak bagitau: "bang, aku dah berak kat sini.. maaf tak dapek nak kambuih.." jadi.. aktiviti tambahan aku pada malam tu adalah membasuh kaki beding..

kuang hajaq, kuang hajaq..

Sebuk kat sini.. jemaah keluar dan masuk 24 jam.. banyak gak kenkawan yang aku aku jumpa.. yang mengaku pembaca blog ni pun ada.. heheh.. dan aku dapat sembang-sembang dengan bro.Iwan Dangdut yang sedang keluar 4 bulan sekarang.. dia dah habis masa di Bangladesh dan baru seminggu masuk India..

Aku suka dia mak.. aku sayang dia mak..
Kasih dan rinduku ini.. tentunya untuk si dia..
~teringat lak masa aku minta mak tolong masuk meminang.. huhu lagi..

Cam biasa, sebelum aku keluar, aku akan zarah mak dan abah dulu.. kasih kedua mereka pada aku tak akan berubah insyaAllah.. dan sebelum aku pergi, mak angkat tangan untuk doa keselamatan untuk aku.. dan abah sama-sama aminkan.. semoga mereka berdua sentiasa dalam hidayat dan afiat dari Allah..

Cukuplah.. insyaAllah ada kelapangan aku tulis lagi.. doa untuk aku, keluarga dan umat..






Insuran & Road Tax Online

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...